Kehadiran cahaya mata adalah penyeri dan pelengkap kehidupan berumahtangga. Namun, kehadirannya memerlukan persediaan dan pengetahuan yang betul agar anda dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan lebih baik, terutamanya buat bakal ibu bapa atau yang baru menimang cahaya mata pertama.
Tahukah anda? Tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar menyediakan keperluan asas. Sebab itulah anda perlu membuat persiapan serta memastikan anak-anak dilindungi sebaiknya.
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui persiapan dan perlindungan terbaik yang dimaksudkan terutamanya buat ibu yang baru bersalin.
"Tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar menyediakan keperluan asas. Sebab itulah anda perlu membuat persiapan serta memastikan anak-anak dilindungi sebaiknya"
1. Bijak membahagi masa
- Setelah bayi lahir, anda perlu menyesuaikan masa anda dengan masa bayi menyusu, tidur, mandi dan bermain. Sebagai ibu yang berpantang, sudah tentu anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi tersebut kerana masa anda sudah terbahagi kepada diri sendiri dan bayi. Jika anda baru bergelar ibu, mintalah bantuan pasangan agar fasa ini dapat dilalui dengan baik.
- Seimbangkan kehidupan dengan menikmati “me time” atau “quality time”. Luangkan masa dengan membaca buku, menonton drama bersiri kegemaran atau manjakan diri di spa untuk merehatkan mental dan fizikal yang keletihan.
- Secara amnya, fasa penyesuaian masa ini akan dilalui sepanjang tahun pertama selepas kelahiran. Jadi, pastikan anda dan pasangan bijak menguruskan masa dan mengamalkan sikap bertolak ansur.
2. Pandai mengawal emosi
- Bagi ibu yang menyusu badan, tempoh berpantang atau posnatal/pospartum (42 hari pertama selepas kelahiran bayi) adalah tempoh yang mencabar kerana anda perlu menyesuaikan masa tidur anda dengan masa tidur bayi. Anda akan kerap berjaga malam untuk menyusukan bayi anda yang boleh mengakibatkan kualiti tidur anda terganggu. Mintalah bantuan pasangan anda untuk menguruskan bayi jika anda tidak mampu melakukannya seorang diri pada waktu itu.
- Jika ada ahli keluarga yang ingin membantu menyediakan makanan, mengemas atau menjaga bayi, terimalah dengan hati terbuka. Sedikit pertolongan dapat meringankan bahu ibu yang kepenatan.
3. Amalkan diet seimbang
- Selepas bersalin, tubuh badan ibu perlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Pengambilan makanan rendah GI (Indeks Glisemik) seperti biji-bijian penuh, sayur-sayuran dan protein dalam bentuk daging, ikan, kacang, telur dan keju baik untuk ibu yang baru bersalin serta untuk penghasilan susu ibu. Makanan rendah GI meningkatkan paras gula dengan perlahan, jadi ianya baik untuk membekalkan tenaga berpanjangan.
- Diet yang seimbang memastikan ibu mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan untuk diri dan bayi. Sebab itulah para ibu disarankan untuk menikmati sajian yang mengandungi zat besi seperti sayur-sayuran berdaun kerana ia mudah diserap dan mengambil buah-buahan untuk membekalkan vitamin C. Jika sebelum ini anda tidak mementingkan pola pemakanan anda, maka bersedialah untuk bertukar ke sajian yang lebih sihat.
4. Atasi tekanan / kemurungan
- Proses melahirkan bayi adalah proses yang memerlukan daya tenaga yang banyak dan kawalan emosi yang baik. Selain itu, anda juga akan mengalami perubahan hormon yang mendadak. Jadi, tidak hairanlah jika ada ibu yang tidak dapat mengawal diri sepanjang tempoh berpantang dan mengalami Postpartum Depression (PPD).
- Lakukanlah senaman ringan sepanjang tempoh postnatal/pospartum kerana ia membantu melepaskan endorfin positif untuk ibu berpantang. Ia menguatkan otot perut selepas bersalin, mengekalkan mobiliti sendi leher dan belakang, menguatkan otot lumbar dan pelvik, menggalakkan peredaran darah yang baik dan banyak lagi.
- Antara cadangan senaman yang mudah dan sesuai dilakukan ibu berpantang adalah kegel untuk menguatkan kembali otot pelvik. Pastikan anda menjaga kesihatan mental dan fizikal untuk menjadi ibu bapa yang mampu menggembirakan si manja dalam suasana harmoni!
5. Lindungi diri dan si manja
- Adakah anda bersedia dari segi kewangan jika sesuatu tidak diingini berlaku kepada anda mahupun bayi anda semasa dalam kandungan serta sepanjang fasa tumbesaran kritikalnya?
- Pertimbangkan pelan perlindungan A-Life Ikhtiar Child Solution. Pelan ini menawarkan perlindungan kepada si ibu seawal 13 minggu kehamilan sehingga melahirkan. Bersama pelan A-Plus BabyCare Xtra-i yang merupakan pelan pertama dipasaran yang menanggung perbelanjaan perubatan bayi jika dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Rawatan Separa Rapi (HDU) dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran. Faedah lain yang ditawarkan termasuk perlindungan terhadap kos inkubasi bayi, rawatan fototerapi bagi jaundis neonatal dan kemasukan hospital disebabkan salah satu daripada 19 keadaan kongenital.
- Dengan kombinasi pelan-pelan ini, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kos rawatan dan perubatan yang mungkin dihadapi akibat komplikasi kehamilan atau selepas kelahiran.
"Adakah anda bersedia dari segi kewangan jika sesuatu tidak diingini berlaku kepada anda mahupun bayi anda semasa dalam kandungan serta sepanjang fasa tumbesaran kritikalnya?"
Kesimpulannya, diharapkan panduan keibubapaan yang dikongsikan ini dapat memastikan anda lebih bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa serta memberikan perlindungan terbaik untuk cahaya mata tersayang.
Buatlah persediaan awal untuk mengelakkan stres dan tekanan kewangan jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada si ibu dan bayi anda. Jika anda perlukan bantuan, hubungi Perancang Hayat kami atau lihat senarai produk AIA PUBLIC Takaful di sini.
Rujukan:
http://www.myhealth.gov.my/postnatal-diet/
http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-semasa-berpantang/
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/27670?language=my
https://www.marchofdimes.org/baby/new-mom-stress.aspx#
https://www.businessinsider.com/personal-finance/advice-financial-planners-give-to-new-parents
https://www.emedicinehealth.com/when_to_start_kegel_exercises_after_birth/article_em.html
https://www.marchofdimes.org/baby/new-mom-stress.aspx#
https://www.businessinsider.com/personal-finance/advice-financial-planners-give-to-new-parents
Artikel berkaitan