Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.
Kami sedia membantu anda.Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.
Untuk Individu
Untuk Perniagaan
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
Elak perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan pelan insurans dan takaful perubatan AIA.
Fokus kepada pemulihan dan bukan komitmen kewangan anda apabila anda mempunyai pelan insurans atau takaful penyakit kritikal AIA.
Kekal dilindungi apabila anda menjamin masa depan anda dengan pilihan pelan perlindungan dan pelaburan AIA.
Lindungi diri anda daripada kemalangan dengan pelan perlindungan kemalangan diri AIA.
Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.
Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.
Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.
AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut
Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.
LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.
BACA LEBIH LANJUTKami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.
Hubungi AIA{{title}}
{{label}}Warga kami adalah asas kejayaan kami dan pendorong utama dalam merealisasikan janji kami untuk membantu warga Malaysia hidup lebih sihat, lebih berpanjangan dan lebih hebat.
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Pengerusi)
Puan Mahani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (jurusan Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai lebih daripada 27 tahun pengalaman dalam industri perbankan. Beliau memulakan kerjayanya dengan Bank Negara Malaysia pada tahun 1977 di mana beliau bertugas selama 7 tahun dalam Pengurusan Rizab. Pada tahun 1984, beliau menyertai RHB Bank di Singapura dan telah memegang pelbagai jawatan dibawah bahagian Perbendaharaan dan Perbankan Luar Pesisir serta Perbankan Pengguna. Beliau kemudiannya kembali bertugas di RHB Bank Kuala Lumpur pada tahun 2001 dan telah memegang beberapa jawatan pengurusan kanan dalam bahagian perbankan premium dan antarabangsa, sehingga jawatan terakhir beliau pada tahun 2004 sebagai Naib Presiden Eksekutif, bahagian operasi dan perkhidmatan.
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Datuk Husni memegang ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sumber Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia. Datuk Husni pernah berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di Filipina, Pakistan dan United Kingdom dan merupakan Duta Besar Malaysia ke Kuwait dan Duta Besar Malaysia ke Thailand. Datuk Husni telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura pada 23 Ogos 2013 sebelum persaraan beliau daripada perkhidmatan kerajaan pada 2016. Datuk Husni mempunyai lebih 34 tahun pengalaman dan kepakaran dalam menguruskan perhubungan antarabangsa sebagai diplomat dan Pengurusan Kanan di Kementerian Luar Negeri Malaysia.
Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif
Dato' Chang memegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Hull, United Kingdom. Dato’ juga merupakan Chartered Banker, Chartered Banker Institute (CBI), United Kingdom. Dato’ Chang mempunyai pengalaman lebih dari 45 tahun dalam industri perbankan dan kewangan. Pada masa ini Dato’ Chang ialah Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Public Bank Berhad.
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Datin Dr. Rusnah memegang Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang Perakaunan dari Universiti Malaya. Beliau memperoleh ijazah pertamanya dalam bidang perakaunan daripada universiti yang sama dan kemudiannya berjaya memegang ijazah Sarjana Sains Perakaunan dan Kewangan dari University of Stirling, Scotland. Beliau juga mempunyai kelulusan Diploma Eksekutif dalam bidang Shariah dari Pusat Pendidikan Lanjutan Universiti Malaya dan telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik. Beliau merupakan seorang Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Perakaunan di Universiti Malaya sehingga Oktober 2022.
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Encik Chong menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan daripada Universiti Malaya pada tahun 1981 dan merupakan ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta ahli Institut Akauntan Malaysia. Encik Chong mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman bekerja dalam semua aspek kewangan dan pengurusan perniagaan di sektor korporat, institusi kewangan dan pengauditan. Jawatan terakhir eksekutif sebelum bersara ialah sebagai Ketua Pegawai Kewangan Genting Berhad di mana beliau telah berkhidmat selama 16 tahun.
