Skip to main content
  • EN
  • BM
  • Search
  • AIA Malaysia
  • Produk Kami
    • Perlindungan Hayat
    • Perlindungan Perubatan
    • Perlindungan Penyakit Kritikal
    • Simpanan & Pelaburan
    • Perlindungan Kemalangan
    • Penyelesaian Hartanah
    • Insurans Kenderaan
    • Produk Dalam Talian
    • AIA Vitality
    • Manfaat Pekerja
    • Insurans Komersial
  • AIA Vitality
    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?
    • MAFAAT & GANJARAN
    • Testimonial Ahli
  • Tahukah Anda?
    • Kesihatan & Kesejahteraan
    • Kewangan & Insurans
    • Galeri video
    • Statistik Kesihatan
  • Tentang Kami
    • Tentang Kami
    • Tentang AIA Public Takaful Berhad
    • Tentang AIA General Insurance Berhad
    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)
    • Peluang Kerjaya
    • Program Komuniti
    • Pusat Media
    • Acara & Promosi
    • Piagam Pelanggan
  • Bantuan
    • Hubungi Kami
    • Temui Kami
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman Penting
    • Hab Borang
    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA
  • Log Masuk My AIA
    • Log Masuk Portal Pelanggan
    • Pendaftaran Pelanggan
    • Log Masuk Portal Korporat
  • Investment-Linked Funds
AIA
  • Produk Kami

    Produk Kami

    Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.

    Kami sedia membantu anda.
    Dana Berkaitan Pelaburan

    Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.

    Klik di sini untuk Laporan Prestasi Dana Berkaitan Pelaburan AIA 2021

    Untuk Individu

    Untuk Perniagaan

    • Perlindungan Hayat

      Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.

    • Perlindungan Perubatan

      Elak perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan pelan insurans dan takaful perubatan AIA.

    • Perlindungan Penyakit Kritikal

      Fokus kepada pemulihan dan bukan komitmen kewangan anda apabila anda mempunyai pelan insurans atau takaful penyakit kritikal AIA.

    • Simpanan & Pelaburan

      Kekal dilindungi apabila anda menjamin masa depan anda dengan pilihan pelan perlindungan dan pelaburan AIA.

    • Perlindungan Kemalangan

      Lindungi diri anda daripada kemalangan dengan pelan perlindungan kemalangan diri AIA.

    • Penyelesaian Hartanah

      Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.

    • Insurans Kenderaan

      Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.

    • Produk Dalam Talian

      Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.

    • AIA Vitality

      AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut

    • Manfaat Pekerja

      Lindungi aset syarikat anda yang paling penting melalui penyelesaian kami yang menerajui pasaran.

    • Insurans Komersial

      Lindungi perniagaan anda daripada kejadian yang tidak diingini dan kerosakan.

  • AIA Vitality

    AIA Vitality

    • Bagaimana AIA Vitality Berfungsi?

      Ketahui bagaimana AIA Vitality mendorong anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.

    • MAFAAT & GANJARAN

      Ketahui manfaat dan ganjaran yang boleh anda nikmati sebagai ahli AIA Vitality.

    • Testimonial Ahli

      Dapatkan inspirasi dari kisah ahli kami mengenai pengalaman mereka dengan AIA Vitality.

  • Tahukah Anda?

    Tahukah Anda?

    Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?
    • Kesihatan & Kesejahteraan

      Kehidupan bermakna & sihat bermula hari ini.

    • Kewangan & Insurans

      Kewangan dipermudahkan.

    • Galeri video

      Video pendek mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.

    • Statistik Kesihatan

      Ketahui lanjut mengenai statistik kesihatan terkini.

  • Tentang Kami

    Tentang Kami

    Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.

    BACA LEBIH LANJUT
    • Tentang Kami

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Public Takaful Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA General Insurance Berhad

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Tentang AIA Pension & Asset Management (APAM)

      Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.

    • Peluang Kerjaya

      Berminat untuk menyertai keluarga AIA? Carilah jawatan yang sesuai untuk anda.

    • Program Komuniti

      Berbakti kepada komuniti amatlah penting buat kami.

    • Pusat Media

      Kewangan, siaran akhbar dan maklumat lain mengenai AIA.

    • Acara & Promosi

      Acara & Promosi

    • Piagam Pelanggan

      Komitmen kami untuk Pelanggan kami

  • Bantuan

    Bantuan

    Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

    Hubungi AIA
    • Hubungi Kami

      Tiada jawapan dalam bahagian FAQ? Hubungi kami sekarang.

    • Temui Kami

    • Soalan Lazim

      Ada soalan? Anda boleh dapatkan jawapan di sini.

    • Pengumuman Penting

      Maklumat berguna untuk pelanggan kami.

