Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Pengerusi)
Lembaga Pengarah
Jawatankuasa Syariah
Pasukan Pengurusan
Mahani Binti Amat
Puan Mahani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (jurusan Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai lebih daripada 27 tahun pengalaman dalam industri perbankan. Beliau memulakan kerjayanya dengan Bank Negara Malaysia pada tahun 1977 di mana beliau bertugas selama 7 tahun dalam Pengurusan Rizab. Pada tahun 1984, beliau menyertai RHB Bank di Singapura dan telah memegang pelbagai jawatan dibawah bahagian Perbendaharaan dan Perbankan Luar Pesisir serta Perbankan Pengguna. Beliau kemudiannya kembali bertugas di RHB Bank Kuala Lumpur pada tahun 2001 dan telah memegang beberapa jawatan pengurusan kanan dalam bahagian perbankan premium dan antarabangsa, sehingga jawatan terakhir beliau pada tahun 2004 sebagai Naib Presiden Eksekutif, bahagian operasi dan perkhidmatan.
Datuk Husni Zai Yaacob
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Datuk Husni memegang ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Sumber Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia. Datuk Husni pernah berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di Filipina, Pakistan dan United Kingdom dan merupakan Duta Besar Malaysia ke Kuwait dan Duta Besar Malaysia ke Thailand. Datuk Husni telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura pada 23 Ogos 2013 sebelum persaraan beliau daripada perkhidmatan kerajaan pada 2016. Datuk Husni mempunyai lebih 34 tahun pengalaman dan kepakaran dalam menguruskan perhubungan antarabangsa sebagai diplomat dan Pengurusan Kanan di Kementerian Luar Negeri Malaysia.
Dato’ Chang Kat Kiam
Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif
Dato' Chang memegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Hull, United Kingdom. Dato’ juga merupakan Chartered Banker, Chartered Banker Institute (CBI), United Kingdom. Dato’ Chang mempunyai pengalaman lebih dari 45 tahun dalam industri perbankan dan kewangan. Pada masa ini Dato’ Chang ialah Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Public Bank Berhad.
Datin Dr. Rusnah Muhamad
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Datin Dr. Rusnah memegang Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang Perakaunan dari Universiti Malaya. Beliau memperoleh ijazah pertamanya dalam bidang perakaunan daripada universiti yang sama dan kemudiannya berjaya memegang ijazah Sarjana Sains Perakaunan dan Kewangan dari University of Stirling, Scotland. Beliau juga mempunyai kelulusan Diploma Eksekutif dalam bidang Shariah dari Pusat Pendidikan Lanjutan Universiti Malaya dan telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik. Beliau merupakan seorang Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Perakaunan di Universiti Malaya sehingga Oktober 2022.
Chong Kin Leong
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Encik Chong menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan daripada Universiti Malaya pada tahun 1981 dan merupakan ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta ahli Institut Akauntan Malaysia. Encik Chong mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman bekerja dalam semua aspek kewangan dan pengurusan perniagaan di sektor korporat, institusi kewangan dan pengauditan. Jawatan terakhir eksekutif sebelum bersara ialah sebagai Ketua Pegawai Kewangan Genting Berhad di mana beliau telah berkhidmat selama 16 tahun.
Dato' Seri Mohamed Hassan Kamil
Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Dato’ Seri Mohamed Hassan Kamil ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan bagi Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd dan telah bersara daripada Kumpulan tersebut pada 31 Disember 2021. Sepanjang tempoh beliau menerajui Takaful Malaysia sejak 2007, Dato’ Seri Mohamed Hassan Kamil telah memartabatkan syarikat sebagai salah satu pengendali Takaful yang utama di Malaysia dan membawa Kumpulan ke puncak yang lebih tinggi dengan prestasi kewangan yang mampan dan terbukti. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Aktuari dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada University of Iowa, Amerika Syarikat (AS). Beliau juga merupakan Felow Persatuan Aktuari, AS dan Penaja Jamin Hayat Berkanun.
