Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}
Apakah jenis permainan yang anak anda biasa main?
a. Mainan lembut
b. Buku aktiviti (mewarna dan sebagainya)
c. Blok bangunan mainan
d. Permainan deria
Tidak kiralah jenis permainan yang anak anda main, ianya sebenarnya penting untuk kanak-kanak. Bermain bukan sahaja menggalakkan perkembangan otak yang sihat, ia juga menggalakkan perkembangan deria kanak-kanak dan persepsi mereka terhadap persekitaran. Bukan itu sahaja, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia (UNHCR) juga menjadikan BERMAIN sebagai satu hak untuk setiap kanak-kanak.
Apabila lebih ramai kanak-kanak menggunakan peranti digital dalam usia yang lebih muda untuk permainan dan hiburan, perubahan dalam cara kanak-kanak dan ibu bapa melihat permainan juga berubah. Bagaimana kanak-kanak memilih untuk bermain dan bagaimana ibu bapa membenarkan anak-anak mereka bermain juga berubah. Walau bagaimanapun, memberi kanak-kanak mencuba kaedah permainan deria juga penting.
Permainan deria merujuk kepada aktiviti yang melibatkan dan merangsang 5 deria kanak-kanak:
- Penglihatan
- Pendengaran/Bunyi
- Sentuhan
- Bau
- Rasa
Permainan deria juga boleh melibatkan deria:
- Pergerakan
- Imbangan
“Jangan membuat sepah sewaktu bermain” adalah sesuatu yang anda tidak patut katakan sewaktu kanak-kanak bermain permainan deria. Tujuan permainan deria ini adalah untuk mereka bermain menggunakan keseluruhan deria mereka, dan membuat sepah adalah salah satu tujuan permainan ini.
Bagi bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil, permainan deria adalah salah satu cara mereka belajar mengenai persekitaran, tidak kiralah samada ia mainan lembut dengan loceng atau mainan yang bercahaya. Disebabkan mereka masih belum boleh berdiri atau bergerak, permainan-permainan ini biasanya kecil dan mudah dipegang (di mana adakalanya mereka akan memasukannya ke dalam mulut, sebagai salah satu cara belajar menggunakan deria). Bermain alat permainan yang melibatkan lima deria ini dipercayai boleh membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.
Kemahiran motor halus melibatkan penggunaan otot lebih kecil pada tangan, jari dan pergelangan tangan. Pada usia yang muda, kanak-kanak mempelajari kemahiran motor asas seperti menepuk tangan dan kemahiran motor kasar seperti berjalan. Dengan permainan deria, mereka mampu meningkatkan dan menajamkan kemahiran motor mereka, di mana akitiviti ini melibatkan otot lebih kecil dan koordinasi tangan dan mata seperti mencubit, menuang atau mengenggam.
Permainan deria yang melibatkan medium berbeza (pasir, manik air, buih dan sebagainya) mendedahkan kanak-kanak kepada elemen berbeza di dalam dunia dan bagaimana setiap medium bereaksi terhadap jenis sentuhan yang berbeza. Permainan deria juga memberikan platform untuk anak-anak anda belajar di mana mereka tidak akan dimarahi apabila membuat sepah.
Antara jenis-jenis permainan deria biasa ialah:
- Permainan kotak pasir
- Tanah liat
- Lukisan jari
Walaupun jenis-jenis permainan di atas adalah jenis mainan yang mudah bersepah, ada cara yang anda boleh lakukan untuk memudahkan proses mengemas.
- Bermain di luar. Beri anak-anak main di halaman rumah memudahkan proses untuk anda mengemas dan menyapu.
- Bentangkan alas/tikar. Jika bermain permainan deria di dalam rumah, anda boleh menghadkan kawasan yang boleh mereka sepahkan hanya di atas alas/tikar yang dibentang. Alas meja makan lama (yang diperbuat dari plastik) adalah salah satu alternatif mudah kerana ianya mudah dilap.
- Bermain permainan deria sebelum mandi. Jika anda sering menghadapi masalah memujuk anak untuk mandi, ini adalah salah satu cara untuk menggalakkan mereka membersihkan diri selepas bermain. Ajak anak anda untuk sama-sama membersihkan permainan mereka.
Ada pelbagai jenis permainan deria yang boleh diberi kepada anak anda. Galakkan mereka bermain permainan ini untuk merangsang deria dan meningkatkan perkembangan kognitif!
AIA Vitality adalah program insurans dan kesihatan unik yang menyokong secara aktif dan memberi ganjaran kepada anda atas pilihan harian anda yang sihat supaya anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama dan sejahtera.