- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Soalan Lazim
Manfaat
Bagaimana PMCM berfungsi?
Soalan Lazim
Med Insure ialah produk insurans perubatan tidak dijamin yang boleh diperbaharui secara tahunan, untuk menanggung semua caj yang munasabah dan lazim sepanjang kemasukan anda ke hospital yang perlu dari segi perubatan sebagai pesakit dalam.
Med Insure menanggung semua caj yang munasabah dan lazim untuk kemasukan hospital, rawatan, pembedahan, perkhidmatan perubatan yang diberikan kepada anda sebagai pesakit dalam di hospital, sehingga Had Tahunan, selagi diperlukan dari segi perubatan. Untuk bilik dan penginapan hospital, jumlah manfaat yang perlu dibayar hendaklah tidak melebihi kadar bilik tunggal standard atau bilik tunggal asas hospital dan Had Tahunan. 'Bilik Tunggal Standard atau Bilk Tunggal Asas' hendaklah bermaksud bilik untuk penginapan satu orang dengan satu katil dan bilik mandi yang bersambungan di hospital, yang bukan bilik suite, VIP, deluks atau bilik dengan kelas yang serupa di hospital.
Perlindungan insurans perubatan dan kesihatan membantu membayar perbelanjaan penjagaan kesihatan yang layak seperti kemasukan hospital, pembedahan, rawatan pakar, rawatan rapi dan rawatan perubatan lain yang diperlukan dari segi perubatan. Bergantung pada pelan, perlindungan juga mungkin termasuk manfaat seperti bilik dan penginapan, rawatan kanser pesakit luar, dialisis buah pinggang, penjagaan kecemasan dan perlindungan perubatan luar negara. Perlindungan perubatan membantu mengurangkan beban kewangan akibat kos penjagaan kesihatan yang tidak diduga dan memberikan ketenangan fikiran yang lebih tinggi kepada individu serta keluarga apabila mendapatkan rawatan.
Insurans perubatan membantu keluarga menguruskan kenaikan kos penjagaan kesihatan, terutamanya untuk penyakit serius atau rawatan jangka panjang. Insurans perubatan boleh mengurangkan beban kewangan, memastikan rawatan tepat pada masanya dan memberikan perlindungan kewangan yang lebih kukuh ketika menghadapi kecemasan perubatan.
Premium insurans perubatan ialah jumlah yang dibayar secara berkala untuk memastikan polisi kekal aktif. Premium boleh dibayar secara bulanan atau tahunan dan mungkin berbeza mengikut umur.
Premium adalah berdasarkan umur, jantina, keadaan kesihatan, pekerjaan dan pilihan penjimatan kos yang diambil. Pelan dengan manfaat lebih tinggi atau pilihan penjimatan kos yang lebih rendah mungkin lebih mahal.
Anda boleh mengurangkan kos dengan mengambil pilihan penjimatan yang sesuai, menyemak perlindungan secara berkala dan mengelakkan pertindihan manfaat yang tidak perlu.
Perlindungan anda mungkin terjejas jika bayaran anda tertunggak. Jika bayaran tidak diterima dalam tempoh ihsan, polisi anda mungkin menjadi tidak aktif dan tuntutan mungkin tidak dilindungi sehingga perlindungan anda diaktifkan semula.
Semasa memilih pelan perubatan, pertimbangkan bajet anda, had perlindungan, pilihan hospital, manfaat bilik dan penginapan, ciri penjimatan kos yang disediakan, pengecualian perlindungan, tempoh menunggu dan keperluan penjagaan kesihatan jangka panjang anda.
Insurans perubatan menyediakan manfaat perlindungan bagi perbelanjaan hospital dan rawatan, manakala insurans hayat memberikan bayaran kewangan kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya penuh kekal.
Ya, sesetengah manfaat mungkin mempunyai tempoh menunggu bergantung pada keadaan atau rawatan. Sila rujuk pengecualian yang disenaraikan dalam risalah produk untuk maklumat lanjut mengenai tempoh menunggu.
Ya, kedua-dua hospital panel dan bukan panel AIA diterima. Kemudahan tanpa tunai disediakan untuk hospital panel dan platinum AIA, manakala anda perlu membayar terlebih dahulu dan menuntut bayaran balik daripada AIA selepas keluar hospital jika anda mendapatkan rawatan perubatan di hospital bukan panel AIA.
