Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}12/04/2019
Sebagai salah seorang pekerja, manfaat yang boleh didapati dari syarikat tempat bekerja ialah anda mungkin layak mendapat perlindungan perubatan dan mendapat kad perubatan yang boleh digunakan apabila anda jatuh sakit.
Apa yang menarik di sini ialah anda mungkin telah mempunyai kad perubatan peribadi, yang telah didaftarkan bersama keluarga atau secara persendirian. Sekarang, anda mempunyai DUA kad perubatan, menawarkan dua perlindungan yang berasingan untuk tujuan yang sama. Adakah ini dibenarkan? Pelan mana satu yang lebih baik? Adakah anda perlu membatalkan salah satu daripada pelan perlindungan ini?
Pertama sekali, jom kita ketahui tentang apa itu pelan takaful perubatan. Terdapat dua jenis perlindungan perubatan yang berada di pasaran:
Sekarang, mari kita bezakan pelan perubatan yang anda dapat daripada majikan dan pelan perubatan peribadi.
Persamaan antara perlindungan perubatan kumpulan dan individu sebenarnya terletak kepada fungsinya. Secara umumnya, pelan perubatan (tanpa mengira sama ada kumpulan atau individu) melindungi anda dengan meliputi kos rawatan yang ditanggung sekiranya berlaku:
"Pelan perubatan yang disediakan oleh majikan anda dikenali sebagai perlindungan berkumpulan, kerana ianya melindungi satu kumpulan pekerja di bawah satu majikan. "
Pelan perubatan yang disediakan oleh majikan anda dikenali sebagai perlindungan berkumpulan, kerana ianya melindungi satu kumpulan pekerja di bawah satu majikan. Pelan perubatan peribadi yang anda beli sendiri atau bersama keluarga, dikenali sebagai perlindungan individu.
Sesetengah pelan perubatan juga menyediakan perlindungan takaful jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, di mana keluarga atau tanggungan anda akan menerima bayaran sekaligus jika berlaku sesuatu kepada anda.
Mungkin terdapat perbezaan antara pelan takaful yang anda miliki dengan pelan dari majikan, ianya bergantung kepada pembekal insurans/takaful dan juga jenis polisi. Di sini ada beberapa perkara penting yang mungkin berbeza antara kedua-dua pelan ini:
Had tahunan – Berapakah jumlah yang akan dibayar oleh pembekal insurans dalam setahun untuk pelan insurans perubatan.
Had seumur hidup – Apakah jumlah maksimum yang boleh dituntut seumur hidup anda?
Kadar bilik dan penginapan harian – Apakah jenis bilik yang layak anda dapat berdasarkan pelan anda?
Adalah penting untuk mengetahui had di atas kerana ia akan membantu anda merancang kewangan, sekiranya berlaku sebarang kecemasan melibatkan kecemasan perubatan.
ARTIKEL BERKAITAN: PENINGKATAN KOS PERUBATAN DAN KESANNYA TERHADAP PELAN PERUBATAN
Secara amnya, pelan berkumpulan mempunyai had tahunan yang lebih rendah berbanding pelan individu. Pelan mana yang perlu anda gunakan dahulu bergantung kepada:
Penyakit biasa seperti selsema di mana ianya tidak memerlukan pembedahan atau rawatan berpanjangan boleh dilindungi oleh pelan perubatan berkumpulan atau individu.
Sekiranya berlaku sesuatu yang lebih serius dan memerlukan pembedahan pesakit, hospitalisasi dan rawatan yang melebihi perlindungan perubatan berkumpulan, anda boleh menggunakan perlindungan berkumpulan dahulu dan menampung kos yang berlebihan dengan pelan individu. Sebagai contoh:
Perlindungan berkumpulan: RM30,000
Perlindungan individu: RM 80,000
Kos sebenar pembedahan dan rawatan: RM50,000
Kos pembedahan dan rawatan sebanyak RM30,000 akan ditampung oleh pelan berkumpulan dan RM20,000 oleh pelan individu.
Tiada salah satu pelan pun yang akan mengatasi yang lain, kerana kedua-dua pelan perubatan berkumpulan dan individu boleh berfungsi secara seiring. Jika pelan berkumpulan memberi anda kadar bilik dan penginapan harian yang lebih tinggi, anda boleh menggunakan pelan ini jika dimasukkan ke hospital tanpa menjejaskan pelan perlindungan individu. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua pelan perubatan berkumpulan dan individu menawarkan kadar bilik dan penginapan harian yang sama, tidak akan berlaku sebarang perbezaan antara pelan mana pun yang anda guna, selagi ianya berada dalam kadar yang ditawarkan.
Tetapi, ini semua boleh dibandingkan jika anda mempunyai dua pelan perubatan iaitu berkumpulan dan individu. Jika anda tidak mempunyai pelan perubatan peribadi, adakah anda memerlukannya? Jawapannya, ya. Di sini kami kongsikan beberapa perbandingan antara pelan perubatan berkumpulan (syarikat) dan pelan perubatan individu:
Pelan perlindungan berkumpulan (syarikat) | Pelan perlindungan individu (peribadi) |
|
Pelan yang dicadangkan: AIA A-Life Fleksi |
Apabila anda berhenti kerja, secara automatik pelan perlindungan ini akan terbatal. |
Pelan yang dicadangkan: AIA A-Life Medik Famili |
|
Pelan yang dicadangkan: AIA A-Enrich Gold-i |
Anda patut mula membeli pelan perubatan takaful peribadi sebaik sahaja anda mampu mendapatkannya. Antara kebaikan mendapatkan pelan perubatan takaful peribadi lebih awal ialah:
Rujukan:
https://www.imoney.my/articles/all-you-need-to-know-about-getting-medical-insurance-in-malaysia
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.