Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Hayat
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Adakah anda masih baharu dengan insurans hayat dan ingin bermula dengan pelan asas yang bersesuaian dengan kemampuan anda?
A-LifeProtectTerm adalah sebuah pelan insurans yang jelas dan mudah yang memberikan anda kebebasan untuk memilih tahap perlindungan anda, pada harga yang anda mampu.
Pelan ini akan membantu orang yang anda sayangi dari segi kewangan jika anda meninggal dunia. Anda mempunyai pilihan untuk menambah perlindungan bagi Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (HUMK), bergantung kepada jenis pelan yang anda beli.
Anda boleh memilih daripada tiga jenis pelan (pelan tempoh sekata, pelan tempoh 5 tahun atau pelan yang boleh diperbaharui setiap tahun) bergantung kepada kemampuan anda dan tempoh masa perlindungan yang anda inginkan.
Anda boleh memperbaharui pelan anda tanpa perlu melalui proses pengunderaitan sekali lagi jika anda telah pun membeli pelan tempoh 5 tahun atau pelan tempoh boleh diperbaharui setiap tahun.
Anda bebas untuk menukar pelan ini dengan polisi hayat kekal lain (kecuali bagi polisi yang menyediakan perlindungan penyakit kritikal) tanpa perlu melalui proses pengunderaitan sekali lagi.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh & kekal?
Ia bermakna seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan.
Apakah yang dimaksudakan dengan polisi insurans hayat kekal?
Ini adalah sebuah pelan insurans yang menyediakan perlindungan seumur hidup.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi salah seorang Perancang Hayat AIA.