Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}A-Enrich Rezeki
Simpanan & Pelaburan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Kita haruslah sentiasa beringat dan bersedia menghadapi peristiwa-peristiwa dalam kehidupan yang tidak dapat dijangka. Oleh itu, kita perlu mempunyai simpanan yang stabil dan mencukupi untuk yang tersayang sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini. Tambahan pula, potensi pertumbuhan simpanan dapat membantu dalam mengukuhkan kestabilan kewangan dan mencapai matlamat dalam kehidupan.
A-Enrich Rezeki ialah pelan simpanan yang menawarkan perlindungan Takaful serta potensi pertumbuhan pelaburan, seterusnya membolehkan anda memaksimakan pulangan wang anda.
Ketahui lanjut mengenai A-Enrich Rezeki dalam Bahasa Inggeris.
Gandakan Nilai Akaun anda dengan Investment Booster tahunan yang akan dikreditkan ke dalam Dana Pelaburan Peserta. Amaun tersebut kemudiannya akan dilaburkan mengikut dana yang dipilih.
Kekal bersama kami sehingga akhir tempoh dan nikmati Maturity Booster ke atas Nilai Akaun anda.
Ganjaran bagi tabiat penyimpanan yang baik apabila anda memastikan pembayaran anda sentiasa terkini dan tiada pengeluaran daripada Dana Simpanan Peserta.
Jadi ahli AIA Vitality yang aktif bagi menukarkan aktiviti sihat anda kepada ganjaran.
Anda mempunyai pilihan untuk menambah pelaburan anda dengan melakukannya secara berkala melalui A-Plus Saver-i, atau anda boleh melakukan tokokan ad hoc pada bila-bila masa.
Anda boleh memilih untuk membayar selama 5 tahun atau 10 tahun untuk menikmati perlindungan selama 20 tahun.
Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan jika anda menyertai A-Enrich Rezeki dengan Caruman Tahunan sehingga RM50,000.
Apakah yang dimaksudkan dengan caruman?
Ia merupakan jumlah yang anda bayar untuk menyertai pelan tersebut bagi melindungi anda dan orang yang anda sayangi terhadap risiko tertentu sepanjang tempoh masa yang ditentukan.
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai akaun?
Ia merupakan jumlah nilai unit dana pelaburan yang terdapat dalam pelan anda.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Sila rujuk terma dan syarat di bawah. Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut, anda boleh membaca brosur atau menghubungi Perancang Hayat AIA.