Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}AIA i-Critical Illness Cover
Produk Dalam Talian
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh mendapatkannya melalui
AIA i-Critical Illness Cover menyediakan perlindungan untuk 39 penyakit kritikal pada harga yang berpatutan. Pelan ini sesuai jika anda mencari perlindungan asas bagi penyakit kritikal. Anda boleh menyertai AIA i-Critical Illness Cover secara dalam talian dan anda akan dilindungi serta merta.
Pelan ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA i-Critical Illness Cover.
Sila rujuk terma dan syarat.
Adalah penting untuk anda mengetahui keperluan perlindungan anda berdasarkan bajet kewangan anda sebelum menyertai pelan ini. Klik butang Ketahui Bajet Anda untuk melengkapkan satu ujian penilaian yang mudah.
Pelan ini memberikan anda pembayaran sekaligus 100% dari jumlah perlindungan anda jika anda didiagnosis dengan salah satu daripada 39 penyakit kritikal yang dilindungi, kecuali Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari.
Bagi Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain, 10% daripada jumlah perlindungan akan dibayar, tertakluk kepada jumlah maksimum RM 25,000 (terhad kepada 1 bayaran sahaja). Jumlah perlindungan akan dikurangkan dengan bayaran pendahuluan ini.
Anda boleh memilih jumlah perlindungan anda, bermula dari minimum RM50,000 hingga maksimum RM250,000.
Jika terdapat sebarang lebihan daripada dana risiko Peserta pada setiap akhir, AIA PUBLIC akan berkongsi lebihan tersebut dengan para peserta yang layak pada nisbah 50:50.
Apakah yang dimaksudkan dengan Penyakit Kritikal?
Penyakit kritikal merujuk kepada keadaan yang mengancam nyawa anda seperti yang ditakrifkan dalam sijil anda.