Perlindungan Penyakit Kritikal

A-Life Essential Critical Care

Daftar untuk pelan ini melalui

Perancang Hayat

icon health

A-Life Essential Critical Care

Pelan penyakit kritikal yang ringkas dan berpatutan yang melindungi anda daripada diagnosis penyakit kritikal peringkat lanjutan dan menyokong perjalanan kesihatan & pemulihan anda.

Tempoh Perlindungan
Sehingga umur 70 tahun
Umur Kelayakan
16 - 60 tahun

Manfaat

Soalan Lazim

A-Life Essential Critical Care ialah pelan insurans penyakit kritikal oleh AIA yang menyediakan perlindungan ringkas dan mampu milik terhadap penyakit kritikal peringkat lanjutan yang membantu anda kekal dilindungi dari segi kewangan apabila berdepan saat-saat kritikal dalam kehidupan.

A-Life Essential Critical Care menyediakan perlindungan yang ringkas dan termampu terhadap penyakit kritikal peringkat lanjutan serta menyokong keadaan kesihatan & pemulihan anda. 

Berikut adalah manfaat utamanya: 

  • Insurans Penyakit Kritikal yang Ringkas dan Mampu Milik -
    Dengan premium mampu milik serendah RM0.50 sehari, anda boleh menerima 100% daripada jumlah perlindungan anda jika anda disahkan menghidap mana-mana satu daripada 75 penyakit kritikal peringkat lanjutan yang dilindungi. 
  • Hidup Sebaiknya Dengan Mengetahui Keadaan Kesihatan Anda -
    Menyediakan Manfaat Saringan Kesihatan yang menggalakkan anda untuk memantau tahap kesihatan anda dengan lebih baik. Sertai AIA Vitality dan kekal sihat  untuk menikmati sehingga RM600 dalam bentuk ganjaran setiap 2 tahun. 
  • Bonus Tunai Tahunan -
    Daftar sebagai ahli AIA Vitality dan nikmati pulangan sehingga 20% daripada jumlah premium tahunan yang telah dibayar untuk pelan ini, bergantung pada status AIA Vitality anda. 
  • Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM) -
    Dapatkan panduan dan sokongan berterusan dengan Perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM) bagi memastikan anda menerima rawatan yang sewajarnya dan pulih dengan sebaiknya. 
  • Manfaat Pilihan -
    A-Plus Life Cover membayar 100% daripada jumlah perlindungan untuk manfaat kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK). 
    A-Plus Recover membayar sehingga 200% daripada jumlah perlindungan sekiranya dimasukkan ke hospital untuk tempoh yang berpanjangan.

Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM) ialah perkhidmatan nilai tambah yang disediakan oleh AIA melalui Teladoc Health yang memberikan sokongan menyeluruh sepanjang proses perubatan dan pemulihan anda.

PMCM membantu anda:

  • Lebih memahami keadaan perubatan anda
  • Menilai semula diagnosis dan pilihan rawatan anda
  • Mendapatkan pandangan perubatan dan cadangan pakar
  • Meneroka pilihan rawatan yang sesuai
  • Menerima panduan dan sokongan perubatan berterusan
     

Melalui PMCM, anda boleh mendapatkan khidmat pakar perubatan global untuk membantu anda membuat keputusan termaklum mengenai penjagaan dan pemulihan anda.

Sebagai ahli AIA Vitality, anda boleh menikmati ganjaran tambahan dan manfaat kesihatan dengan A‑Life Essential Critical Care.

Manfaat Saringan Kesihatan

Menerima manfaat saringan kesihatan setiap 2 tahun untuk menggalakkan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Jumlah bayaran balik bergantung kepada status AIA Vitality anda.

Bonus Tunai Tahunan

Menerima bonus tunai tahunan mulai akhir tahun polisi pertama, berdasarkan status AIA Vitality anda.

Semakin tinggi status AIA Vitality anda (seperti Emas atau Platinum), semakin tinggi ganjaran yang mungkin anda terima.