Ben Ng
Pengarah Eksekutif
Encik Ng adalah Felo Persatuan Aktuari (FSA) dan Felo Persatuan Aktuari Kasualti (FCAS) di Amerika Syarikat. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda, Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian tertinggi daripada Universiti Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat. Encik Ng mempunyai lebih daripada 26 tahun pengalaman dalam industri insurans. Beliau menyertai AIA pada tahun 2011 dan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. pada 15 Ogos 2019. Sebelum memegang jawatan terkini, beliau merupakan Pengarah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AIA Indonesia, jawatan yang disandang sejak Jun 2014. Encik Ng juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif perniagaan Penyelesaian Korporat AIA Group dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Serantau serta Ketua Pegawai Eksekutif Interim AIA Taiwan. Encik Ng telah memegang pelbagai jawatan penting sepanjang kerjayanya yang merangkumi fungsi perniagaan dan kewangan termasuk Ketua Pegawai Kewangan, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Pemasaran.
Ir. Dr. Muhamad Fuad Abdullah
Pengerusi
Ir. Dr. Muhamad Fuad Abdullah mempunyai dwi kelayakan akademik di dalam bidang kejuruteraan dan pengajian Islam. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Southampton, England pada tahun 1977 dan 1982. Beliau kemudian menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Jordan pada 1994. Kelayakan tertinggi akademik beliau adalah Ijazah Kedoktoran di dalam Ketamadunan Islam yang dianugerahkan oleh Universiti Aberdeen, Scotland pada tahun 1996.
Dr. Muhamad Fuad memainkan peranan aktif di dalam dunia akademik. Beliau telah berkhidmat sebagai profesor adjung/pensyarah di beberapa universiti tempatan termasuk, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka; sebagai Panel Penasihat Industri Program Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Mara, Universiti Multimedia dan Universiti Tenaga Nasional; serta berkhidmat dari 2007 hingga 2010 sebagai ahli Lembaga Pengajian bagi program Ijazah Sarjana Muda Fiqh & Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau merupakan Ketua Eksekutif The Netherlands Maritime Institute of Technology, Johor Bahru pada tahun 2019. Kini, beliau adalah ahli lembaga pengarah Universiti Tun Abdul Razak Sdn Bhd.
Dr. Muhamad Fuad pernah menjadi pengarah bagi Institut Kefahaman Islam Malaysia, MIDF Berhad, MIDF Property Berhad, Sime Darby Berhad, Sime Darby Property Berhad, Mesiniaga Berhad dan Island & Peninsular Berhad. Beliau juga adalah Pengerusi Bukan Eksekutif bagi Gagasan Nadi Cergas Bhd.
Dr. Muhamad Fuad merupakan Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah, BIMB Securities Sdn Bhd. Beliau pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Syariah, MIDF Bhd dan MNRB Retakaful Sdn Bhd serta pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Syariah, MNRB Holdings Berhad.
Prof. Dato’ Dr. Aznan Hasan
Ahli
Prof. Dato’ Dr. Aznan Hasan menamatkan pengajian sarjana mudanya dalam bidang Syariah di Universiti al-Azhar pada tahun 1994. Beliau kemudiannya memperoleh ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Kaherah, menamatkan pengajian dengan cemerlang (mumtaz) pada tahun 1998, dengan tesisnya disyorkan untuk diterbitkan. Pada tahun 2003, beliau menerima Ph.D. dari Universiti Wales, Lampeter, di United Kingdom.
Dr. Aznan telah mengarang dan menerbitkan lebih 50 kertas penyelidikan dan telah membuat lebih daripada 100 pembentangan. Bidang kepakaran beliau termasuk undang-undang komersial Islam, perbankan dan kewangan Islam, pasaran modal Islam, takaful, pengurusan aset Islam, perundangan Islam, serta zakat dan wakaf.
Pada masa ini, Prof. Dato’ Dr. Aznan Hasan berkhidmat sebagai Profesor Syariah di Institut Perbankan dan Kewangan Islam (IIiBF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau adalah Presiden Pengasas bagi Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam Malaysia (ASAS). Selain itu, beliau terlibat dengan pelbagai jawatankuasa dan lembaga Syariah di Malaysia dan antarabangsa, termasuk:
- Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
- Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Penasihat Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Pengerusi, Jawatankuasa Syariah, Bank Pembangunan Malaysia Berhad
- Pengerusi, Lembaga Penasihat Syariah, FNB Bank di Afrika Selatan
- Ahli, Jawatankuasa Syariah, Persatuan Bank-Bank Islam Malaysia
- Ahli, Lembaga Syariah, Nizwa Bank (Oman)
- Ahli, Majlis Syariah, Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (Bahrain)
- Ahli, Pihak Berkuasa Syariah Tertinggi (Higher Shariah Authority), Central Bank of UAE (UAE)
- Ahli, Lembaga Syariah, International Islamic Financial Market (IIFM-Bahrain)
- Ahli, Lembaga Pengarah, Maybank Islamic Berhad
- Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah, HSBC Amanah (Dubai)
- Ahli, Majlis Penasihat Syariah Global, Standard Chartered (Global-DIFC-Dubai)
- Ahli, Lembaga Penasihat Syariah, ABSA Islamic Bank (South Africa)
- Ahli, Jawatankuasa Penasihat Syariah, Yayasan Waqaf Malaysia
- Ahli, Jawatankuasa Syariah, Lembaga Zakat Selangor.
