Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}AIA i-One Plan adalah pelan Takaful keluarga bertempoh yang menyediakan perlindungan kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal selama satu (1) tahun.
Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA i-One Plan.
Amaun perlindungan yang anda perlukan bergantung kepada kemampuan anda, tanggungan kewangan semasa dan keperluan kewangan masa depan keluarga anda. Anda boleh mengira anggaran keperluan perlindungan anda di sini.
Faedah | Amaun Perlindungan* |
---|---|
Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal | RM 50,000 RM 100,000 RM 150,000 RM 200,000 RM 300,000 RM 400,000 RM 500,000 |
* Tertakluk kepada maksimum RM500,000 setiap hayat.
Jika anda meninggal dunia dalam tempoh sijil, keluarga anda yang tersayang akan menerima 100% daripada amaun perlindungan.
Anda akan menerima 100% daripada amaun perlindungan jika anda mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh perlindungan. Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal bagi orang dilindungi hendaklah dalam bentuk hilang upaya andaian atau mematuhi definisi Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.
Perlindungan anda bermula serta-merta selepas pembayaran caruman disahkan.
Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan, dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru' (derma) ke dalam dana yang bernama Dana Risiko Peserta (DRP), yang akan digunakan untuk saling bantu-membantu pada saat yang diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dengan sewajar dan mengurus dana ini berdasarkan strategi yang mematuhi prinsip-prinsip Shariah.
Lebihan akan ditentukan dan diumumkan, jika ada, sekali setahun oleh Pengendali Takaful. Jika terdapat sebarang lebihan yang wujud daripada DRP, lebihan bersih, selepas ditolak tuntutan yang perlu dibayar dan modal yang diperlukan akan dikongsi oleh Pengendali Takaful dan Peserta yang layak mengikut nisbah berikut:
Pengendali Takaful | Peserta-peserta | |
---|---|---|
Lebihan dalam Dana Risiko Peserta (DRP) | 50% | 50% |
Lebihan ini akan dikongsi dengan Peserta-peserta yang layak mengikut perkadaran berdasarkan peruntukan Tabarru’ sebenar mereka.
Anda boleh membuat pembayaran dengan kad kredit anda atau melalui bayaran perbankan atas talian.
Ya, anda boleh menyertai lebih daripada satu (1) AIA i-One Plan tertakluk kepada maksimum jumlah amaun perlindungan iaitu RM 500,000.
Pembaharuan sijil ini adalah melalui jemputan sahaja. Jemputan untuk memperbaharui sijil anda akan dihantar melalui e-mel, dua (2) bulan sebelum tarikh tamat sijil anda.
Penyertaan dalam Sijil takaful keluarga bertempoh ini memerlukan komitmen kewangan anda selama satu (1) tahun. Anda akan diberikan tempoh 15 hari tempoh percubaan untuk menyemak sijil Takaful anda. Anda mempunyai hak untuk membatalkan sijil Takaful anda dengan mengemukakan permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA PUBLIC dalam tempoh 15 hari selepas anda telah menerima e-sijil. Caruman yang telah anda bayar akan dipulangkan kepada anda.
Anda juga boleh menyerahkan sijil anda pada bila-bila masa semasa Sijil berkuatkuasa, dengan memberikan notis bertulis kepada Kami. Setelah serahan sijil, caruman yang tidak digunakan daripada DRP dan Yuran Wakalah yang belum terperoleh daripada Pengendali Takaful (jika ada) akan dipulangkan kepada anda, tertakluk jika tiada sebarang tuntutan dilakukan bagi Sijil ini.
Tidak. Tiada yuran dan caj tambahan selain daripada pembayaran caruman anda. Sila ambil perhatian bahawa caruman yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.
Anda tidak akan dilindungi jika anda meninggal dunia dalam mana-mana kejadian berikut:
Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada e-sijil anda untuk pengecualian penuh.
Anda boleh menetapkan penama(-penama) sebagai:
Sesiapa sahaja boleh menjadi penama tetapi penama haruslah seorang yang waras Anda tidak boleh menamakan organisasi sebagai penama.
Penamaan adalah tidak wajib. Namun, kami ingin mencadangkan anda supaya membuat penamaan untuk mempercepatkan bayaran tuntutan kepada penama anda.
Anda boleh memuat turun borang tuntutan di sini atau boleh didapati di laman web AIA aia.com.my.
Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pusat Pelangggan AIA kami.
Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk membuat tuntutan dan dokumen tambahan yang diperlukan, sila layari http://www.aia.com.my/ms/help-support/claim-guide.html
Anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan mendaftarkan diri sebagai pengguna portal pelanggan kami iaitu My AIA. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami atau menghubungi 1300 88 8922 (untuk sijil dengan AIA PUBLIC)
Kami akan memerlukan surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia untuk mengesahkan kematian. Kami juga memerlukan salinan benar sijil kematian diperakui, yang dikeluarkan oleh negara di mana anda meninggal dunia.
Sila tinggalkan maklumat perhubungan anda dengan mengklik pautan ini. Anda juga boleh menghubungi Customer Contact AIA PUBLIC pada 1300-88-8922
Jika anda menghantar e-mel kepada kami, anda akan menerima pengesahan penerimaan automatik serta-merta. Wakil khidmat pelanggan kami akan membalas e-mel anda dalam tempoh 3 hari bekerja.