Penyelesaian Faedah Pekerja Komprehensif
Perlindungan Perubatan Berkelompok
Menyokong pekerja anda dengan menyediakan pelan kemasukan ke hospital yang lengkap.
Kami menawarkan fleksibiliti dan pilihan perlindungan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan dan bajet perniagaan anda.
Manfaat Asas:
- Perlindungan Kemasukan ke Hospital Tempatan dan Pembedahan, termasuk bantuan tunai harian
Manfaat Tambahan:
- Manfaat Pesakit Luar & Pakar
- Pilihan untuk Deduktibel
Perlindungan Hayat Bertempoh Berkelompok
Meyediakan jaringan keselamatan bagi waris/keluarga pekerja anda sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
Manfaat Asas:
- Kematian
Manfaat Tambahan:
- Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal
- Kematian & Hilang Upaya Akibat Kemalangan
- Penyakit Terminal
- Kos Penghantaran Pulang Negara
- Manfaat Pilihan
- Penyakit Kritikal
Kemalangan Peribadi Berkelompok
Lindungi pekerja anda daripada ketidaktentuan bencana alam dengan penyelesaian insurans yang fleksibel, kos efektif dan komprehensif. Kami memberi pampasan kepada pekerja jika berlakunya kecederaan, hilang upaya atau kematian akibat kemalangan mengejut dan kejadian yang tidak dijangka.
Penyelesaian Kesihatan Mental
Menyediakan anda dan pekerja anda dengan penyelesaian kesihatan mental komprehensif yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan mental. Penyelesaian ini direka untuk menawarkan sokongan kesejahteraaan mental hujung ke hujung daripada strategi pencegahan sehingga rawatan perubatan untuk semua tahap keperluan kesihatan mental dalam organisasi anda. Selain itu, kami akan menyokong pasukan Sumber Manusia anda untuk melibatkan dan mengaktifkan pekerja dalam inisiatif kesihatan mental.
Perlindungan Lanjutan COVID-19
Penyelesaian tambahan yang memastikan akses berterusan untuk penjagaan, kepakaran dan sokongan yang sesuai, membantu anda dan pekerja mengharungi pandemik Covid-19 bersama.
- Perlindungan Lanjutan Kemasukan Hospital untuk Covid-19
- Perlindungan Ujian Covid-19 Sebelum Kemasukan Hospital
- Manfaat dan perkhidmatan tambah nilai yang lain seperti talian hotline dan pakej pemantauan di rumah.
AIA Vitality Korporat
AIA Vitality merupakan program kesihatan yang memperkasakan pekerja anda dengan ilmu, alatan dan motivasi untuk membuat pilihan lebih sihat. Menggunakan penyelidikan terkini dalam ekonomi tingkah laku dan insentif, program ini direka bagi menggalakkan perubahan tingkah laku jangka panjang dalam kesihatan.
Medcare Berkelompok - Pengurusan Kes Perubatan Peribadi
Khidmat Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM) memastikan pekerja anda menerima rawatan terbaik dan sokongan berterusan yang diperibadikan sepanjang perjalanan perubatan mereka apabila didiagnosis dengan penyakit serius atau rumit.
Khidmat PMCM ditawarkan secara eksklusif oleh Teladoc, sebuag syarikat yang pakar dalam pengurusan perubatan sedunia yang berkualiti. Teladoc akan melantik pasukan perubatan peribadi khusus ("Pasukan PMCM") yang diketuai pengurus kes pakar perubatan bagi menilai semula dan mengurus penyakit pekerja anda.
Skim Persaraan Swasta (PRS)
Menyediakan skim simpanan dan pelaburan jangka panjang sukarela yang direka untuk membantu anda meningkatkan faedah pekerja anda. Tambah simpanan persaraan pekerja anda di bawah persekitaran yang tersusun dan terkawal.
Program Pembelian Pekerja
Akses kepada produk eksklusif bagi menyokong perlindungan pekerja anda dan keluarga mereka serta membantu mencapai matlamat kewangan.
WorkWell with AIA
Manfaat pekerja bukan hanya berkisarkan perlindungan semata-mata, malah kini didatangkan dengan manfaat pekerja yang dilengkapi perlindungan kesejahteraan. Disebabkan itu, AIA sentiasa berusaha menggabungkan manfaat dengan kesejahteraan pekerja seiring dengan tanggungjawab alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Kami akan bekerjasama dengan para majikan untuk menyokong pekerja dalam perjalanan mereka mencapai kesejahteraan hidup menerusi 4 dimensi utama: kesejahteraan fizikal, mental, kewangan serta sosial.
Hidup Sebaiknya
Fokus terhadap kesihatan fizikal dengan menggalakkan pemeriksaan kesihatan, aktiviti fizikal, pemakanan sihat dan akses kepada rangkaian perubatan berkualiti sepanjang perjalanan kesihatan dan kesejahteraan perkerja.
