Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}AIA Starter Plan adalah pelan insurans hayat bertempoh yang menyediakan perlindungan kematian selama satu (1) tahun.
Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA Starter Plan.
Pelan ini disediakan untuk individu yang berumur 16 hingga 55 tahun.
Amaun perlindungan yang anda perlukan bergantung kepada kemampuan anda, tanggungan kewangan semasa dan keperluan kewangan masa depan keluarga anda. Anda boleh mengira anggaran keperluan perlindungan anda dengan mengklik butang “Ketahui Bajet Anda” di sini.
Faedah | Amaun Perlindungan* |
---|---|
Kematian | RM 10,000 RM 15,000 RM 20,000 RM 25,000 RM 30,000 |
* Tertakluk kepada maksimum RM30,000 setiap hayat, setiap produk.
Jika anda meninggal dunia dalam tempoh polisi, mereka yang tersayang anda akan menerima 100% daripada amaun perlindungan.
Ya, kami akan membayar tuntutan kematian pelan ini sebagai tambahan kepada sebarang tuntutan yang mungkin anda ada dengan pelan insurans AIA lain yang mempunyai perlindungan kematian.
Perlindungan anda bermula serta-merta selepas pembayaran premium disahkan.
Anda boleh membuat pembayaran premium untuk pelan ini dengan kad debit atau kad kredit anda.
Premium untuk pelan ini adalah terjamin sepanjang tempoh satu (1) tahun.
Anda hanya perlu membayar premium sepanjang tempoh satu (1) tahun.
Anda boleh menukar kaedah pembayaran premium atau mod pembayaran anda di portal pelanggan kami, iaitu, My AIA. Sila klik pautan ini untuk log masuk atau membuat pendaftaran.
Ya, anda boleh membeli lebih daripada satu (1) AIA Starter Plan tetapi jumlah perlindungan polisi-polisi yang dibeli tidak boleh melebihi RM30,000. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk membeli jumlah perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda dalam satu polisi.
Tidak. Selepas tarikh luput, anda boleh membeli AIA Starter Plan yang baru jika anda ingin meneruskan perlindungan di bawah AIA Starter Plan.
Anda boleh mengurangkan jumlah perlindungan anda pada tarikh matang premium berikutnya. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh meningkatkan jumlah perlindungan anda. Sekiranya anda ingin meningkatkan perlindungan, kami akan mencadangkan anda membeli polisi tambahan. Sila rujuk Soalan Lazim nombor 13 untuk maklumat lanjut.
Ya, anda mempunyai pilihan untuk membatalkan atau menyerahkan polisi anda. Kami akan membayar balik premium berdasarkan jadual di bawah, dengan syarat tiada tuntutan yang telah dibuat pada tahun polisi semasa.
Tempoh Dari Ulang Tahun Polisi, tidak Melebihi | Mod Pembayaran Premium | |||
---|---|---|---|---|
Tahunan | Setengah Tahunan | Suku Tahunan | Bulanan | |
15 hari* | 100% | 100% | 100% | 100% |
1 bulan | 80% | 70% | 50% | Tiada Pengembalian |
2 bulan | 70% | 50% | 20% | Tiada Pengembalian |
3 bulan | 60% | 30% | Tiada Pengembalian | Tiada Pengembalian |
4 bulan | 50% | 20% | 50% | Tiada Pengembalian |
5 bulan | 40% | 10% | 20% | Tiada Pengembalian |
6 bulan | 30% | Tiada Pengembalian | Tiada Pengembalian | Tiada Pengembalian |
7 bulan | 25% | 70% | 50% | Tiada Pengembalian |
8 bulan | 20% | 50% | 20% | Tiada Pengembalian |
9 bulan | 15% | 30% | Tiada Pengembalian | Tiada Pengembalian |
10 bulan | 10% | 20% | 50% | Tiada Pengembalian |
11 bulan | 5% | 10% | 20% | Tiada Pengembalian |
Tempoh melebihi 11 bulan | Tiada Pengembalian | Tiada Pengembalian | Tiada Pengembalian | Tiada Pengembalian |
*Tempoh Percubaan - Anda boleh membatalkan polisi anda dengan mengembalikan kontrak polisi anda dan memberi permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA Bhd. dalam tempoh lima belas (15) hari selepas menerima kontrak polisi anda. Premium yang telah anda bayar selepas ditolak sebarang perbelanjaan untuk pemeriksaan perubatan (jika ada) akan dibayar balik.