Beliau telah berkhidmat dalam Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia selama dua penggal (2006-2008, 2010-2013) dan sebelum itu merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah untuk ACR Retakaful. Selain itu, beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pemegang Amanah untuk Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YAPEIM) dan berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Hong Leong MISG Takaful Berhad dari tahun 2016 sehingga tahun 2019.
Profesor Dr. Muhamad Rahimi Osman
Ahli
Profesor Dr. Muhamad Rahimi Osman memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidng Syariah dari Universiti Malaya pada tahun 1987. Beliau kemudiannya menamatkan pengajian Sarjana Ekonomi Islam dari Universiti Yarmouk, Jordan pada tahun 1996. Kelayakan akademik tertinggi beliau ialah Ph.D dalam Perbankan Islam yang dianugerahkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2008.
Profesor Dr. Muhamad Rahimi Osman memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Pusat Pendidikan Islam, Institut Teknologi MARA pada tahun 1988. Kini, beliau merupakan Profesor di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Pengalaman mengajar beliau adalah dalam mata pelajaran seperti Undang-undang Urus Niaga Islam, Rangka Kerja Perundangan Kewangan Islam, Undang-undang Perbankan dan Sekuriti Islam serta Kawal Selia dan Tadbir Urus Kewangan Islam. Selain mengajar, beliau dilantik ke beberapa jawatan pentadbiran seperti Timbalan Pengarah, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Pengarah Institut Penyelidikan Zakat Malaysia (IKaZ), Timbalan Dekan dan Dekan Akademi Islam Kontemporari. Pengajian (ACIS), UiTM. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Semakan Kurikulum Muamalat, Takaful, Perbankan Islam dan Kewangan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, ahli Universiti Senat dan Pengerusi Majlis Dekan Pengajian Islam, Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.
Profesor Dr. Muhamad Rahimi Osman telah menulis buku dan membentangkan kertas kerja di seminar dalam negeri dan antarabangsa. Artikel beliau juga telah diterbitkan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Selain itu, beliau menjalankan beberapa penyelidikan dan memperoleh geran daripada pelbagai organisasi seperti Fundamental Research Grant Scheme (FRGS). Selain itu, beliau juga menyelia pelajar Sarjana dan Ph.D.
Profesor Dr. Muhamad Rahimi Osman merupakan seorang Penasihat Syariah Berdaftar yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan telah berjaya memperoleh pensijilan Certified Shariah Advisor (CSA) daripada Association of Shariah Advisors in Islamic Finance Malaysia (ASAS).
Profesor Dr. Muhamad Rahimi Osman kini merupakan Penasihat Syariah di Philip Capital Sdn Bhd dan ahli Jawatankuasa Syariah di Alliance Islamic Bank. Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Syariah di Co-opbank Pertama dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah di Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Syariah di pelbagai institusi kewangan iaitu Hong Leong Tokio Marine Takaful, Hong Leong Islamic Bank dan Alliance Investment Bank Berhad.
Khairil Anuar Mohd Noor
Ahli
Encik Khairil Anuar memperoleh Diploma Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 1983. Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat pada tahun 1986 dan 1987.
Encik Khairil Anuar pernah menjawat pelbagai jawatan di beberapa jabatan dan bahagian di HSBC Bank Malaysia Berhad. Jawatan terakhir beliau di HSBC Bank Malaysia Berhad ialah Pengurus, Bahagian Perbankan Islam. Seterusnya, beliau berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Perbankan Islam di Bank Simpanan Nasional, Malaysia sebelum menyambung kerjaya beliau di Timur Tengah.
