Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Simpanan & Pelaburan
Tempoh Perlindungan
Tempoh Perlindungan
Anda boleh membelinya melalui
A-InvestLink adalah pelan insurans berkaitan pelaburan yang direka untuk membantu anda memaksimumkan pulangan atas pelaburan anda.
Ia menawarkan kepada anda kebebasan untuk melabur dalam pelbagai suit dana dengan akses kepada peluang pelaburan yang baik di dalam mahu pun di luar negara.
Ketahui lanjut mengenai A-InvestLink dalam Bahasa Inggeris.
Sila ambil perhatian bahawa ini merupakan produk insurans yang dikaitkan dengan prestasi aset-aset pendasar dan bukan produk pelaburan tulen seperti unit amanah.
Nikmati kebebasan untuk menokok pelaburan dengan membuat penambahan menurut kemahuan anda atau mengikut jadual penambahan secara tetap melalui A-Plus Saver kami. Anda juga boleh mengeluarkan wang daripada polisi mengikut keperluan anda.
Anda tidak perlu berasa bimbang sehingga perlu sentiasa memantau dana anda kerana kami akan mengimbanginya secara automatik berdasarkan matlamat pelaburan anda.
Nikmati peruntukan premium lebih tinggi apabila premium tunggal atau tambahan tidak tetap anda berjumlah RM50,000 atau lebih.
Pelan ini menyediakan pembayaran sekaligus kepada keluarga anda jika anda meninggal dunia.
Anda akan menerima bayaran sekali gus jika anda mengalami hilang upaya meyeluruh dan kekal (HUMK).
Anda boleh memilih bagaimana wang anda hendak dilaburkan dengan menukar dana pada bila-bila masa yang anda inginkan, tanpa sebarang kos.
Apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan?
Ia bermakna nilai polisi anda akan bergantung kepada prestasi dana pelaburan yang anda pilih.
Apakah yang dimaksudkan dengan sekaligus?
Ia merupakan pembayaran tuntutan tunggal bernilai tinggi.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh & kekal?
Ia bermakna seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.