Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}
Bercakap tentang soal kesihatan, ianya sangat penting dalam kehidupan. Jika anda mempunyai kesihatan yang baik, pastinya aktiviti seharian berjalan dengan lebih lancar. Salah satu perkara penting dalam memastikan kesihatan terjaga ialah menjaga pengambilan pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat secara konsisten boleh meningkatkan kesihatan tubuh badan.
Tabiat pemakanan yang kita ada pada waktu sekarang sebenarnya boleh memberi impak apabila semakin berusia. Apabila bercakap tentang tabiat pemakanan, banyak peraturan yang perlu kita patuhi jika ingin kekal sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit. Selalunya selepas makan, pasti ada yang sudah terbiasa melakukan sesuatu rutin. Tetapi tahukah anda? Ada beberapa perkara yang anda perlu elak selepas makan. Jika ianya terus dilakukan, mungkin akan mengundang mudarat pada masa akan datang. Berikut kami senaraikan 5 perkara yang perlu anda elakkan selepas makan.
Pasti ramai yang menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan. Tetapi, tahukah anda, makan buah-buahan selepas makan sebenarnya tidak elok untuk kesihatan? Menurut Dr. Zamurrud Patel, seorang Konsultan Dietitian dari Global Hospitals Mumbai, memakan buah-buahan sejurus selepas makan sebenarnya bukanlah idea yang bagus. Ini kerana nutrien yang terkandung di dalam buah tidak dapat diserap secara betul. Dan ia juga tidak dapat dihadam dengan baik. Beliau juga mencadangkan agar memulakan hari dengan memakan buah-buahan. Jadi, apa kata cuba ubah menu anda esok dan mulakan dengan hari anda dengan buah-buahan?
Selepas makan, pastinya ada yang meluangkan masa bersama rakan atau keluarga untuk minum teh sambil berborak bukan? Sebenarnya, pengambilan teh sejurus selepas makan tidak elok untuk kesihatan tubuh badan. Pengambilan teh sejurus selepas makan boleh mengakibatkan kekurangan zat besi di dalam badan. Teh mengandungi tanin yang boleh mengganggu proses penyerapan zat besi. Jika anda ingin minum teh, pakar nutrisi mencadangkan anda menunggu sehingga sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
ARTIKEL BERKAITAN: 12 SUPERFOOD TEMPATAN
Secara umumnya, kita memang tahu merokok memang membahayakan kesihatan. Dan jika diperhatikan orang di sekeliling kita yang merokok, mereka ini biasanya akan merokok selepas makan. Namun, tahukah anda kajian mendapati orang yang merokok sejurus selepas makan sama dengan merokok 10 batang rokok? Hal ini boleh menyebabkan mereka ini lebih berisiko tinggi terkena penyakit. Walau bagaimanapun, merokok sememangnya tidak elok untuk kesihatan. Adalah lebih baik jika anda berhenti merokok.
Selepas makan, perut kenyang, mata pun terasa layu dan mengantuk. Mulalah rasa nak tidur, kan? Sebenarnya, tidur selepas makan boleh mengganggu sistem penghadaman anda. Makan selepas tidur menyukarkan tubuh badan anda untuk menghadam makanan. Ini kerana tubuh badan anda sebenarnya lebih senang menghadam makanan jika anda berada dalam posisi tegak berbanding melintang (tidur). Anda perlu tunggu sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan jika anda ingin tidur. Jika anda mempunyai tabiat baring selepas makan, anda berkemungkinan terkena penyakit gastro-esophageal reflux (GERD), ini menyebabkan kerongkong bawah anda gagal untuk ditutup dengan sempurna selepas anda makan. Jadi, jangan baring dan tidur selepas makan!
Mungkin ada yang merasakan bahawa sebelum bersenam, anda perlu makan supaya tubuh badan anda kekal bertenaga sewaktu melakukan pelbagai aktiviti mengeluarkan peluh. Walau bagaimanapun, melakukan senaman sejurus selepas anda makan satu sajian berat sebenarnya amat tidak digalakkan. Ini kerana perut yang penuh akan membawa kepada rasa tidak selesa seperti tersedu dan loya. Jika anda masih ingin melakukan senaman selepas makan, seelok-eloknya tunggu sehingga 2 jam selepas makan.
Perkara-perkara di atas pasti ada dalam kalangan anda yang biasa melakukannya. Ia mungkin tidak memberi sebarang kesan kepada anda sekarang, tetapi jika ia dilakukan secara berterusan, boleh membahayakan kesihatan anda. Ingatlah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Rujukan:
https://food.ndtv.com/food-drinks/should-you-eat-fruits-before-or-after-a-meal-1833330
https://www.thehealthsite.com/fitness/drinking-tea-with-or-after-meals-good-or-bad/
https://www.thesleepjudge.com/is-it-bad-to-sleep-after-eating/
http://www.newhealthadvisor.com/Lying-Down-After-Eating.html
https://www.livestrong.com/article/292099-how-long-after-you-eat-can-you-workout/
https://doctor.ndtv.com/living-healthy/avoid-these-five-things-right-after-you-eat-1709009
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.
AIA Vitality adalah program insurans dan kesihatan unik yang menyokong secara aktif dan memberi ganjaran kepada anda atas pilihan harian anda yang sihat supaya anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, lebih lama dan sejahtera.