Kekal terlindung dengan Insurans Kemalangan Diri Komprehensif

Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada kejadian tidak diduga dengan insurans kemalangan diri komprehensif.  Pelan kami memberikan sokongan kewangan yang diperlukan sekiranya mengalami kecederaan akibat kemalangan, kehilangan upaya atau kehilangan pendapatan, agar anda dapat memberi tumpuan terhadap pemulihan tanpa perlu bimbang  tentang beban kewangan.

Mengapakah Pelan Perlindungan Kemalangan Diri penting untuk anda

Soalan Lazim

Kami menggalakkan semua orang untuk mendapatkan pelan insurans kemalangan diri kerana malang tidak berbau. Langkah ini memastikan anda dan yang tersayang menerima sokongan kewangan sewajarnya jika anda ditimpa kemalangan.

Kelayakan insurans ditentukan mengikut individu setelah mengambil kira faktor seperti umur, keadaan perubatan, gaya hidup dan pekerjaan. Ini membantu memastikan bahawa perlindungan yang ditawarkan adalah sesuai dengan keperluan dan keadaan anda.

Perlindungan anda masih sah sehingga anda mencapai had usia perlindungan pelan anda dan selagi anda masih membuat bayaran bulanan anda (premium). Jika anda gagal membuat pembayaran premium, perlindungan anda boleh ditamatkan dan pelan anda terbatal.

AIA menawarkan dua jenis pelan insurans kemalangan peribadi yang memenuhi keperluan berbeza:

Komprehensif: Memberi perlindungan menyeluruh bagi keperluan anda.
Tambahan: Pelan fleksibel yang anda boleh tambah kepada pelan asas anda bagi memenuhi keperluan anda yang khusus.

Lihat semua pelan Perlindungan Kemalangan kami di sini

Kami boleh menghubungkan anda dengan Perancang Hayat AIA kami. Sila tinggalkan butiran anda dengan mengklik pautan ini atau hubungi kami di talian 1300-88-1899.

Kongsi