Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Penyakit Kritikal
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
A-Life Lady-i adalah pelan komprehensif untuk wanita yang memenuhi keperluan perlindungan anda. Pelan ini menyediakan faedah-faedah bagi kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal untuk anda, bersama dengan beberapa ciri-ciri pertama di pasaran yang direka khas untuk wanita.
Apabila anda menyertai A-Life Lady-i dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda akan mendapat bonus tambahan setiap tahun, iaitu Bonus Tunai Tahunan. Melalui Bonus Tunai Tahunan, anda boleh menerima bonus tunai sehingga 50% daripada caruman asas yang dibayar untuk A-Life Lady-i pada setiap ulang tahun sijil.
Jadi sertailah AIA Vitality, program unik kami yang menyokong dan memberi ganjaran kepada anda secara aktif ke atas pilihan sihat yang anda lakukan.
Ketahui lanjut mengenai A-Life Lady-i dalam Bahasa Inggeris.
Sebagai peserta A-Life Lady-i, apabila anda menyertai A-Life Ikhtiar , faedah Gift of Joy memberikan anda ganjaran tunai sebanyak 1% daripada amaun perlindungan anda. Sekiranya anda menambah A-Plus Total Health kepada sijil tersebut, kami akan membayar anda tambahan 2% daripada amaun perlindungan!
Sebagai peserta A-Life Lady-i, anda boleh menikmati keistimewaan untuk memastikan perlindungan terhadap anak anda tanpa perlu melalui pengunderaitan perubatan sekiranya tempoh kehamilan ialah kurang daripada 14 minggu – dengan memilih A-Life Ikhtiar dan rider A-Plus BabyCare Xtra-i.
Didiagnosis dengan kanser adalah satu pengalaman yang mencabar dari segi fizikal, emosi dan kewangan. A-Life Lady-i melindungi anda daripada kanser wanita dari peringkat awal dan seterusnya, dengan memastikan kewangan anda kukuh supaya anda boleh fokus kepada rawatan dan pemulihan.
A-Life Lady-i menyediakan faedah penjagaan wanita dan pembayaran sekaligus yang menyeluruh dan pertama di pasaran untuk komplikasi akibat pembedahan kosmetik elektif, terapi hormon untuk menopaus dan rawatan psikoterapi untuk keresahan atau kemurungan.
Pelan ini melindungi anda untuk pelbagai jenis komplikasi kehamilan.
Kami ingin meraikan pencapaian penting di dalam hidup anda dengan memberi anda ganjaran tunai ke atas peristiwa bermakna seperti perkahwinan, kelahiran cahaya mata dan usia emas. Jumlah keseluruhan ganjaran tunai adalah sehingga 12% daripada amaun perlindungan anda!
Apabila pelan anda matang pada umur 80, kami akan membayar anda 150% daripada amaun perlindungan untuk meraikan pencapaian penting di dalam hidup anda ini.
Anda boleh mendapat Bonus Tunai Tahunan apabila anda menyertai A-Life Lady-i dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality. Bonus Tunai Tahunan yang pertama berjumlah 10% daripada caruman asas yang dibayar untuk A-Life Lady-i.
Jika ada lebihan daripada dana risiko Takaful pada setiap akhir tahun, AIA PUBLIC Takaful akan berkongsi lebihan tersebut dengan Peserta-peserta yang layak mengikut nisbah 50:50.
Apakah yang dimaksudkan dengan peringkat awal?
Dalam pelan penyakit kritikal biasa, Pengendali Takaful hanya akan membayar faedah sekiranya penyakit itu dianggap mengancam nyawa. AIA PUBLIC Takaful memahami bahawa walaupun penyakit tertentu mungkin tidak dianggap sebagai pengancam nyawa, namun ianya dapat memberi kesan kepada kehidupan. Oleh itu, AIA PUBLIC Takaful juga melindungi penyakit-penyakit peringkat awal untuk membolehkan anda memberi tumpuan kepada pemulihan dan kembali sihat untuk mengejar impian anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran sekaligus?
Ia merupakan pembayaran tuntutan tunggal berjumlah besar.
Apakah yang dimaksudkan dengan kematangan?
Ia adalah tarikh apabila perlindungan takaful anda bagi pelan ini berakhir.
Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh menunggu?
Ia merupakan tempoh masa di mana Pengendali Takaful tidak akan membayar bagi tuntutan-tuntutan tertentu.
Sebagai pelanggan AIA, anda dapat menikmati tawaran dan kadar istimewa untuk pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh rakan penjagaan kesihatan kami.
Pemeriksaan Kesihatan Wanita dari serendah RM260
Jimat sehingga RM4,000 untuk Rawatan Kesuburan
Jimat sehingga RM1,200 untuk Materniti / Bersalin
Nikmati diskaun sehingga 15% untuk Vaksinasi Kanak-kanak
Nikmati diskaun sehingga 35% untuk Perkhidmatan Lawatan Ke Rumah Selepas Bersalin
Jimat lebih daripada RM600 untuk Perkhidmatan Perubatan Tradisional Cina
Pemeriksaan Kesihatan Wanita dari serendah RM260
Jimat sehingga RM4,000 untuk Rawatan Kesuburan
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi salah seorang Perancang Hayat AIA.