- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Soalan Lazim
Manfaat
Soalan Lazim
AIA CahayaKu merupakan pelan insurans kemalangan diri yang boleh diperbaharui secara tahunan dan tidak dijamin, yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, kemasukan ke hospital, dan hilang upaya akibat kemalangan. Pelan ini adalah produk di bawah program Baucar Perlindungan Tenang.
| No. | Manfaat | Jumlah Manfaat (RM) |
|---|---|---|
| 1 | Kematian Akibat Kemalangan | 50,000 |
| 2 | Elaun Tunai Harian semasa Kemasukan ke Hospital akibat Kemalangan (sehingga 30 hari bagi setiap Tempoh Perlindungan) |
100 sehari |
| 3 | Elaun Tunai Mingguan semasa Hilang Upaya akibat Kemalangan (sehingga 26 minggu bagi setiap Tempoh Perlindungan) |
50 seminggu |
Produk ini ditaja jamin oleh AIA General Berhad dan hanya boleh dibeli melalui Touch ‘n Go eWallet.
Premium untuk AIA CahayaKu adalah RM50.00 setahun, tertakluk kepada cukai kerajaan yang berkenaan. Ia merupakan bayaran premium sekali bagi tempoh perlindungan selama 12 bulan.
- Sekiranya anda layak untuk program Baucar Perlindungan Tenang, anda boleh engineman Baucar Perlindungan Tenang anda yang bernilai RM30.00 dan membayar baki jumlah premium serta cukai kerajaan yang berkenaan.
- Sekiranya anda tidak layak untuk program Baucar Perlindungan Tenang, anda perlu membayar jumlah penuh premium serta cukai kerajaan yang berkenaan.
Anda boleh dilindungi oleh AIA CahayaKu jika anda:
- Umur kemasukan (berdasarkan hari lahir terakhir) antara 18 tahun dan 75 tahun; dan
- Warganegara Malaysia yang merupakan pengguna Touch ‘n Go eWallet E-KYC, iaitu telah didaftarkan dan disahkan oleh TNG.
Anda perlu melengkapkan halaman web penyerahan tuntutan dan memberikan dokumen tuntutan sokongan yang diperlukan. Anda boleh mendapatkan pautan tuntutan tersebut daripada e-mel yang anda menerima e-sijil anda semasa perlindungan insurans, atau pergi ke Touch ‘n Go eWallet > Insurance > My Policies > Tenang > Lihat Butiran dan klik pada ‘Tuntut Sekarang’, atau dengan menghubungi Khidmat Pelanggan Dalam Talian AIA melalui WhatsApp di 019 629 9660 atau e-mel my.aiaonline@aia.com semasa waktu operasi (8:30 pagi – 5:30 petang pada Isnin hingga Khamis, 8:30 pagi – 4:30 petang pada Jumaat, tidak termasuk cuti umum).
Pembayaran akan dibuat oleh AIA secara terus. Bayaran untuk semua manfaat (kecuali manfaat kematian) akan dibayar kepada Orang Yang Diinsuranskan. Bayaran untuk manfaat kematian akan dibuat kepada Penama atau Harta Pusakan.
Baca Soalan Lazim untuk info lanjut tentang AIA CahayaKu