Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Kemalangan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Tidak kira berapa pun usia anda atau betapa sihatnya anda, kemalangan yang serius boleh mengubah kehidupan anda dengan ketara.
Anda boleh menambah A-Plus AccidentShield dan A-Plus Total AccidentShield kepada salah satu daripada pelan insurans hayat tradisional kami atau pelan berkaitan pelaburan kami untuk meningkatkan perlindungan kemalangan anda.
Keluarga anda akan merima satu bayaran sekaligus jika anda meninggal dunia akibat kemalangan. Kami akan membayar dua kali ganda jumlah perlindungan jika kemalangan tersebut berlaku semasa menaiki bas atau keretapi awam, dalam lif atau dalam kebakaran bangunan awam.
Anda akan menerima satu bayaran sekaligus jika anda kehilangan sebahagian daripada tubuh anda dalam kemalangan. Kami akan membayar dua kali ganda jumlah perlindungan jika kemalangan tersebut berlaku semasa menaiki bas atau keretapi awam, dalam lif atau dalam kebakaran bangunan awam.
Pelan ini melindungi anda jika anda mengalami hilang upaya menyeluruh kekal akibat kemalangan. Kami akan membayar dua kali ganda jumlah perlindungan jika kemalangan tersebut berlaku semasa menaiki bas atau keretapi awam, dalam lif atau dalam kebakaran bangunan awam.
A-Plus Total AccidentShield akan turut memberikan kepada anda elaun mingguan jika anda mengalami hilang upaya sementara akibat kemalangan. Kami akan membayar balik kos perubatan yang anda tanggung akibat kecederaan disebabkan oleh kemalangan (dihadkan pada 6% daripada jumlah perlindungan anda).
Anda boleh membeli perlindungan tambahan bagi kemalangan yang disebabkan oleh rusuhan.
Apakah yang dimaksudkan dengan sekaligus?
Ia merupakan pembayaran tuntutan tunggal berjumlah besar.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh kekal?
Ia bermakna seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya sementara?
Ia bermaksud seseorang yang tidak dapat bekerja untuk satu tempoh masa pendek disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.
Apakah yang dimaksudkan dengan kehilangan anggota akibat kemalangan?
Ia bermaksud menjadi hilang upaya setelah hilang sebahagian daripada tubuh anda akibat kemalangan.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut mengenai produk ini, sila dapatkan salinan Helaian Pendedahan Produk atau bercakap dengan mana-mana Perancang Hayat AIA kami.