Pengarah Eksekutif
Encik Ng adalah Felo Persatuan Aktuari (FSA) dan Felo Persatuan Aktuari Kasualti (FCAS) di Amerika Syarikat. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda, Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian tertinggi daripada Universiti Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat. Encik Ng mempunyai lebih daripada 26 tahun pengalaman dalam industri insurans. Beliau menyertai AIA pada tahun 2011 dan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. pada 15 Ogos 2019. Sebelum memegang jawatan terkini, beliau merupakan Pengarah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AIA Indonesia, jawatan yang disandang sejak Jun 2014. Encik Ng juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif perniagaan Penyelesaian Korporat AIA Group dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Serantau serta Ketua Pegawai Eksekutif Interim AIA Taiwan. Encik Ng telah memegang pelbagai jawatan penting sepanjang kerjayanya yang merangkumi fungsi perniagaan dan kewangan termasuk Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Pemasaran.
Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Dato’ Seri Mohamed Hassan Kamil ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan bagi Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd dan telah bersara daripada Kumpulan tersebut pada 31 Disember 2021. Sepanjang tempoh beliau menerajui Takaful Malaysia sejak 2007, Dato’ Seri Mohamed Hassan Kamil telah memartabatkan syarikat sebagai salah satu pengendali Takaful yang utama di Malaysia dan membawa Kumpulan ke puncak yang lebih tinggi dengan prestasi kewangan yang mampan dan terbukti. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Aktuari dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada University of Iowa, Amerika Syarikat (AS). Beliau juga merupakan Felow Persatuan Aktuari, AS dan Penaja Jamin Hayat Berkanun.
Pengerusi
Ir. Dr. Muhamad Fuad Abdullah mempunyai dwi kelayakan akademik di dalam bidang kejuruteraan dan pengajian Islam. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Southampton, England pada tahun 1977 dan 1982. Beliau kemudian menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Jordan pada 1994. Kelayakan tertinggi akademik beliau adalah Ijazah Kedoktoran di dalam Ketamadunan Islam yang dianugerahkan oleh Universiti Aberdeen, Scotland pada tahun 1996.
Dr. Muhamad Fuad memainkan peranan aktif di dalam dunia akademik. Beliau telah berkhidmat sebagai profesor adjung/pensyarah di beberapa universiti tempatan termasuk, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka; Panel Penasihat Industri Program Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Mara, Universiti Multimedia dan Universiti Tenaga Nasional; serta berkhidmat dari 2007 hingga 2010 sebagai ahli Lembaga Pengajian bagi program Ijazah Sarjana Muda Fiqh & Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau merupakan Ketua Eksekutif The Netherlands Maritime Institute of Technology, Johor Bahru pada tahun 2019. Kini, beliau adalah ahli lembaga pengarah bagi Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Tun Abd Razak Sdn Bhd.
Dr. Muhamad Fuad pernah menjadi pengarah bagi Institut Kefahaman Islam Malaysia, MIDF Berhad, MIDF Property Berhad, Sime Darby Berhad, Sime Darby Property Berhad dan Island & Peninsular Bhd. Beliau juga adalah Pengerusi bagi Gagasan Nadi Cergas Bhd dan ahli lembaga pengarah bagi PNB Commercial Sdn Bhd.
Dr. Muhamad Fuad merupakan Ahli Jawatankuasa Syariah bagi Public Islamic Bank Bhd dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah kepada BIMB Securities Sdn Bhd. Beliau pernah menjadi Pengerusi Ahli Jawatankuasa MIDF Bhd dan MNRB Retakaful Sdn Bhd serta pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Syariah bagi MNRB Holdings Berhad.
Ahli
YM Engku Ahmad Fadzil YM Engku Ali memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang diikuti Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Syariah) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1993 dan 1994. Beliau kemudian menyempurnakan Ijazah Sarjana di dalam Kehakiman Islam di Universiti Jordan pada tahun 2000.
