Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}04/03/2019
Sesudah sibuk bekerja sepanjang tahun, dapat merehatkan minda dengan melancong pastinya sesuatu yang anda nanti-nantikan. Kajian mendapati melancong sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan. Melancong bukan sahaja dapat memberi kita peluang untuk mengembara ke tempat baru, tetapi juga mendapat pelbagai pengalaman menarik dan menambah kenalan baru. Jadi, apa sebenarnya kebaikan melancong selain meningkatkan kesihatan tubuh badan? Di sini kami kongsikan beberapa fakta menarik mengenai kebaikan melancong yang anda perlu tahu.
Salah satu kebaikan melancong terutama sekali apabila anda pergi ke negara yang berbeza bahasa, ialah anda dapat mempelajari kemahiran komunikasi. Pelajari ayat-ayat mudah dalam bahasa tempatan supaya anda lebih mudah berkomunikasi dengan rakyat tempatan.
Melancong dipercayai boleh menjana daya kreativiti minda seseorang. Apabila anda keluar dari zon selesa, minda anda akan menjadi semakin kreatif. Untuk membangun rangkaian neural di dalam otak yang mencetus idea baharu, cuba keluar dari zon selesa anda.
Dapat memahami dan mengenali satu budaya yang sangat berbeza adalah salah satu kebaikan melancong. Anda mungkin banyak membaca artikel atau menonton berita dunia tentang sesetengah budaya dari negara lain, tetapi itu tidak bermakna anda sudah memahami sesebuah budaya tersebut. Anda mungkin mempunyai satu perspektif terhadap sesuatu budaya selepas membaca tentangnya, tetapi ia sebenarnya sangat berbeza apabila anda sendiri dapat melawat dan mengenali sesebuah budaya itu dengan lebih dekat.
Ketika melancong, anda mungkin berada dalam satu situasi dimana sesuatu yang dirancang tidak berjalan dengan lancar. Ketika ini, sifat bersabar dan toleransi adalah sangat diperlukan agar ianya tidak mengganggu pengembaraan anda.
Berada di suatu tempat yang asing dimana tiada seorang pun yang mengenali anda dapat membantu meningkatkan keyakinan diri. Dari pengembaraan ini, anda belajar cara menangani sesuatu masalah sekaligus meningkatkan keyakinan diri.
Ketika melancong, ada kemungkinan anda akan mengalami sesuatu yang tidak pernah dialami pada hari-hari biasa. Hal-hal seperti ini sebenarnya boleh membantu mengenali diri sendiri lebih baik dan bagaimana anda akan menangani masalah tersebut sekiranya ia terjadi lagi pada masa akan datang.
Apabila anda melancong bersama rakan atau keluarga, pasti akan berlaku bermacam-macam perkara samada yang baik atau kurang baik. Namun, semua yang terjadi sepanjang pengembaraan anda bersama mereka inilah sebenarnya yang membuat anda semakin mengenali mereka dan menguatkan silaturrahim.
Salah satu kebaikan melancong adalah apabila kita dapat mencuba sesuatu yang baharu. Kebiasaannya ketika kita berada di negara sendiri, kita lebih senang untuk kekal di dalam zon selesa tanpa mencuba sesuatu yang baharu. Tetapi apabila kita melancong, suka atau tidak, kita pasti kena mencuba sesuatu yang baharu. Bermula dari perkara kecil seperti mencuba makanan tempatan yang unik sehinggalah ke aktiviti lasak seperti menyelam skuba, terjun bungy atau skydiving.
Ketika melancong ke negara orang, tidak kiralah samada anda berada di hotel/hostel, atau berjalan-jalan di kawasan tarikan pelancong, pasti akan terjumpa dengan pelancong dari negara lain atau orang tempatan. Ramahkan diri untuk bertegur sapa dengan mereka, kerana anda mungkin akan dapat menambah rakan baharu dan meluaskan dari negara berbeza.
Apabila anda melancong, anda mungkin akan melawat satu lokasi dengan pemandangan yang sangat indah dan mungkin tiada di tempat asal anda. Anda juga mungkin mencuba aktiviti yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Anda mungkin juga akan berjumpa dengan seseorang yang mengubah persepsi anda terhadap kehidupan. Kesimpulannya, melancong memberi anda pelbagai memori dan pengalaman yang tidak akan dilupakan.
AIA Vitality adalah program insurans dan kesihatan unik yang menyokong secara aktif dan memberi ganjaran kepada anda atas pilihan harian anda yang sihat supaya anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama dan sejahtera.