Artikel berkaitan
Garis Panduan Surat Jaminan Insurans

GARIS PANDUAN
SURAT JAMINAN
Apakah Itu Surat Jaminan?
Surat Jaminan adalah surat yang dikeluarkan oleh syarikat insurans / pengendali takaful kepada hospital yang mengesahkan bahawa kos rawatan bagi pesakit akan ditanggung oleh syarikat insurans / pengendali takaful.
Ini bermaksud pesakit tidak perlu membayar kos rawatan mereka terlebih dahulu dan AIA akan menanggung perbelanjaan yang layak dan membuat pembayaran terus kepada pihak hospital.
Ini adalah perkhidmatan tambahan untuk pemegang polisi / sijil perubatan AIA di hospital panel untuk memudahkan kemasukan mereka.

PROSES
PRA-KEBENARAN

Dalam Borang Pra-Kebenaran, maklumat seperti diagnosis awal, cadangan rawatan perubatan dan sebab kemasukan ke hospital diperlukan oleh AIA untuk membuat keputusan tentang kelayakan anda untuk kemudahan Surat Jaminan. Adalah dinasihatkan untuk mendedahkan maklumat tersebut dengan penuh dan tepat dalam borang.

Semasa menyemak permintaan Surat Jaminan, beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh AIA termasuk:

Butiran Polisi / Sijil

Sejarah Perubatan

Umur

Jantina

Diagnosis

Jenis Rawatan

Jika terma dan faedah pelan pesakit mencukupi untuk menanggung perbelanjaan kemasukan ke hospital, AIA akan membuat pra-kebenaran tuntutan dengan mengeluarkan Surat Jaminan Pertama kepada hospital.

Sebelum pesakit discaj, kos sebenar perbelanjaan hospital yang perlu dibayar oleh AIA akan diperincikan dalam Surat Jaminan Akhir.
BAGAIMANA SAYA NAK DAPATKAN SURAT JAMINAN?

HOSPITAL PANEL AIA
Bagi pelanggan / peserta AIA yang dimasukkan ke hospital panel AIA, urusan Surat Jaminan akan terus dilakukan dengan pihak hospital dan AIA.

HOSPITAL PANEL BUKAN AIA
Jika pesakit memilih untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital panel bukan AIA, mereka perlu membayar perbelanjaan terdahulu kemudian menuntut bayaran balik bayaran tersebut.
Dalam sesetengah keadaan, kemudahan Surat Jaminan tidak akan dikeluarkan atas sebab-sebab berikut:

Penuntut tidak dilindungi

Sijil tidak berkuatkuasa

Pengecualian faedah sijil

Pengecualian yang dikenakan ke atas orang dilindungi

Pengecualian kongenital

Rawatan kosmetik

Dalam tempoh menunggu 30 hari

Dalam tempoh menunggu 120 hari

Keadaan psikiatri

Rawatan atau pembedahan berkaitan pergigian

Tiada kemudahan tanpa tunai (cashless)

Rawatan atau pembedahan berkaitan bersalin

Rawatan yang boleh dilakukan sebagai pesakit luar

Keadaan atau penyakit sedia ada tidak diisytiharkan semasa permohonan polisi / sijil
Perbelanjaan yang biasa boleh dilindungi

Yuran doktor (Perundingan, pembedahan, prosedur)

Caj hospital (Makmal, peralatan, bekalan perubatan, farmasi)

Caj hospital lain yang berkaitan dengan kemasukan dan rawatan
Perbelanjaan biasa yang tidak dilindungi

Kit kemasukan

Yuran laporan perubatan

Yuran pendaftaran

Vitamin dan suplemen

Fiksasi luaran, bantuan khas, pendakap

Ujian / penyiasatan / ubat yang tidak berkaitan
HOSPITAL PANEL AIA
AIA mempunyai pengaturan dengan kebanyakan hospital swasta di seluruh negara. Liputan yang meluas ini akan memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan kami di mana sahaja mereka berada terutamanya dalam keadaan untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Selain itu, AIA juga telah memilih beberapa hospital panel sebagai hospital pilihan yang dikenali sebagai Hospital Platinum AIA. Faedah tambahan untuk pemegang polisi / sijil AIA di Hospital Platinum AIA termasuk:

Pengecualian caj pentadbiran seperti yuran pendaftaran, yuran kemasukan dan yuran lain.

Semasa kemasukan, pesakit dengan Surat Jaminan yang telah diluluskan terlebih dahulu tidak perlu membayar deposit.

Masa pemprosesan yang lebih singkat untuk kemudahan Surat Jaminan.

Kadar eksklusif untuk pakej pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan tambahan lain.
UNTUK MENCARI HOSPITAL PANEL AIA:
Lawati Laman Web AIA
Gunakan 'Panel Locator' dalam aplikasi My AIA
Hubungi Nombor Khidmat Pelanggan AIA di 1-300-88-1899
Secare ringkas, kemudahan Surat Jaminan adalah manfaat tambahan untuk pemegang polisi insurans / sijil takaful perubatan AIA. Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital tanpa kebimbangan kerana mengetahui bahawa AIA akan menjaga keperluan kewangan mereka dengan pelan perlindungan yang komprehensif.
http://www.aia.com.my/en/what-matters/finance/medical-repricing-and-how-it-affects-you.html
http://www.aia.com.my/en/what-matters/finance/medical-insurance-vs-critical-illness-insurance.html

Lawati
Laman Web AIA
Gunakan 'Panel Locator' dalam aplikasi AIA+
Hubungi Nombor Khidmat Pelanggan AIA di
1-300-88-1899
Secare ringkas, kemudahan Surat Jaminan adalah manfaat tambahan untuk pemegang polisi insurans / sijil takaful perubatan AIA. Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan di hospital tanpa kebimbangan kerana mengetahui bahawa AIA akan menjaga keperluan kewangan mereka dengan pelan perlindungan yang komprehensif.
RUJUKAN