    • Hab Borang

      Perlukan borang? Carilah di hab borang kami.

    • Panduan Pengguna Portal Pelanggan My AIA

  • Log Masuk My AIA

    My AIA

    Urus pelan AIA dan manfaat pekerja anda, kekal sihat dengan AIA Vitality serta akses perkhidmatan kesihatan.

    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    Download My AIA
    • individual
      PORTAL PELANGGAN

      Urus pelan AIA, manfaat pekerja dan akaun AIA Vitality anda.

      Daftar Log masuk

    • corporate
      PORTAL KORPORAT

      Untuk kakitangan Sumber Manusia (HR) dan pihak pengantara mengurus portfolio faedah pekerja syarikat dengan lebih efisien.

      Log masuk

  • Language Select
    • EN
    • BM
  • Search
  • Contact Us
    • Hubungi Kami

      Waktu Operasi sepanjang Ramadhan:
      Isnin – Jumaat : 8.30pagi – 4.30petang

    • AIA BHD.

    • AIA PUBLIC TAKAFUL BHD.

    • AIA General Berhad

    • AIA Roadside Assist

Kesihatan & Kesejahteraan
Sebelum | Selepas
Back to Top
  • {{title}}

    {{label}}
  • Cara Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Yang Singkat

    27/12/2021

    measuring

    Perut boroi, beer belly, PHD (Perut Hala Depan) atau apa sahaja nama yang anda gelarkannya, kategori perut seperti ini adalah petanda bahawa kesihatan anda berada pada tahap yang kurang memuaskan. Berdasarkan penyelidikan saintifik yang dijalankan oleh The National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Disorders (NIDDK) di Amerika Syarikat, masalah ini mampu menjadi penyumbang utama kepada penyakit kronik berikut:

    • Kencing manis jenis ke-2 (Type 2 Diabetes)
    • Penyakit jantung koronari dan strok
    • Sindrom metabolisme
    • Apnea tidur
    • Osteoarthritis
    • Penyakit pundi hempedu
    • Penyakit hati berlemak
    • Penyakit kanser tertentu

    KENALI PERUT BOROI

    Tahukah anda? Pola dan jenis pemakanan merupakan faktor yang menyumbangkan kepada masalah perut boroi. Makanan berlemak tinggi, makanan segera (junk food), makanan olahan, makanan berkalori tinggi, susu, marjerin, soda dan minuman beralkohol adalah antara sajian yang harus dielakkan jika anda tidak ingin merosakkan penampilan anda dengan perut boroi.

    "Tahukah anda? Pola dan jenis pemakanan merupakan faktor yang menyumbang kepada masalah perut boroi."

    5 LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN PERUT BOROI:

    1. Senaman Kardio - Anda perlu melakukan senaman kardio untuk menyingkirkan lemak degil yang terkumpul. Seelok-eloknya lakukan senaman berintensiti rendah terlebih dahulu. Jangan terus melakukan senaman berintensiti tinggi kerana dikhuatiri anda tidak mampu mengikutinya atau mudah bosan dengan aktiviti latihan kardio. Bila anda mula berasa bosan, anda akan berasa malas untuk melakukannya kerana menganggap ianya membebankan!
    running
    1. Cari Masa Untuk Banyakkan Pergerakan - Mulakan dengan menetapkan jumlah langkah yang perlu dicapai setiap hari. Anda boleh cuba menggunakan tangga berbanding lif untuk meningkatkan pergerakan dan kiraan langkah anda setiap hari.

    Cuba sahut Cabaran Mingguan AIA Vitality! Selain bersenam, anda boleh merebut ganjaran yang ditawarkan. Jangan lupa untuk mengumpul mata AIA Vitality dan tebus ganjaran hebat. Klik sini untuk info lanjut.

    1. Pilih Menu Sihat - Titikberatkan jumlah dan keperluan kalori yang diambil. Anda boleh tentukan keperluan kalori anda dengan formula berikut: Berat badan semasa (kg) didarabkan dengan faktor seperti Jadual 1 mengikut status berat badan dan aktiviti fizikal.

    Contoh pengiraan:

    Anda adalah seorang guru Matematik di sebuah sekolah yang mana tahap aktiviti anda adalah sederhana. Berat badan anda adalah 60kg dengan ketinggian 162cm. BMI anda adalah 22.9kg/m2 dan ia adalah berat badan unggul. Jadi, keperluan kalori anda adalah:

    60kg x 35 (Faktor F*) = 2100 kcal @ 2000 kcal sehari.

    Dapatkan maklumat tentang Faktor F di sini.

