Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}16/01/2021
Amalan menyimpan wang adalah amat penting kerana ia akan membantu anda sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang sudah tentu akan melibatkan pelbagai kos dan perbelanjaan. Selain digunakan pada waktu kecemasan, wang yang disimpan juga membolehkan anda untuk membuat pembelian bernilai besar, mengelakkan hutang, mengurangkan tekanan kewangan, meninggalkan harta warisan, dan memberi anda kebebasan kewangan. Berikut adalah beberapa cabaran menyeronokkan yang boleh dicuba bagi membantu anda untuk mula berjimat serta meningkatkan jumlah wang simpanan dengan cepat.
Simpan setiap wang kertas RM5 anda di dalam balang atau bekas yang kosong. Apabila balang atau bekas tersebut sudah penuh, masukkan semua wang tersebut ke dalam akaun simpanan, Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji.
Sebagai gambaran, dengan menyimpan RM15 setiap hari, anda akan memperolehi RM105 dalam masa seminggu, RM450 sebulan dan kira-kira RM5,400 dalam masa setahun!
Simpan wang mengikut jumlah yang telah ditetapkan untuk setiap minggu. Mula dengan hanya RM3 untuk minggu pertama, diikuti dengan RM7 untuk minggu kedua dan naikkan jumlah tersebut sedikit demi sedikit setiap minggu untuk minggu-minggu seterusnya.
Di penghujung Cabaran 26 Minggu ini, anda akan mempunyai wang simpanan sebanyak RM1,378.
Dalam cabaran ini, anda hanya boleh berbelanja untuk perkara-perkara asas seperti sewa rumah, minyak kenderaan, dan barangan runcit. Anda tidak boleh berbelanja untuk makan di luar, membeli-belah, kopi kegemaran, atau apa-apa sahaja yang tidak dianggap sebagai keperluan asas.
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, catatkan semua perbelanjaan apabila anda melakukan cabaran ini. Anda akan dapat melihat betapa banyak wang yang telah dibelanjakan untuk barangan dan perkara yang bukan asas setiap hari selama ini berbanding apa yang telah berjaya dijimatkan sekarang.
Jumah yang biasa dibelanjakan untuk makan di luar atau membuat pesanan makanan adalah RM10-RM20 setiap hari iaitu bersamaan dengan RM2,600-RM5,200 setiap tahun!
Cabar diri anda untuk menyediakan makan tengah hari anda sendiri sebanyak 5 kali seminggu selama 30 hari. Anda boleh jimat kira-kira RM200-RM400 sebulan!
Harga secawan kopi premium di kedai dan kafe adalah sekitar RM8. Jika anda membeli secawan kopi setiap hari, jumlah wang yang anda belanjakan untuk kopi adalah lebih kurangRM2,920 setahun!
Cabar diri anda untuk membuat kopi sendiri. Setiap kali anda minum kopi yang dibancuh sendiri, anda telah berjimat sebanyak RM8 (atau apa sahaja nilai sebenar secawan kopi yang biasa dibeli). Sebagai tambahan, anda juga boleh menyimpan wang yang telah dijimatkan tersebut ke dalam sebuah tabung setiap kali anda minum kopi yang dibancuh sendiri. Setiap hujung bulan, ambil wang yang telah terkumpul dan gunakannya untuk sesi kecantikan diri, melancong atau untuk perlindungan takaful.
Cabaran-cabaran di atas adalah beberapa contoh yang boleh anda lakukan untuk menguruskan kewangan dan simpanan wang anda dengan lebih baik dan teratur. Anda mungkin mempunyai idea untuk cabaran-cabaran menarik yang lain atau yang lebih bersesuaian bagi membantu anda untuk mula berjimat.
Jika anda memerlukan pelan simpanan yang lebih terancang, AIA Public Takaful menawarkan produk A-Enrich Rezeki. Pelan perlindungan ini boleh membantu anda untuk meningkatkan wang simpanan serta pelaburan anda, mengukuhkan kestabilan kewangan anda serta membolehkan anda mencapai matlamat kehidupan.
Mulakan langkah anda hari ini dan anda pasti akan menikmati manfaatnya tidak lama lagi.
Rujukan:
https://www.thebalance.com/gamify-your-budget-to-reach-your-goals-5094531
https://ringgitplus.com/en/blog/budgeting-saving/how-to-make-saving-interesting.html