Kemudahan Tanpa Tunai (untuk hospital panel dan platinum AIA)
Semasa Kemasukan Hospital:
- Kemukakan kad pengenalan anda kepada pegawai pendaftaran hospital untuk memohon Surat Jaminan (GL) daripada AIA.
- Semak keputusan GL melalui SMS sebelum kemasukan.
- Setelah GL diluluskan, anda perlu membayar deposit hospital jika dikehendaki, bergantung pada protokol hospital.
- Anda boleh meneruskan kemasukan dan mendapatkan rawatan perubatan.
Semasa Discaj Hospital:
- Hospital akan menyediakan bil akhir dan dokumen keluar hospital lengkap kepada AIA untuk GL akhir.
- Setelah GL akhir diluluskan dan dikeluarkan, anda perlu membayar jumlah deduktibel dan sebarang perbelanjaan lain yang tidak layak (jika berkenaan), kemudian anda boleh discaj dari hospital.
Tuntutan Bayaran Balik (untuk hospital bukan panel AIA)
- Anda perlu memaklumkan kepada kami dengan mengemukakan tuntutan anda dalam tempoh 30 hari dari tarikh discaj hospital.
- Dapatkan pautan laman web penghantaran tuntutan sama ada dalam e-mel anda menerima e-sijil atau Touch 'n Go eWallet > Insurans > 'Polisi Saya'.
- Lengkapkan laman web penghantaran tuntutan dan sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar tuntutan anda kepada AIA melalui halaman penghantaran tuntutan.
Pembayaran manfaat akan dibuat secara terus oleh AIA. Bayaran untuk semua manfaat di bawah tuntutan bayaran balik akan dibayar kepada Orang Yang Diinsuranskan.
Pergi ke halaman Soalan Lazim Touch 'n Go eWallet untuk maklumat lanjut mengenai Med Insure.
Terma & Syarat
- AIA General Berhad hanya akan membayar perbelanjaan perubatan yang layak sehingga amaun yang kami anggap sebagai Munasabah dan Biasa dan Perlu Dari Segi Perubatan, tertakluk kepada Had Tahunan dalam pelan perubatan anda.
- Med Insure tidak mempunyai had seumur hidup. Anda tidak perlu bimbang sekiranya anda sudah mencapai had tahunan anda kerana ia akan diselaraskan semula setiap tahun pada ulang tahun seterusnya tahun perlindungan anda.
- Med Insure menyediakan perlindungan di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, sekiranya anda tinggal atau berada di luar Malaysia lebih daripada 90 hari berturut-turut, anda tidak akan dilindungi bagi sebarang rawatan perubatan yang diterima di luar negara (kecuali di Singapura dan Brunei). Sila ambil perhatian bahawa perlindungan di luar negara adalah tertakluk kepada Caj Munasabah dan Biasa dan Perlu Dari Segi Perubatan bagi rawatan yang setara dengannya di Malaysia.
- Premium yang perlu dibayar akan berbeza-beza bergantung kepada umur yang anda capai (hari lahir terakhir) pada ulang tahun seterusnya tahun perlindungan anda.
- Premium bagi pelan ini tidak dijamin dan AIA General Berhad berhak untuk menyemak semula kadar premium dengan memberikan anda sekurang-kurangnya 30 hari notis bertulis terlebih dahulu dan semakan premium akan terpakai bermula dari ulang tahun perlindungan anda yang seterusnya.
- Premium yang dibayar untuk pelan ini mungkin layak untuk mendapat pelepasan cukai peribadi, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
- Anda perlu menjalani tempoh menunggu sebelum anda boleh membuat sebarang tuntutan di bawah pelan ini. Tempoh menunggu yang berbeza adalah terpakai untuk manfaat yang berlainan.
- Maklumat yang diberikan di sini adalah tidak lengkap. Anda disarankan untuk mendapatkan salinan Helaian Pendedahan Produk untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk ini. Untuk penjelasan menyeluruh berkenaan manfaat, pengecualian, terma dan syarat, sila rujuk kepada kontrak polisi.
AIA General Berhad 201001040438 (924363-W) adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.