Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Pengerusi)
Lembaga Pengarah
Pasukan Pengurusan
Ching Yew Chye @ Chng Yew Chye
En. Ching berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari University of London, UK. En. Ching berpengalaman luas dalam bidang perbankan komersil dan runcit serta pasaran modal. Di antara tahun 1997 hingga tahun 2007, En. Ching telah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan di Accenture, termasuk jawatan sebagai Rakan Pengurusan bagi Kumpulan Industri Perkhidmatan Kewangan-Asia, Pengerusi Majlis Geografi-Asia dan Rakan Pengurusan bagi Rantau Asia Selatan.
Kang Ah Lai @ Kang Hak Koon
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Encik Kang ialah seorang Felo di Chartered Certified Accountants, UK serta ahli Institut Akauntan Malaysia dan Chartered Insurer bagi Chartered Insurance Institute di UK. Antara tahun 1979 hingga tahun 2000, Encik Kang telah memegang pelbagai jawatan di Jabatan Kewangan dan Operasi Perniagaan, yang mana jawatan terakhir beliau ialah sebagai Pengurus Besar Jabatan Insurans Am di Sime AXA Assurance Bhd. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Insurans Am di Prudential Malaysia dan merupakan peneraju dalam memulakan perniagaan Insurans Am di situ.
Chong Kin Leong
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Encik Chong menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan daripada Universiti Malaya pada tahun 1981 dan merupakan ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia serta ahli Institut Akauntan Malaysia. Encik Chong mempunyai lebih daripada 40 tahun pengalaman bekerja dalam semua aspek kewangan dan pengurusan perniagaan di sektor korporat, institusi kewangan dan pengauditan. Jawatan terakhir eksekutif sebelum bersara ialah sebagai Ketua Pegawai Kewangan Genting Berhad di mana beliau telah berkhidmat selama 16 tahun.
Tunku Dato' Mahmood Fawzy Bin Tunku Muhiyiddin
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Tunku Dato’ Mahmood Fawzy menerima Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari Polytechnic of Central London, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Warwick, United Kingdom serta Diploma Pemasaran dari Chartered Institute of Marketing. Tunku Dato' Mahmood Fawzy merupakan Felo Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah dan Institut Pengarah Korporat Malaysia. Tunku Dato’ Mahmood Fawzy berpengalaman luas merangkumi aspek strategi, tadbir urus, pengurusan risiko dan aktiviti rentas sempadan dalam bidang telekomunikasi, pengurusan pelaburan dan aktiviti ekuiti swasta, minyak dan gas, logistik penerbangan dan marin, khidmat nasihat korporat serta perkhidmatan perbankan dan kewangan di beberapa lokasi antarabangsa termasuk United Kingdom, New Zealand, Afrika Selatan dan Malaysia.
Leong Chee Soong
Pengarah Eksekutif
Leong Chee Soong mempunyai pengalaman lebih daripada 29 tahun dalam industri insurans dan takaful. Beliau memulakan kerjaya sebagai eksekutif di bahagian Penyelesaian Korporat dan kemudiannya beralih bahagian Latihan Agensi di mana beliau mengendalikan pelbagai program latihan termasuk melatih ejen dan ketua agensi. Leong terlibat dalam Pengurusan Agensi sejak tahun 2002 dan telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan termasuk Pengarah Jualan di ING Insurance, Naib Presiden Eksekutif di Etiqa Insurance Berhad dan Pengarah Kanan Agensi di Prudential Assurance Malaysia.
Leong menyertai AIA pada April 2014 di mana beliau mengambil alih peranan sebagai Ketua Strategi dan Pembangunan Agensi. Beliau kini merupakan Ketua Pegawai Pengagihan Agensi AIA Bhd. yang menyelia bahagian pengedaran agensi syarikat yang terdiri daripada pasukan agensi seramai 20,000 Perancang Hayat. Leong bertanggungjawab memacu strategi Agensi Premier AIA di Malaysia dengan fokus merekrut Perancang Hayat sepenuh masa bagi mendukung cita-cita AIA dalam membentuk tenaga agensi terbesar dan paling produktif di negara ini.
Beliau adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif AIA Bhd. dan merupakan Pengarah Eksekutif AIA General Berhad.
Gary Hoo
Ketua Pegawai Eksekutif
Gary mengetuai perniagaan insurans am AIA Malaysia yang menawarkan penyelesaian insurans termasuk kemalangan diri, hartanah dan insurans motor yang diedarkan melalui rangkaian Perancang Hayat AIA yang meluas, rakan-rakan bank, wakil tele-jualan, cawangan AIA di seluruh negara serta secara dalam talian.
Lai Ann Nee
Pengarah, Kewangan Insurans Am
Nanthini Kandasamy
Pengarah, Risiko & Pematuhan
Nanthini mengetuai unit Risiko dan Pematuhan Syarikat. Beliau memainkan peranan penting dalam mencadangkan dasar-dasar yang relevan, toleransi dan had risiko serta memberikan panduan, penjelasan dan mengawasi pematuhan. Beliau juga memberikan ulasan bebas dan cabaran konstruktif kepada perniagaan dalam memastikan kecukupan kawalan dan keberkesanan operasi.
Yee Theen Gee
Pengarah Bersekutu, Teknologi & Operasi
Yee mengetuai bahagian Teknologi dan Operasi yang bertanggungjawab memberikan hala tuju strategik dan pengawasan kukuh dalam menyampaikan nilai perniagaan dengan pantas dan berkualiti, disamping mencapai kecekapan operasi diteraju industri untuk mencipta nilai yang lebih tinggi, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.
Liew Sun How
Prinsipal, Pengagihan, Produk dan Penetapan Harga Produk
Sun How mengetuai pasukan yang menyelia pengurusan pengagihan, penetapan harga dan pembangunan produk insurans am yang memastikan pertumbuhan perniagaan yang mampan merentasi semua saluran pengagihan. Dalam menghasilkan penyelesaian yang tepat dan bersesuaian bagi perniagaan insurans am, beliau juga bertanggungjawab dalam pembangunan produk hujung ke hujung dari perancangan, strategi, pembangunan hingga pemasaran produk melalui pelbagai saluran pengagihan.