    1. Makan Sajian Serat Tinggi dan Protein Rendah Lemak - Penting untuk anda memakan buah-buahan, sayuran-sayuran, bijirin penuh dan protein yang mengandungi rendah lemak. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan mengandungi gula, tepung gandum yang diperkaya dan lemak tepu.
    1. Rehat Secukupnya - Jika badan anda tidak mendapat rehat yang secukupnya, kebarangkalian proses penyingkiran lemak akan menjadi lebih sukar. Jadi, amatlah penting untuk mendapatkan tidur yang cukup (sekurang-kurangnya 8 jam sehari) supaya badan anda dapat menyingkirkan lemak sepanjang ia berehat.

    5 MAKANAN UNTUK MENGATASI PERUT BOROI:

    1. Tomato - Tomato bukan saja bertindak sebagai penambah perisa makanan, malah ia membantu mengurangkan lemak pada perut. Ini kerana fungsi tomato dapat mengurangkan air yang merebak di sekitar bahagian bawah perut. Selain itu, tomato juga diperkayai sumber vitamin A, C dan K serta mempunyai tahap potasium yang tinggi.
    1. Tembikai - Buah tembikai bukan sekadar sedap dan menyegarkan, ia juga menyihatkan badan kerana kandungannya dipenuhi nutrisi dan mineral dengan jumlah kalori yang sedikit. Anda mahukan tips untuk makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi masih boleh kenyang? Makanlah tembikai sebelum makan. Kandungan air di dalam tembikai yang tinggi boleh mengurangkan lemak dan mengisi perut anda yang lapar seterusnya mengelakkan anda dari makan terlalu banyak.
    melon
    1. Betik - Betik bukan sahaja murah, ia juga mudah untuk diperolehi di kedai atau pasar raya. Kandungan enzim papain di dalam betik dapat memperbaiki sistem pencernaan. Enzim ini juga membantu menghadam makanan dengan cepat seterusnya mengurangkan lemak di perut anda.
    1. Minyak Zaitun - Kandungan asid di dalam minyak zaitun yang dikenali sebagai asid oleik membantu menghapuskan lemak berlebihan dalam badan. Asid lemak di dalam minyak zaitun juga boleh mengekalkan paras gula dalam darah. Jadi mulai hari ini, gantikan minyak masak dengan minyak zaitun dalam penyediaan makanan anda untuk menu yang lebih sihat.
    1. Pisang - Potasium di dalam pisang membantu anda menghilangkan rasa lapar dan anda boleh menikmatinya sebanyak mungkin tanpa risaukan berat badan meningkat.

    Anda ingin mengatasi masalah perut boroi? Amalkan pemakanan sihat dengan menu seimbang. Dapatkan 10% diskaun apabila anda membeli sayur-sayuran dan buah-buahan di Jaya Grocer sebagai ahli AIA Vitality. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

    5 SENAMAN UNTUK MENGHILANGKAN PERUT BOROI:

    Selain mengikuti langkah yang betul dan pemakanan yang sihat, anda perlu melakukan senaman yang bersesuaian untuk mengatasi masalah perut boroi. Sebelum anda melakukannya, kenal pasti rutin yang efektif untuk masalah perut boroi. Jom ikuti 5 cadangan senaman yang membantu menjadikan perut leper dan ramping tanpa mengeluarkan modal yang besar.

    1. Crunches - Baring di atas permukaan yang rata dan bengkokkan lutut kepada bentuk V. Letakkan kedua-dua tapak tangan pada sebelah telinga dan angkat kepala secara perlahan. Naikkan sikit dada anda dari lantai. Ulang senaman ini selama 2 minit sebanyak 3 kali seminggu. Anda akan rasa sedikit sakit pada bahagian abdomen selepas melakukannya pada hari pertama. Jangan risau, ia hanyalah sementara!
    1. Plank - Bengkokkan siku anda rapat dengan pinggang dan angkat keseluruhan badan. Pastikan badan anda kekal lurus dan rekod plank anda untuk mengetahui perkembangan untuk sepanjang tempoh anda membuat senaman plank. Walaupun nampak mudah, anda perlu kekalkan pada posisi yang sama selama mungkin, barulah menjadi plank anda.
    plank
    1. Squat - Jika anda tiada masa untuk bersenam kerana terikat dengan kerja, anda boleh cuba melakukan senaman ini di pejabat, rumah atau di mana-mana sahaja. Caranya, berdiri dan kangkangkan kaki sedikit, kemudian duduk dalam posisi mencangkung dan berdiri semula. Ulang beberapa kali. Senaman ini bukan sekadar meratakan perut, malah boleh mencantikkan punggung juga!
    1. Basikal Udara - Baring di atas permukaan yang rata dan letakkan kedua-dua tangan anda lurus di atas lantai. Angkat kedua-dua kaki secara perlahan dan mula buat pergerakan seakan mengayuh basikal. Lakukan selama 2 minit. Anda disarankan untuk membuat sedikit regangan sebelum mengayuh. Rutin ini antara senaman yang berkesan untuk menghilangkan lemak degil di perut. Ia bukan sekadar membakar lemak, malah menguatkan otot pada perut juga.
    1. Angkat Tangan - Ya, angkat tangan pun boleh dijadikan senaman yang mengurangkan perut boroi. Tak percaya? Caranya, pegang dumbel mengikut kemampuan anda dan berdiri tegak dengan tangan di sisi.

