Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}15/02/2021
Kebanyakan serangan jantung berpunca daripada penyakit jantung koronari yang berlaku akibat gangguan bekalan oksigen ke otot jantung.
Menurut laporan Pangkalan Data Kardiovaskular Negara – Sindrom Koronari Akut (NCVD-ACS) untuk tahun 2014-2015, rakyat Malaysia diserang penyakit jantung pada usia yang lebih muda berbanding rakyat di negara maju. Purata usia pesakit jantung di Malaysia adalah 58.6 tahun manakala purata usia pesakit jantung di kebanyakan negara-negara maju adalah di antara 63.4 dan 68 tahun.
“Rakyat Malaysia diserang penyakit jantung pada usia yang lebih muda berbanding rakyat di negara maju.”
Penyakit jantung sering digelar sebagai pembunuh senyap kerana penyakit ini tidak mengambil kira latar belakang atau usia mangsa. Tambahan pula, simptom serangan jantung adalah berbeza bagi setiap individu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut adalah beberapa tanda-tanda dan simptom serangan jantung yang perlu diketahui untuk membantu anda mengenalpasti sama ada anda sedang diancam bahaya serangan jantung:
Berat badan berlebihan atau obesiti boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Ini adalah kerana jantung terpaksa menampung beban tubuh yang berlebihan dan lemak yang terkumpul boleh mengakibatkan pembentukan plak yang menyebabkan saluran darah menjadi tersumbat.
Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Menurut artikel yang diterbitkan oleh Hospital Kuala Penyu, Sabah, makanan yang mengandungi asid lemak Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk kesihatan jantung. Antara makanan yang mengandungi Omega 3 adalah oat yang mengandungi serat untuk membantu menurunkan kadar kolesterol, dan ikan salmon yang berkesan menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Dua keping salmon setiap minggu boleh mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung sehingga 33 peratus.
“Paras kolesterol yang tinggi pula boleh mengakibatkan saluran darah tersumbat.”
Periksa tekanan darah anda sekurang-kurangnya setahun sekali untuk orang dewasa dan lebih kerap bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi.
Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan pembentukan plak di dalam saluran darah dan tekanan yang lebih tinggi juga boleh menyebabkan saluran darah membengkak dan meregang lebih daripada biasa sehingga mengakibatkan kerosakan pada lapisan arteri dan saluran darah menjadi keras.
Paras kolesterol yang tinggi pula boleh mengakibatkan saluran darah tersumbat manakala paras trigliserida (sejenis lemak darah) yang tinggi pula boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari di kalangan wanita.
Untuk mengurangkan risiko serangan jantung, anda juga perlu mendapatkan tidur yang secukupnya. Artikel terbitan National Heart, Lung and Blood Institute Amerika Syarikat yang bertajuk “Sleep Deprivation and Deficiency”, menyatakan bahawa risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, angin ahmar (strok) dan obesiti dapat dikurangkan dengan tidur yang secukupnya. Orang dewasa kebiasaannya memerlukan waktu tidur selama 7 hingga 9 jam setiap hari.
Selain daripada mengamalkan gaya hidup yang sihat, pastikan anda dan keluarga anda sentiasa terlindung daripada risiko kewangan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Penyelesaian Takaful yang ditawarkan oleh AIA PUBLIC Takaful seperti pelan A-Plus Total Health menawarkan perlindungan terhadap rawatan dan pembiayaan kos perubatan. Klik sini untuk maklumat lanjut.
Amalkan perkara-perkara dan langkah-langah yang dihuraikan di atas untuk mengelakkan diri anda daripada diserang penyakit jantung di usia yang muda, diancam risiko-risiko kesihatan jantung dan mendapatkan perlindungan yang sewajarnya. Di samping itu, pastikan anda juga mengenali dan memahami tanda-tanda awal serangan jantung, jangan abaikan simptom yang timbul sekira ianya berlaku dan segera dapatkan rawatan sekiranya anda berhadapan dengan penyakit ini.
Rujukan:
https://hkp.moh.gov.my/buletin.item.245/10-makanan-yang-baik-untuk-jantung.html
http://www.moh.gov.bn/SiteCollectionDocuments/Health%20Topics/penyakitjantungkoronari.pdf
https://www.nhlbi.nih.gov/health-topics/sleep-deprivation-and-deficiency
https://www.nst.com.my/news/nation/2018/10/419749/Malaysians%20-developing-heart-disease-younger-age
https://www.columbiaasia.com/malaysia/health-articles/more-malaysians-are-suffering-heart-attacks-younger-age
https://medlineplus.gov/howtopreventheartdisease.html