Beliau telah diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1995. Beliau juga merupakan pensyarah di UIAM dari 1994 hingga 2014 dan mengajar Undang-undang Pusaka, Jurisprudens Islam dan Undang-undang Jenayah Islam. YM Engku Ahmad Fadzil YM Engku Ali pernah menjadi ahli panel penyelidik fatwa di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan serta Felo Kanan di Institut Kajian Strategik Islam Malaysia.
YM Engku Ahmad Fadzil YM Engku Ali juga mempunyai tauliah untuk menyampaikan ceramah agama di Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
YM Engku Ahmad Fadzil YM Engku Ali juga pernah berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah bagi Bank Muamalat Malaysia Berhad. YM Engku Ahmad Fadzil YM Engku Ali juga merupakan ahli Jawatankuasa Syariah bagi Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) dan Public Islamic Bank Berhad. Beliau juga merupakan seorang pengarah di Tijarah Hati Murni Sdn Bhd.
Ahli
Encik Khairil Anuar memperoleh Diploma Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 1983. Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat pada tahun 1986 dan 1987.
Encik Khairil Anuar pernah menjawat pelbagai jawatan di beberapa jabatan dan bahagian di HSBC Bank Malaysia Berhad. Jawatan terakhir beliau di HSBC Bank Malaysia Berhad ialah Pengurus, Bahagian Perbankan Islam. Seterusnya, beliau berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Perbankan Islam di Bank Simpanan Nasional, Malaysia sebelum menyambung kerjaya beliau di Timur Tengah.
Semasa berkhidmat di Timur Tengah, Encik Khairil Anuar telah diberi kepercayaan untuk memegang beberapa jawatan kanan utama seperti Naib Presiden, Ketua Pemasaran di Emirates Islamic Bank, Dubai, Ketua Perniagaan Runcit di Badr Al-Islamic, Dubai dan Naib Presiden Kanan, Ketua Penstrukturan, Produk dan Prestasi Perniagaan, Kumpulan Perbankan Borong Al Hilal Bank di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Antara kepakaran utama beliau ialah pembangunan produk untuk aset, tanggungan, dagangan dan pengurusan tunai serta penstrukturan transaksi kewangan Islam yang kompleks termasuk sukuk dan pembiayaan transaksi berkumpulan (syndication). Encik Khairil Anuar juga mempunyai pengalaman yang luas dalam perancangan strategik dan pemasaran yang mana menjadikan beliau berpengetahuan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan industri kewangan Islam.
Encik Khairil Anuar merupakan Ketua dan Pengasas Bersama Masryef Management House, sebuah Firma Konsultansi Kewangan Islam sejak 2019. Firma tersebut menyediakan perkhidmatan dan konsultasi berkaitan dengan khidmat nasihat, tadbir urus, pembangunan produk, semakan dan audit.
Ahli
Puan Shabnam memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2001. Beliau kemudian dianugerahkan Ijazah Sarjana Perakaunan dari Universiti Illinois pada tahun 2003. Beliau juga memperoleh beberapa sijil pasca siswazah dari Middlesex University, London dalam bidang Teknologi Kewangan (Fintech) dan A.I, Project Finance, International Trade Finance dan Real Estate. Beliau memperoleh kelulusan Certified Shariah Adviser & Auditor (CSAA) dari Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) pada tahun 2018.
Puan Shabnam pernah mengetuai bahagian penyelidikan unit pasaran modal Islam di International Shariah Research Academy (ISRA). Sebelum itu, Puan Shabnam pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia di mana beliau mengajar subjek Pengurusan Bank, Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Kewangan Islam.
Puan Shabnam merupakan Pengarah Urusan SHAPE® Knowledge Services (M) Sdn Bhd. Beliau menyertai kumpulan SHAPE® sejak tahun 2010. Selain membantu pelanggan menstruktur pelbagai produk kewangan Islam di peringkat antarabangsa, beliau merencana plan strategik bagi pelancaran projek kewangan Islam. Beliau juga merangka dan menjalankan latihan professional merangkumi spektrum lengkap kewangan Islam. Dilengkapi pengalaman kewangan Islam global, Puan Shabnam menawarkan pengetahuan implementasi mengambil kira pelbagai konteks perniagaan, peraturan dan pendapat Syariah.