Bagaimana ianya membawa manfaat kepada anda:

  • Menerima ganjaran kerana kekal sihat -
    Pilihan gaya hidup sihat boleh membantu anda mendapatkan ganjaran yang lebih besar.
  • Menjimatkan kos insurans anda -
    Anda mungkin menerima bonus tunai tahunan bernilai sehingga 20% daripada premium tahunan anda.
  • Menikmati lebih nilai daripada perlindungan anda -
    Manfaatkan perlindungan penyakit kritikal dan juga ganjaran untuk mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat.

A-Plus Critical Early melindungi 7 penyakit kritikal peringkat lanjutan, termasuk beberapa keadaan paling umum seperti: 

  • Kanser
  • Serangan jantung
  • Strok
     

Untuk senarai penuh penyakit yang dilindungi, sila rujuk di sini.

Seperti kebanyakan pelan insurans, A‑Life Essential Critical Care  mempunyai pengecualian tertentu yang tidak dilindungi di bawah polisi. Ini mungkin termasuk keadaan sedia ada, penyakit yang disahkan dalam tempoh menunggu, atau keadaan yang secara khusus dikecualikan dalam kontrak polisi. Anda digalakkan untuk membaca bahagian pengecualian dengan teliti bagi mengelakkan salah faham semasa proses tuntutan.

Ya, seperti kebanyakan pelan insurans penyakit kritikal  A-Life Essential Critical Care mempunyai tempoh menunggu. Ini bermakna anda perlu menunggu untuk tempoh tertentu selepas polisi bermula sebelum anda boleh membuat tuntutan untuk penyakit tertentu (tertakluk kepada terma polisi).

Anda hendaklah menyemak terma tempoh menunggu dengan teliti untuk bagi memahami kelayakan menggunakan manfaat perlindungan.

A-Life Essential Critical Care ialah pelan insurans penyakit kritikal yang melidungi sehingga 75 penyakit kritikal peringkat lanjut dan membayar manfaat sekali gus apabila disahkan menghidap penyakit yang dilindungi dan menyediakan manfaat ihsan (selepas kematian).

Perkara penting untuk diberi perhatian: 

  • Pelan ini berbeza daripada insurans perubatan, yang menanggung bil hospital dan kos rawatan
  • Pelan ini tidak termasuk perlindungan perubatan secara tersendiri

Penyakit kritikal ialah keadaan perubatan serius yang boleh menjejaskan kesihatan, gaya hidup dan kewangan anda dengan ketara. Antara contoh umum termasuk kanser, serangan jantung dan strok. 

Rawatan dan pemulihan mungkin memerlukan penjagaan perubatan berterusan, pemulihan dan cuti sakit, yang boleh menimbulkan cabaran kewangan tambahan.

Pelan perubatan dan insurans penyakit kritikal memenuhi tujuan yang berbeza dan sebaik-baiknya diambil  secara bersama.

Pelan perubatan membantu menampung kos hospital dan rawatan manakala insurans penyakit kritikal memberikan bayaran tunai jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal yang dilindungi. 

Bayaran boleh membantu menampung:

  • Kehilangan pendapatan
  • Perbelanjaan hidup harian
  • Pembayaran balik pinjaman
  • Kos pemulihan dan rehabilitasi
     

Mendapatkan kedua-dua pelan boleh menyediakan perlindungan kewangan yang lebih lengkap.

Penyakit serius boleh menjejaskan keupayaan anda bekerja sedangkan komitmen kewangan anda perlu terus dipenuhi.

Insurans Penyakit kritikal  membuat bayaran tunai selepas diagnosis, yang boleh membantu anda: 

  • Menggantikan pendapatan yang hilang
  • Menguruskan perbelanjaan harian
  • Membayar komitmen kewangan berterusan 
  • Melindungi kos berkaitan pemulihan 
     

Manfaat perlindungan ini boleh membantu mengurangkan tekanan kewangan dan memberikan anda ketenangan fikiran semasa pemulihan.

Terma & Syarat

Ahli PIDM

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi AIA atau PIDM.

Recommendation Prompt
Recommendation Prompt

Kongsi

Ketahui Lanjut