En. Khairil memainkan peranan penting dalam menubuhkan dan memacu perniagaan bank-bank Islam di Malaysia, UAE dan Kazakhstan. Antara kepakaran utama beliau ialah pembangunan produk untuk aset, tanggungan, dagangan dan pengurusan tunai serta penstrukturan transaksi kewangan Islam yang kompleks termasuk sukuk dan pembiayaan transaksi berkumpulan (syndication). Encik Khairil Anuar juga mempunyai pengalaman yang luas dalam perancangan strategik dan pemasaran yang mana menjadikan beliau berpengetahuan dab berpengalaman luas dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan industri kewangan Islam.
Encik Khairil Anuar merupakan Ketua dan Pengasas Bersama Masryef Advisory, sebuah Firma Konsultansi Kewangan Islam sejak 2018. Firma tersebut menyediakan perkhidmatan dan konsultasi berkaitan dengan strategi dan operasi perniagaan, tadbir urus, pembangunan produk, semakan dan audit.
Shabnam Mohamad Mokhtar
Ahli
Puan Shabnam memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2001. Beliau kemudian dianugerahkan Ijazah Sarjana Perakaunan dari Universiti Illinois pada tahun 2003. Beliau juga memperoleh beberapa sijil pasca siswazah dari Middlesex University, London dalam bidang Teknologi Kewangan (Fintech) dan A.I, Project Finance, International Trade Finance dan Real Estate. Beliau memperoleh kelulusan Certified Shariah Adviser & Auditor (CSAA) dari Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) pada tahun 2018.
Puan Shabnam pernah mengetuai bahagian penyelidikan unit pasaran modal Islam di International Shariah Research Academy (ISRA). Sebelum itu, Puan Shabnam pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia di mana beliau mengajar subjek Pengurusan Bank, Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Kewangan Islam.
Puan Shabnam merupakan Pengarah Urusan SHAPE® Knowledge Services (M) Sdn Bhd. Beliau menyertai kumpulan SHAPE® sejak tahun 2010. Selain membantu pelanggan menstruktur pelbagai produk kewangan Islam di peringkat antarabangsa, beliau merencana plan strategik bagi pelancaran projek kewangan Islam. Beliau juga merangka dan menjalankan latihan professional merangkumi spektrum lengkap kewangan Islam. Dilengkapi pengalaman kewangan Islam global, Puan Shabnam menawarkan pengetahuan implementasi mengambil kira pelbagai konteks perniagaan, peraturan dan pendapat Syariah.
Puan Shabnam dilantik sebagai felo kewangan Islam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia – Pusat Pengajian Islam Oxford bagi penggal 2021/2022. Beliau berminat dalam penyelidikan pelbagai disiplin terutamanya kelestarian, inovasi dan teknologi. Di Oxford, penyelidikan beliau merangkumi Ekonomi Biru, Kelestarian dan teladan bagi kewangan Islam.
Puan Shabnam Mohamad Mokhtar merupakan ahli Jawatankuasa Syariah di Agrobank. Beliau juga pernah menjadi ahli Jawatankuasa Syariah di RHB Islamic Bank Berhad bagi tahun 2015-2024, dan ahli Panel Penasihat Syariah di Malaysian Rating Corporation dari tahun 2010 hingga 2014.
Reena Sari Abdul Halim
Pengarah Bersekutu, Perniagaan, Tadbir Urus Penyumberan Luar & Syariah
Reena Sari mengetuai pasukan Perniagaan, Tadbir Urus Penyumberan Luar dan Syariah yang bertanggungjawab memberikan hala tuju strategik dan pengawasan kukuh terhadap fungsi penyumberan luar bagi unit Operasi, Teknologi, Perundangan dan Setiausaha Syarikat serta pengawasan fungsi Syariah dalam menyampaikan nilai perniagaan dengan pantas dan berkualiti, disamping mencapai kecekapan operasi yang diteraju industri untuk mencipta nilai yang lebih tinggi, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.
Puteri Haslinda Megat Ahmad Supian
Pengarah Bersekutu, Pengurusan Risiko Perusahaan
Then Yeun Tsuey
Pengarah Bersekutu, Pemasaran Proposisi Pelanggan
Yeun Tsuey mengetuai unit Pemasaran Proposisi Pelanggan dalam menghasilkan penyelesaian yang tepat dan bersesuaian bagi perniagaan Takaful Keluarga AIA. Beliau bertanggungjawab dalam pembangunan produk hujung ke hujung; dari perancangan, strategi, pembangunan hingga pemasaran produk melalui pelbagai saluran pengagihan.
Sharizad Ghouse
Pengarah Bersekutu, Pengurusan Strategi & Pengagihan