Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}16/12/2021
Penyakit kritikal bukanlah sesuatu yang boleh dijangka. Ia bukan sahaja memberikan kesan buruk pada kesihatan fizikal anda, tetapi juga boleh mengganggu kestabilan situasi kewangan anda tanpa mengira usia dan kekayaan ada. Sebab itu, kita haruslah sentiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.
Sekiranya anda menghidap penyakit kritikal, pendapatan anda mungkin terjejas kerana proses penyembuhan memakan masa yang lama serta menelan kos rawatan yang tinggi. Bayangkan jika anda diserang penyakit jantung, strok atau kanser secara tiba-tiba. Bagaimana hendak menampung pembiayaan sepanjang rawatan jika anda tidak bersedia atau sedang mengalami kekangan kewangan? Kegusaran ini tidak mungkin berlaku jika anda sudah melindungi diri dan keluarga dengan pelan perlindungan penyakit kritikal seawal yang mungkin.
"Sekiranya anda menghidap penyakit kritikal, pendapatan anda mungkin terjejas kerana proses penyembuhan memakan masa yang lama serta menelan kos rawatan yang tinggi."
Penyakit kritikal boleh menyerang anda pada masa bila-bila masa tanpa diduga. Jika terjadi, kos rawatan yang tinggi akan menjejaskan kewangan – terutamanya jika anda tidak mempunyai tabung kecemasan atau simpanan. Jika anda mendapatkan pelan perlindungan penyakit kritikal daripada AIA PUBLIC Takaful, pelan tersebut akan membiayai sebarang kecemasan berkaitan perubatan dengan menampung lebihan kos yang secara lazimnya tidak dilindungi pelan perubatan biasa.
Pelan perlindungan penyakit kritikal yang komprehensif melindungi pelbagai jenis penyakit kritikal termasuklah:
Berbeza dengan pelan perlindungan kesihatan biasa yang membayar kos prosedur perubatan kepada doktor atau hospital, pelan perlindungan penyakit kritikal akan membayar sejumlah amaun secara tunai, terus kepada anda. Kemudian, anda boleh menguruskan wang tersebut sepertimana yang anda mahukan. Sebagai contoh anda boleh menggunakan amaun tersebut untuk perbelanjaan penjagaan kejururawatan di rumah, kos rawatan susulan ataupun membiayai kelangsungan hidup keluarga anda.
"Berbeza dengan pelan perlindungan kesihatan biasa yang membayar kos prosedur perubatan kepada doktor atau hospital, pelan perlindungan penyakit kritikal akan membayar sejumlah amaun secara tunai, terus kepada anda."
Anda mungkin beranggapan yang anda tidak perlukan perlindungan penyakit kritikal pada usia muda. Tetapi, tahukah anda bahawa kanser, serangan jantung dan strok boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia muda atau pun tua!
Bilangan pesakit berumur di antara 18 dan 40 tahun yang dimasukkan ke hospital kini sudah meningkat dua kali ganda. Berikut adalah peratusan penyakit mengikut peringkat umur:
- 30.3% rakyat Malaysia berumur 20 hingga 29 tahun mempunyai masalah berat badan
- 47.7% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menghidap dislipidemia/kolesterol tinggi
- 8.9% rakyat Malaysia yang berumur 25 hingga 30 tahun menderita penyakit diabetes/kencing manis
- 15% rakyat Malaysia tanpa mengira usia menghidap penyakit buah pinggang kronik
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015.
AIA PUBLIC Takaful menawarkan perlindungan terhadap 39 jenis penyakit kritikal dan memberikan sokongan kewangan dengan membayar sejumlah wang secara sekaligus kepada pemegang sijil. Ketahui tentang pelan penyakit kritikal yang ditawarkan AIA di sini. Jika anda perlukan maklumat lanjut, hubungilah Perancang Hayat kami.
Akhir kata, kebanyakan daripada kita memerlukan perlindungan dan bantuan kewangan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban sekiranya berlakunya kecemasan. Oleh itu, pilihlah pelan perlindungan yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan anda demi masa depan yang lebih terjamin. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Sama seperti kehidupan kita yang memerlukan perlindungan tambahan agar dapat diharungi dengan lebih tenang dan baik.