Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}16/12/2020
Kebanyakkan daripada kita menganggap bahawa bekerja adalah kaedah untuk membina kekayaan dan menjadi sebahagian daripada masyarakat yang produktif. Sudah tentu, ada orang yang berusaha untuk mendapatkan kekayaan yang lebih, tetapi secara amnya, ramai daripada kita yang hanya inginkan kekayaan yang berkekalan yang dapat memberikan jaminan kewangan serta wang tunai yang cukup untuk membiayai gaya hidup yang kita inginkan.
Kekayaan seperti itu lebih senang dicapai namun tiada jalan pintas. Untuk mencapainya, anda perlulah bekerja keras, berjimat dan melaburkan wang anda dengan bijak. Ini bukan sesuatu yang dapat diperoleh dalam hanya beberapa hari mahupun bulan tetapi bertahun-tahun dan berikut adalah beberapa cara yang dapat membantu anda memulakannya:
Mulakan dengan memperoleh pendidikan yang diperlukan untuk berjaya dan berkembang dalam kerjaya pilihan anda. Ini bukan hanya bermaksud pergi ke kolej atau universiti malah memperoleh kemahiran profesional yang berkait rapat dengan bidang tersebut serta memilih kerjaya yang anda mampu raih kecemerlangan. Belajarlah melabur dalam diri untuk memajukan potensi pendapatan anda, kemudian menjana wang dan mula menabung.
Menetapkan matlamat anda dari awal adalah langkah penting untuk kejayaan kewangan ketika anda berusaha untuk membina asas yang kukuh. Tanpa matlamat, anda tidak akan tahu apa yang ingin anda capai. Anda juga tidak akan dapat menjejak kemajuan anda dan meraikan hasil yang anda perolehi sepanjang perjalanan. Jadikan matlamat anda spesifik, dapat diukur, dapat dicapai, relevan dan terikat dengan masa, dengan kata lain 'S.M.A.R.T'.
Kini, majoriti daripada kita dapat melakukan transaksi perbankan secara digital dan salah satu faedahnya adalah kemampuan mengautomasikan kewangan anda - menghantar wang anda secara automatik ke akaun pelaburan, akaun simpanan, dan akaun pemiutang. Ini membolehkan anda membina kekayaan dengan lebih mudah kerana anda tidak dapat mengelak daripada membuat pembayaran dan tidak tergoda untuk membelanjakannya terlebih dahulu dan simpan kemudian.
Pastikan untuk sentiasa melunaskan hutang anda tetapi juga penting untuk memahami bahawa bukan semua hutang itu diciptakan sama rata. Susun urutan mengikut kadar faedah yang tertinggi hingga terendah. Kemudian, utamakan hutang dengan kadar faedah tertinggi, sambil membayar kadar minimum untuk kesemua hutang anda, dengan harapan anda dapat membayar lebih sepanjang jangka hayat pinjaman anda.
Sebaik sahaja anda mempunyai kekuatan kewangan untuk melaburkan sebahagian wang tunai anda, anda boleh pertimbangkan pelan berkaitan pelaburan yang dapat melindungi anda dan keluarga anda. Bukan itu sahaja, pelaburan juga dapat menyediakan jaringan keselamatan kewangan di samping membantu anda membina kekayaan.
Pelan seperti A-EnrichGold-i dapat membantu merealisasikan matlamat anda dengan mengembangkan kekayaan anda melalui pelan simpanan dengan pembayaran jangka pendek yang menyediakan elemen simpanan dan pelaburan hanya dalam satu pelan.
Kehidupan ini memang ada pasang surutnya, begitu juga dengan pelaburan. Pernahkah anda dengar perumpamaan “jangan masukkan semua telur dalam satu bakul”? Konsep ini juga dipraktikkan dalam dunia pelaburan. Daripada hanya melabur dalam saham atau polisi atau membeli tanah, kekayaan anda lebih terlindung jika anda mempelbagaikan pelaburan anda. Dengan cara mempelbagaikan kekayaan anda dengan pelaburan alternatif, seperti pertukaran dana yang boleh diperdagangkan atau mungkin juga perniagaan kecil yang anda percayai. Tetapi anda perlu sentiasa selidik terlebih dahulu dan mengambil langkah-langkah yang bijak untuk melindungi diri anda. Sebelum melaburkan wang hasil keringat anda pada sesuatu tempat yang anda tidak percaya.
Kekayaan itu tidak dapat dijangka jadi anda perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang keadaan di luar jangkaan yang mungkin menyimpang dari matlamat asal kewangan anda. Sentiasa berdisiplin dan jangan hilang kawalan terhadap keinginan anda tatkala berusaha mengumpul kekayaan. Seperti yang dikatakan oleh pengacara rancangan radio dan pengarang Amerika, Dave Ramsey: “Membina kekayaan adalah sebuah maraton. Ia tidak memerlukan pecutan. Disiplin adalah pemacu utama."
Rujukan:
https://www.imoney.my/articles/essential-factors-in-long-term-wealth-accumulation
https://www.imoney.my/articles/healthy-financial-habits
https://www.investopedia.com/managing-wealth/simple-steps-building-wealth/
https://fortunateinvestor.com/investors-build-long-term-wealth/
https://savology.com/6-healthy-financial-habits-2020/
https://www.cnbc.com/2016/12/21/11-simple-money-habits-that-will-help-you-build-wealth-in-2017.html
https://www.building-income.com/blog/2018/6/4/6-real-ways-to-build-long-term-wealth
Artikel di atas adalah untuk memberi maklumat sahaja. AIA tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian yang mungkin berbangkit akibat penggunaan maklumat yang terkandung dalam artikel ini.