    "Selain mengikuti langkah yang betul dan pemakanan yang sihat, anda perlu melakukan senaman yang bersesuaian untuk mengatasi masalah perut boroi."

    Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang berkhasiat adalah kunci utama dalam memastikan penghadaman yang baik sekiranya anda ingin memiliki perut dan bentuk badan yang diidamkan. Jadilah individu yang bijak merencana gaya hidup dan mengamalkan pemakanan yang sihat pada setiap masa!



    Rujukan :

    http://www.myhealth.gov.my/perut-buncit/

    https://blogmalaysia.com/cara-hilangkan-perut-buncit-lelaki/

    https://my.theasianparent.com/perut-boroi

    http://www.myhealth.gov.my/ketahui-keperluan-kalori-anda/

    Artikel Berkaitan

    17/05/2021

    Jom Sihat “K-Pop Style” - Hana, Dul, Set, Net!


    Ramai peminat K-Pop di Malaysia mampu menghafal dan mengikuti koreografi di dalam muzik video. Apa kata jadikannya satu bentuk senaman!

    09/08/2021

    Makanan Korea: Sedap vs Sihat


    Makanan Korea lazim menggunakan bahan semula jadi yang berkhasiat dalam masakannya tapi ada juga makanan Korea yang kurang sihat.

    Gula Dan Anda: 7 Langkah Bijak Untuk Mengurangkan Penggunaan Gula Dalam Makanan


    Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan? Mulakan dengan tujuh langkah ini!

    Produk Yang Disyorkan

    AIA Vitality

    AIA Vitality

    AIA Vitality adalah program insurans dan kesihatan unik yang menyokong secara aktif dan memberi ganjaran kepada anda atas pilihan harian anda yang sihat supaya anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama dan sejahtera.



    One Second Survey
    One Second Survey
    ×
    One Second Survey

    What do you think of this article?

    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk Dalam Talian
    Produk Kami
    Perlindungan Hayat
    Perlindungan Perubatan
    Perlindungan Penyakit Kritikal
    Simpanan & Pelaburan
    Perlindungan Kemalangan
    Penyelesaian Hartanah
    Insurans Kenderaan
    Produk atas talian
    Tahukan Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    Tentang Kami
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman
    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Auto Assist / Roadside Assist
    1-800-88-8733
    Tahukah Anda
    Kesihatan & Kesejahteraan
    Kewangan & Insurans
    Galeri Video
    Statistik Kesihatan
    TENTANG KAMI
    Tentang AIA Bhd.
    Tentang AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    Tentang AIA General Berhad
    Tentang AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    Peluang Kerjaya
    Program Komuniti
    Acara & Promosi
    Peta Laman

    Laman web ini menggunakan kuki bertujuan untuk meningkatkan kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenis kuki yang kami kumpulkan, apa yang kami gunakan, dan cara menguruskan tetapan kuki anda di dalam Polisi Kuki dan Penyata Privasi.

    Bantuan & Sokongan
    Hubungi Kami
    Soalan Lazim
    Pengumuman Penting
    Hab Borang
    AIA Malaysia
    Menara AIA, 99, Jalan Ampang,
    50450 Kuala Lumpur
    AIA Bhd.
    1300-88-1899
    Untuk Pelanggan Luar Negara
    603 2056 1111
    AIA PUBLIC Takaful Bhd.
    1300-88-8922
    AIA General Berhad
    1300-88-1899
    AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd.
    1300-22-7771
    AIA Roadside Assist
    1-800-88-8733
    www.aia.com.my/roadsideAssist

    Hak cipta © 2023 AIA Group Limited dan anak-anak syarikatnya. AIA Bhd. 200701032867 (790895-D) AIA PUBLIC Takaful Bhd. 201101007816 (935955-M) AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) AIA Pension and Asset Management Sdn. Bhd. 201201027147 (1011637-P) AIA Health Services Sdn. Bhd. 199601016211 (388561-T). Semua hak cipta terpelihara.
    Terma Penggunaan | Penyataan Privasi | Kod Tatacara | Peta Laman