Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Penyakit Kritikal
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Anda masih muda, bertenaga dan bersedia untuk mengharungi cabaran dunia. Namun hidup ini dipenuhi dengan jalan yang berliku, justeru, anda perlu bersiap-siaga mengharungi segala cabaran yang bakal melanda.
A-Plus GenNext adalah pelan pilihan yang boleh anda tambah kepada A-LifeLink 2 untuk mendapatkan keselamatan kewangan tambahan tatkala anda mengejar impian.
Kemalangan atau penyakit yang tidak dijangka boleh membuatkan anda tidak mampu bekerja untuk tempoh masa tertentu. Jika kemalangan atau penyakit tersebut menghalang anda daripada melakukan kerja yang biasa anda lakukan selama sekurang-kurangnya selama 30 hari berturut-turut, pelan ini akan menyokong anda dengan memberikan elaun bulanan untuk membantu anda kembali berdikari dan bekerja.
Anda akan turut menerima elaun bulanan jika anda didiagnos menghidap kanser tahap awal atau penyakit berkaitan jantung yang masih diperingkat awal bagi membantu memenuhi keperluan harian anda.
Jika anda didiagnos menghidap penyakit kritikal atau hilang upaya pada bahagian tubuh yang tertentu akibat kemalangan, kami akan memberikan kepada anda satu bayaran sekaligus untuk mengurangkan beban kewangan dan membolehkan anda menumpukan perhatian kepada usaha pemulihan.
Apakah yang dimaksudkan dengan tahap awal?
Dalam pelan penyakit kritikal biasa, syarikat insurans akan hanya membayar kepada anda faedah tersebut jika penyakit yang anda hidapi dianggap mengancam nyawa.
AIA memahami bahawa walaupun terdapat penyakit tertentu yang tidak dianggap sebagai penyakit mengancam nyawa, namun ia boleh membawa impak besar terhadap kehidupan anda. Itulah sebabnya mengapa AIA turut memperi perlindungan kepada peringkat awal penyakit bagi membolehkan anda menumpukan perhatian kepada usaha pemulihan dan kembali sihat untuk terus mengejar impian.
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit kritikal?
Penyakit kritikal merujuk kepada penyakit mengancam nyawa yang ditakrif dalam kontrak polisi anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan kehilangan anggota akibat kemalangan?
Ia bermaksud menjadi hilang upaya setelah hilang sebahagian daripada tubuh anda akibat kemalangan.
Apakah yang dimaksudkan dengan sekaligus?
Ia merupakan pembayaran tuntutan tunggal berjumlah besar.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.