Fikir Sebaiknya
Fokus kepada kesihatan mental dengan memupuk kesedaran tentang kesihatan mental pekerja dan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan dalam bentuk pendidikan, alat bantu diri, bimbingan, kaunseling dan akses kepada penyedia kesihatan mental pilihan.
Rancang Sebaiknya
Fokus kepada kesejahteraan kewangan dengan memperbaiki literasi kewangan, menyediakan alat bantu diri dan penyelesaian dan jika perlu, akses kepada bantuan profesional untuk merancang dan menguruskan kewangan di setiap peringkat kehidupan.
Rasa Sebaiknya
Fokus terhadap kesejahteraan sosial bagi meningkatkan keyakinan pekerja dengan mewujudkan persekitaran kerja yang terangkum serta rangkaian sokongan yang memupuk semangat kekitaan dalam komuniti yang lebih meluas. Melakukannya menggalakkan tujuan dan daya tahan di kalangan pekerja.
Pengurusan Kos
Mengurus kos perubatan melalui pentadbir pihak ketiga (TPA) dalaman kami. Menyampaikan pengurusan pentadbiran penjagaan kesihatan yang efisien dan kos efektif melalui rakan kongsi kami dan kakitangan yang berdedikasi serta berpengalaman.
Kepakaran Kami
Ahli dengan Latar Belakang Klinikal/Perubatan:
- Doktor & jururawat
- Pentadbir hospital
- Ahli farmasi
- Pakar kesihatan berkaitan (cth. ahli fisioterapi)
Rakan Kami
- Perkhidmatan VIP
- Diskaun pemeriksaan kesihatan
- Manfaat Pemulihan, Kehamilan dan Bayi Baru Lahir
- Talian Hotline Covid-19 dan Pakej Penjagaan Khas di Rumah
serta banyak lagi...
Pasukan Berdedikasi
Pusat Panggilan 24 jam untuk bantuan tuntutan dan manfaat sepanjang tahun, meringankan beban jabatan sumber manusia anda dari kerja-kerja pentadbiran
Pengurus Akaun Berpengalaman
Pengurus Akaun Khusus untuk menguruskan akaun anda dan menyediakan analisis perbandingan tentang trend penggunaan dan kos
Rangkaian Kukuh dan Meluas di Seluruh Malaysia
Dengan hospital dan klinik panel AIA yang boleh dipercayai di seluruh negara, anda boleh mendapatkan rawatan perubatan yang tepat dengan perkhidmatan yang berbeza dengan tawaran diskaun harga pakej.
Manfaat Liputan Rangkaian
Kos perubatan yang lebih rendah
Kelulusan Surat Jaminan (GL) yang lebih pantas
Makluman awal tentang kos prosedur
Manfaat Hospital Platinum
Pengecualian caj pentadbiran
Pengecualian Deposit Kemasukan
Kadar eksklusif untuk pakej pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan tambah nilai yang lain
Penjagaan Kesihatan Didigitalkan
Pelbagai alat dan perkhidmatan digital di hujung jari pekerja anda untuk menyokong semua aspek kesihatan dan kesejahteraan, pada bila-bila masa dan dari mana-mana jua.
Aplikasi My AIA
Portal Pelanggan My AIA
Portal Koprorat My AIA
Tingkatkan Kecekapan Sumber Manusia
Permudahkan Manfaat Pekerja untuk pasukan Sumber Manusia anda agar mereka dapat menumpukan tenaga mereka pada aktiviti yang lebih bernilai tinggi
Jimat masa dan kos dengan platform yang mudah digunakan
Data masa nyata untuk memudahkan pentadbiran dan penjejakan
Semua rekod disimpan dan diproses secara digital dalam satu platform
Penyelesaian Sokongan Perniagaan
Adalah menjadi matlamat kami untuk menjadi rakan kongsi para SME dengan menawarkan penyelesaian melangkaui insurans. Dengan bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan kami, kami membolehkan SME mempunyai akses kepada penyelesaian sokongan perniagaan yang boleh dipercayai, pada kadar kos dan perkhidmatan yang lebih baik untuk menyokong perniagaan anda
Operasi Perniagaan
Menyokong kecekapan perniagaan dan meningkatkan produktiviti
Nasihat Perniagaan
Akses kepada perkhidmatan dan nasihat profesional
Keperluan Perniagaan
Memberi akses kepada perkhidmatan yang sewajarnya apabila diperlukan oleh perniagaan
Pendigitalan Perniagaan
Akses kepada penyelesaian teknologi dan pendigitalan untuk mempertingkatkan dan memperbaiki teknologi perniagaan
Penyelesaian Sokongan Perniagaan hanya tersedia untuk Penyelesaian SME Menyeluruh.