Anda boleh mengembalikan polisi anda sebelum tarikh luput polisi dengan mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami.
Tiada yuran dan caj tambahan selain daripada pembayaran premium anda. Sila ambil perhatian bahawa premium yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.
Anda tidak akan dilindungi jika anda meninggal dunia akibat daripada bunuh diri dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh penyertaan atau tarikh mula polisi, yang mana kemudian.
Nota: Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada kontrak polisi anda untuk pengecualian yang sepenuhnya .
Anda boleh menamakan sesiapa orang sebenar sebagai penerima namaan kepada polisi AIA Starter Plan anda. Anda tidak boleh menetapkan organisasi sebagai penerima namaan.
Penamaan adalah penting untuk memastikan penama anda menerima manfaat daripada polisi insurans hayat anda secepat mungkin, sekiranya anda meninggal dunia. Ia juga penting untuk memastikan bahawa orang yang dinamakan mengetahui tentang perkara ini.
Anda boleh membuat penamaan dengan mengisi borang penamaan selepas anda membeli polisi dan mengemukakan borang penamaan yang lengkap kepada kami. Anda boleh memuat turun salinan Borang Penamaan, Pelantikan dan Pembatalan di sini. Sila mengemukakan borang penamaan yang lengkap di mana-mana Pusat Pelanggan kami atau hantarkan kepada:
Jabatan Perkhidmatan Pelanggan,
Tingkat 6, Wisma AIA,
99, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Jika anda ingin membuat tuntutan, anda boleh memuat turun borang yang diperlukan (item 1 dan 6 di bawah) di sini. Penyata Penuntut Tuntutan Kematian boleh didapati di bawah seksyen “Tuntutan > Borang Tuntutan” dan Surat Kebenaran boleh didapati di bawah seksyen “Lain-Lain”. Sila lengkapkan borang, termasuk maklumat bank anda kerana kami akan membayar tuntutan yang diluluskan secara terus ke dalam akaun bank anda melalui e-payment.
Di bawah adalah senarai dokumen yang anda perlukan untuk membuat tuntutan:
1) Penyata Penuntut Tuntutan Kematian
2) Sijil Kematian
3) Bukti hubungan penuntut dengan Si Mati
4) Kad Pengenalan Penuntut
5) Surat JPN (Untuk kematian di luar Malaysia)
6) 5 keping Surat Kebenaran untuk Mengeluarkan Maklumat
Dokumen bukan asli mestilah diperakui sebagai salinan sebenar oleh kakitangan AIA yang diberi kuasa di Pusat Pelanggan AIA kami, di balai polis, guru besar sekolah atau ketua kampung anda.
Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pusat Pelanggan AIA kami.
Anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan mendaftarkan diri sebagai pengguna portal pelanggan kami iaitu My AIA. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami atau menghubungi Care Line kami di 1300 88 1899.
Kami akan memerlukan surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia untuk mengesahkan kematian. Kami juga memerlukan salinan benar sijil kematian diperakui, yang dikeluarkan oleh negara di mana anda meninggal dunia.
Sila tinggalkan maklumat hubungan anda dengan mengklik pautan ini. Anda juga boleh menghubungi Care Line kami di 1300-88-1899.
Jika anda menghantar e-mel kepada kami, anda akan menerima pengesahan penerimaan automatik serta-merta. Wakil khidmat pelanggan kami akan membalas e-mel anda dalam tempoh 3 hari bekerja.