Puan Shabnam dilantik sebagai felo kewangan Islam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia – Pusat Pengajian Islam Oxford bagi penggal 2021/2022. Beliau berminat dalam penyelidikan pelbagai disiplin terutamanya kelestarian, inovasi dan teknologi. Di Oxford, penyelidikan beliau merangkumi Ekonomi Biru, Kelestarian dan teladan bagi kewangan Islam.
Puan Shabnam Mohamad Mokhtar merupakan ahli Jawatankuasa Syariah di RHB Islamic Bank Berhad. Beliau juga pernah menjadi Panel Penasihat Syariah di Malaysian Rating Corporation dari tahun 2010 hingga 2014.
Ketua Pegawai Eksekutif
Elmie dilantik mengetuai perniagaan Takaful Keluarga AIA pada tahun 2015. Beliau bertanggungjawab untuk meningkatkan perniagaan Takaful Keluarga, mendorong inovasi produk dan meningkatkan serta mensasarkan Takaful dalam pasaran Bumi melalui kedudukan serta rangkaian pengagihan dan infrastruktur AIA dan Public Bank Berhad.
Pengarah, Kewangan Takaful
Yuet Ping mengetuai unit Kewangan Takaful yang bertanggungjawab dalam perbendaharaan, penyelarasan, operasi kewangan dan lejar am, laporan kewangan, kawalan kewangan serta pelaburan.
Pengarah Bersekutu, Aktuari Takaful
Phei San mengetuai unit Aktuari Takaful yang bertanggungjawab memastikan kewangan Syarikat yang kukuh dan perlindungan kewangan yang mencukupi dalam mengurus risiko kewangan serta modal Syarikat.
Pengarah Bersekutu, Tadbir Urus Perniagaan
Reena Sari mengetuai unit Tadbir Urus Perniagaan yang bertanggungjawab untuk memacu pertumbuhan perniagaan yang mampan melalui pengurusan saluran pengagihan yang efisien serta memperkukuhkan kecekapan kos dan operasi Syarikat melalui pengurusan operasi dan IT yang berkesan.
Pengarah Bersekutu, Pemasaran Cadangan Pelanggan
Adli mengetuai unit Pemasaran Cadangan Pelanggan dalam menghasilkan penyelesaian yang tepat dan bersesuaian bagi perniagaan Takaful Keluarga AIA. Beliau bertanggungjawab dalam pembangunan produk secara keseluruhan; dari strategi, pembangunan sehingga pemasaran produk melalui pelbagai saluran pengagihan.
Pengarah Bersekutu, Syariah, Undang-Undang & Kesetiausahaan
Daim mengetuai Unit Syariah, Undang-undang & Kesetiausahaan Syarikat. Beliau menyelaras interaksi di antara pihak berkepentingan dan juga bertindak sebagai pegawai perhubungan antara Syarikat dengan pihak berkuasa dan pertubuhan berhubung hal-hal kawal selia.
Pengarah Bersekutu, Pematuhan
Faisal mengetuai unit Pematuhan Takaful dan dipertanggungjawabkan untuk memantau, menyelia dan mengurus risiko pematuhan dalam Syarikat disamping memastikan kawalan adalah teratur dan beroperasi seperti yang dikehendaki.
Pengarah Bersekutu, Pengurusan Strategi & Pengagihan
Sharizad mengetuai unit Pengurusan Strategi & Pengagihan yang bertanggungjawab melaksanakan inisiatif perancangan strategik syarikat serta mengenal pasti dan memacu peluang pertumbuhan perniagaan yang mampan untuk semua saluran pengagihan.