Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}A-Essential Business
Insurans Komersial
Tempoh Perlindungan
Jenis Perniagaan
Anda boleh membelinya melalui
A-Essential Business merupakan satu pelan insurans untuk melindungi perniagaan anda dan bangunan operasinya agar anda mempunyai jaringan keselamatan kewangan untuk menghadapi impak sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas perniagaan anda. Perlindungan komprehensif ditawarkan untuk anda dengan fleksibiliti untuk menyesuaikan pelan berdasarkan keperluan perniagaan anda dengan premium yang berpatutan.
Ketahui lanjut mengenai A-Essential Business dalam Bahasa Inggeris.
Pelan ini melindungi perniagaan anda daripada kerugian atau kerosakan ke atas bangunan atau kandungan (akibat kebakaran dan peril yang lain), termasuk pecah gelas atau kerosakan papan tanda yang dipasang ke atas bangunan yang diinsuranskan di dalam premis. Selain itu, anda akan menerima elaun kesulitan tambahan sehingga RM 5,000 untuk sebarang penutupan sementara atau pemberhentian operasi perniagaan akibat kebakaran atau banjir (jika banjir diinsuranskan). Elaun tambahan ini diberikan di bawah perlindungan Kebakaran.
Perniagaan anda akan dilindungi daripada kehilangan wang akibat kecurian atau rompakan bersenjata, termasuk kehilangan wang di dalam premis atau semasa transit. Perniagaan anda juga akan dilindungi daripada kehilangan wang akibat pemintasan haram semasa transaksi dalam talian yang sah, dan sebarang kehilangan wang dan barang akibat tindakan penipuan oleh pekerja anda. Tambahan lagi, anda mempunyai pilihan untuk mempertingkatkan perlindungan anda dengan melindungi kehilangan pendapatan dan peningkatan kos operasi akibat gangguan perniagaan yang disebabkan oleh kebakaran dan peril lain.
Pelan ini melindungi anda daripada liabiliti undang-undang untuk kecederaan badan atau kerosakan harta pihak ketiga yang timbul daripada perniagaan anda, dan liabiliti undang-undang anda untuk membayar pampasan atas kecederaan badan yang dialami oleh pekerja anda semasa bekerja.
Pelan ini melindungi anda dan pekerja anda daripada kemalangan yang mengakibatkan kematian atau kehilangan upaya kekal.
Mesin yang digunakan dalam perniagaan anda akan dilindungi daripada segala kerugian atau kerosakan fizikal yang tidak dijangka yang disebabkan oleh kecacatan, kesilapan reka bentuk, mutu pembinaan/kerja yang tidak baik dan lain-lain. Pelan ini juga menawarkan perlindungan terhadap peralatan pejabat, komputer dan periferal daripada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan melainkan peril yang dikecualikan.
Untuk membantu anda mendapatkan anggaran kos pembinaan semula bangunan untuk menentukan jumlah yang diinsuranskan, sila layari laman web PIAM di pautan berikut http://www.piam.org.my/consumer/industry/building-cost-calculator-bcc/ dan lengkapkan soal selidik yang disediakan. Sila maklumkan kepada pihak Syarikat jika anda ingin menyemak semula jumlah yang diinsuranskan dan penyemakan tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan pihak Syarikat.
BCC diperkenalkan untuk mengatasi masalah jumlah yang diinsuranskan di bawah perlindungan bangunan dalam Polisi Kebakaran dan Rumah untuk mengelakkan Pemegang Polisi tidak mendapat pampasan yang mencukupi disebabkan oleh perubahan nilai hartanah.
BCC adalah alat yang menyediakan anggaran kos pembinaan semula berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pemilik rumah untuk menganggarkan jumlah yang diinsuranskan.
BCC boleh digunakan untuk hartanah seperti harta kediaman dan rumah/ pejabat kedai yang mudah. Walau bagaimanapun, BCC tidak boleh digunakan oleh pemilik unit individu bagi suatu harta tidak bertanah. Untuk hartanah seperti flat, pangsapuri, pangsapuri servis, kondominium, BCC tersedia untuk digunakan oleh Badan Pengurusan Bersama Hartanah sahaja.
Anda boleh klik pada pautan berikut dan lengkapkan soal selidik yang disediakan: http://www.piam.org.my/consumer/industry/building-cost-calculator-bcc/. Sekiranya anda seorang Perancang Hayat AIA, anda boleh mengakses pautan melalui ALPP.
Anda boleh menghubungi Perancang Hayat AIA anda atau menulis kepada Syarikat untuk menyemak semula jumlah yang diinsuranskan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa BCC hanya menyediakan angka anggaran dan ia tidak menjamin jumlah sebenar hartanah anda yang akan diinsuranskan.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut mengenai produk ini, sila rujuk kepada Helaian Pendedahan Produk kami atau hubungi Perancang Hayat AIA.
Jika berlaku kerugian atau kerosakan, sila
Untuk tuntutan liabiliti: