Insurans Komersial

A-Essential Business

Daftar untuk pelan ini melalui

Perancang Hayat

icon health

A-Essential Business

Pelan perlindungan perniagaan yang komprehensif, fleksibel dan berpatutan. Menawarkan perlindungan untuk harta dan kandungan, kewangan, liabiliti, kemalangan, dan peralatan.

Tempoh Perlindungan
1 tahun, pembaharuan setiap tahun

Manfaat

Soalan Lazim

BCC diperkenalkan untuk mengatasi masalah jumlah yang diinsuranskan di bawah perlindungan bagi bangunan dalam Polisi Kebakaran dan Rumah untuk mengelakkan Pemegang Polisi tidak mendapat pampasan yang mencukupi disebabkan oleh perubahan nilai harta.

BCC adalah alat yang menyediakan anggaran kos pembinaan semula berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pemilik rumah untuk menganggarkan jumlah yang diinsuranskan.

BCC boleh digunakan untuk hartanah seperti harta kediaman dan rumah / pejabat kedai yang mudah. Walau bagaimanapun, BCC tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh pemilik unit individu bagi suatu harta tidak bertanah. Untuk hartanah seperti flat, pangsapuri, pangsapuri servis, kondominium, BCC tersedia untuk digunakan oleh Badan Pengurusan Bersama Harta sahaja.

Anda boleh menasihati Perancang Hayat AIA anda atau hanya menulis kepada Syarikat untuk menyemak semula jumlah yang diinsuranskan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa BCC hanya menyediakan anggaran angka dan ia tidak menjamin jumlah sebenar yang harta anda akan diinsurankan.

Terma & Syarat

  • Produk ini mempunyai Fixed Plan dan Flexi Plan yang menawarkan sebanyak 11 perlindungan komprehensif. 
  • Bagi Fixed Plan, semua seksyen adalah wajib kecuali Seksyen (I) Kerosakan Jentera, (J) Semua Risiko dan (K) Kerugian Turutan Kebakaran. 
  • Bagi Flexi Plan, semua seksyen adalah tidak diwajibkan kecuali (A) Seksyen Kebakaran yang merupakan perlindungan wajib. Anda hendak memilih minimum 3 seksyen dari Seksyen B hingga K dan menentukan jumlah diinsuranskan yang dikehendaki.  
  • Kewajiban Pendedahan - Anda dikehendaki memberikan semua fakta dalam borang permohonan dan semasa pembaharuan dengan sepenuhnya dan tepat. 
  • Had Perlindungan: 
  • Jumlah yang diinsuranskan - 
    • Jumlah yang diinsuranskan adalah berdasarkan Jadual Manfaat, kecuali Kebakaran (jumlah yang diinsuranskan mesti mewakili Nilai Penuh hartanah yang diinsuranskan), Kerugian Turutan Kebakaran, dan Semua Risiko, dan semua seksyen dalam Flexi Plan. 
    • Kemalangan Diri Berkelompok - terhad kepada 15 orang sahaja (bagi Fixed Plan) atau terhad kepada jumlah orang yang dinyatakan dalam Jadual Polisi dengan maksimum 30 orang (bagi Flexi Plan), berumur antara 18 hingga 70 tahun. 
    • Terkurang Insurans - Anda perlu memastikan bahawa jumlah yang diinsuranskan mencukupi, jika tidak, syarat purata akan terpakai untuk insurans terkurang pada masa kerugian. Anda perlu menanggung jumlah perbezaan tersebut. 
    • Lebihan - adalah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung jika berlaku tuntutan. 
  • Jika berlaku kerugian atau kerosakan, sila 
    • Maklumkan kami dengan segera. 
    • Hantarkan semua dokumen sokongan kepada kami. 
    • Bekerjasama dengan pelaras kerugian yang dilantik oleh kami untuk menilai tuntutan anda. 
  • Untuk tuntutan liabiliti: 
    • Jangan membincangkan pampasan atau mengakui apa-apa liabiliti dan berunding sebarang penyelesaian dengan pihak ketiga atau peguamnya. 
    • Hantarkan semua surat-menyurat yang diterima daripada pihak ketiga dan/atau wakilnya yang tidak berjawab kepada kami. 
  • Kelayakan
    • Pelan ini hanya untuk perniagaan yang dijalankan di premis pembinaan Kelas 1A.

Pengecualian

  • Pengecualian bagi Seksyen A & K - Kebakaran & Kerugian Turutan Kebakaran 
  • Kecurian semasa atau selepas berlakunya kebakaran; 
  • Proses penapaian sendiri, pemanasan semulajadi atau nyalaan spontan (sebaliknya jika diinsuranskan); 
  • Pembakaran hartanah mengikut perintah pihak berkuasa awam; 
  • Gempa bumi, letusan gunung berapi, taufan, ribut hurikan, banjir; 
  • Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada bahan api nuklear atau bahan buangan nuklear; 
  • Serangan peperangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi berbentuk peperangan; 
  • Tindakan keganasan. 
  • Pengecualian Am bagi Seksyen B hingga J (Pecah Masuk, Wang, Liabiliti Awam, Kepingan Kaca dan Papan Tanda, Liabiliti Majikan, Kemalangan Diri Berkelompok, Jaminan Kesetiaan, Kerosakan Jentera, dan Semua Risiko): 
  • Kerugian atau kerosakan yang menyebabkan atau akibat daripada sebarang kerugian turutan; 
  • Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada bahan api nuklear atau bahan buangan nuklear; 
  • Serangan peperangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi berbentuk peperangan; 
  • Tindakan keganasan.

Ahli PIDM

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans PIDM atau hubungi AIA atau PIDM.

Recommendation Prompt
Recommendation Prompt

Kongsi

Ketahui Lanjut