Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}
Perjalanan untuk menunaikan ibadat haji tidak sama dengan perjalanan lain yang bersifat peribadi seperti bekerja dan melancong.
Ini adalah perjalanan ibadat yang dibalas dengan ganjaran pahala oleh Allah, bukan semata-mata perjalanan jasad ke kota Makkah atau Arafah, tetapi perjalanan ‘rabbani’ iaitu perjalanan berserta ketulusan hati dan rohani ke arah menemui Allah sebagai Pencipta. Oleh itu ibadat haji adalah satu-satunya peluang keemasan untuk kita menghadap Allah secara lebih dekat.
Tak kira bila dan berapa usia kita, selain persediaan dari segi mental, fizikal dan ilmu berkaitan ibadat haji, simpanan wang yang mencukupi bagi membiayai perbelanjaan ke Tanah Suci Makkah dan Madinah adalah perkara amat penting dirancang sejak awal. Harus diingat, sehingga tahun ini, kos pelaburan untuk menunaikan haji adalah tinggi, malah mencecah hampir RM10,000 seorang dengan menggunakan subsidi Tabung Haji.
Kos pelaburan untuk menunaikan haji adalah tinggi, malah mencecah hampir RM10,000 seorang.
Dengan itu, mulakan langkah yang perlu mulai sekarang supaya niat menjadi tetamu Allah apabila tiba rezeki nanti tidak terbantut atau berhadapan masalah kerana sudah bersedia dengan perancangan awal termasuk menghadapi kemungkinan peningkatan kos menunaikan haji. Bagi yang menanam cita-cita untuk menunaikan haji apabila sampai masanya, mungkin boleh mempraktikkan beberapa cadangan berikut:
Tidak semua dikalangan kita yang mampu menyediakan sejumlah wang yang banyak dalam jangka waktu yang singkat. Oleh itu, perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah membuat tabungan secara ansuran menerusi Lembaga Tabung Haji.
Dengan bayaran minimum RM2, pelajar sekolah juga boleh membuka akaun sendiri dengan Tabung Haji dan tabungan kemudian boleh dilakukan secara ansuran.
Satu kelebihan menjadi pendeposit dengan Tabung Haji terutama pada usia muda adalah apabila simpanan mencecah RM1,300, penabung sudah boleh mendaftar untuk mengerjakan haji. Malah, digalakkan juga untuk membuka akaun simpanan Tabung Haji di usia muda, kerana bilangan pendeposit yang ramai menyebabkan tempoh menunggu giliran menjadi lama.
Bilangan pendeposit Tabung Haji yang ramai menyebabkan tempoh menunggu giliran menjadi lama.
Konsep simpanan di Tabung Haji adalah Al-Wadiah Yad Dhamanah, iaitu simpanan yang dijamin tetapi tidak menjanjikan pulangan dan sekiranya ada pulangan, ia selalunya dalam bentuk hadiah yang dipanggil hibbah.
Bagi yang merancang ke tanah suci, kemungkinan akan berhadapan peningkatan kos penerbangan, penginapan, pengangkutan serta kesihatan pada musim haji. Bekalan mencukupi dan persiapan sempurna dapat melancarkan lagi perjalanan demi melakukan ibadah.
Antara kaedah bagi memudahkan penyimpanan wang untuk menunaikan haji adalah melalui deposit tetap berlandaskan Islamik. Ia membantu meningkatkan kadar faedah simpanan secara lebih banyak daripada apa yang diperoleh daripada menyimpan di dalam akaun simpanan biasa.
Antara bank yang menawarkan perkhidmatan deposit tetap berlandaskan Islamik adalah Public Islamic Bank Term Deposit-i, Maybank2uIslamic Fixed Deposit; CIMB Islamic Fixed Deposit; Hong Leong Islamic Fixed Deposit dan HSBC Amanah.
Sesetengah bank turut menawarkan kadar pulangan yang lebih kompetitif iaitu lima hingga 10 peratus lebih tinggi menerusi simpanan tetap.
SEE ALSO: 5 PANDUAN ASAS PENGURUSAN KEWANGAN
Pelbagai inisiatif diperkenalkan kerajaan bagi membolehkan umat Islam di negara ini menunaikan haji. Pada Bajet 2012, kerajaan mengumumkan kebenaran kepada pencarum KWSP yang berpendapatan rendah untuk mendaftar menunaikan haji melalui Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300.
KWSP juga membenarkan orang ramai mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 masing-masing bagi menampung tambang mengerjakan Rukun Islam kelima itu. Lebih menarik, simpanan melalui KWSP membolehkan wang pencarum kekal dalam akaun KWSP tanpa dipindahkan ke Tabung Haji selain boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji.
KWSP juga memberikan kadar dividen yang tinggi kepada pencarumnya serta subsidi untuk ahli yang tidak mempunyai simpanan secukupnya untuk menunaikan haji.
Mula-mula seringgit, lama-lama boleh jadi beribu ringgit. Biarpun bunyinya kelakar, tetapi berkat menabung sejak dari usia muda, bukan mustahil untuk ini menjadi kenyataan.
Bagi yang berkemampuan, mungkin tidak menghadapi masalah menyediakan wang dalam jumlah banyak untuk menunaikan haji apabila tiba giliran mereka, namun, untuk mereka yang tidak dapat berbuat demikian, menyimpan secara berdikit-dikit adalah kaedah terbaik untuk merealisasikan impian menyahut lambaian Kaabah.
A-Plus Hajj akan memberikan perlindungan maksimum kepada Jemaah.
Kaedah penyimpanan yang memberi liputan paling komprehensif termasuk perlindungan haji dan umrah, selain perlindungan terhadap virus MERS, badah haji, faedah ihsan serta perlindungan atas kematian dan kemalangan.
Perlindungan melalui A-Plus Hajj akan memberikan perlindungan maksimum kepada Jemaah ketika berada di tanah suci Makkah dan Madinah. Apa yang pasti dengan plan A-Plus Hajj, para jemaah dapat menunaikan haji dengan tenang kerana mengetahui keluarga di tanah air dilindungi secara menyeluruh.
Produk Yang Disyorkan
+
Kota Makkah adalah bumi istimewa yang menjanjikan pahala berlipat ganda dan ganjaran bagi setiap kebajikan yang ditunaikan. Oleh itu, setiap jemaah yang diberi kesempatan untuk melengkapkan Rukun Islam itu haruslah mengambil peluang ketika berada di sana dengan menunjukkan rasa insaf dan bersyukur kerana terpilih sebagai tetamu Allah.
Matlamat akhir yang kita harapkan daripada ibadat ini adalah memperoleh haji mabrur, mendapat pahala yang penuh berkat dan diampunkan dosa serta apabila kembali dari tanah suci, menjadi seorang orang yang suci seperti sucinya bayi yang baru dilahirkan.
Oleh itu, setiap orang yang ingin melaksanakan amalan haji dengan sempurna perlu memiliki sifat sabar dan semangat yang kuat selain bersedia menghadapi kesusahan serta kesulitan yang mungkin berlaku selain sentiasa bertawakal kepada Allah.
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.