Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Simpanan & Pelaburan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Kasih sayang ibu bapa kekal abadi, dan mereka tidak pernah mengenal penat lelah membimbing dan menyokong anak-anak di setiap peringkat kehidupan, baik semasa kecil mahupun sudah dewasa. Usaha memastikan anak-anak hidup lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna memerlukan simpanan jangka panjang supaya mereka boleh mengejar kecemerlangan dan mencapai cita-cita mereka.
A-Life Wealth Treasure adalah rancangan berkaitan pelaburan yang memastikan ibu bapa akan mempunyai simpanan jangka panjang yang diperlukan untuk mempersiapkan keperluan kewangan anak-anak mereka ketika mereka memulakan perjalanan hidup mereka. Apabila anda memupuk tabiat simpanan yang baik dan mula menyimpan lebih awal untuk anak anda, anda akan diberi ganjaran dengan manfaat Ganjaran Wealth dan Pendorong Wealth. Selain itu, pelan ini juga menyediakan perlindungan insurans untuk anda dan anak anda. Jumlah perlindungan anak anda akan meningkat secara automatik apabila dia sangat memerlukannya.
Ibu bapa kini boleh mendaftar sebagai ahli AIA Vitality dan mendapat manfaat tambahan - Vitality Wealth Booster untuk anak anda apabila pembelian A-Life Wealth Treasure dan A-Plus ParentCare.
Sila rujuk kepada terma dan syarat.
Dapatkan anak anda dilindungi lebih awal untuk memaksimumkan ganjaran anda! Ganjaran Wealth akan dikreditkan ke dalam Akaun Wealth polisi anda seawal umur 25 tahun atau umur 35 tahun dan setiap 10 tahun berikutnya sehingga matang, bergantung pada umur kemasukan anak anda.
Apabila matang, anda akan menerima jumlah nilai akaun polisi anda. Selain itu, Pendorong Wealth akan dibayar. Amaun Pendorong Wealth adalah 4 kali lebih tinggi daripada Ganjaran Wealth anda apabila matang.
Nota: Kedua-dua Ganjaran Wealth dan Pendorong Wealth akan dibayar jika anda memenuhi kedua-dua syarat berikut:
Apabila anda mendaftar sebagai ahli AIA Vitality dan melindungi diri anda dengan rider A-Plus ParentCare, anak anda akan dapat menikmati ganjaran selanjutnya dengan Vitality Wealth Booster.
Bergantung pada status AIA Vitality anda, dengan Vitality Wealth Booster, jumlah tambahan akan dikreditkan ke Akaun Wealth polisi setiap tahun sehingga anak mencapai umur 25 tahun
Melabur dalam Dana Strategik AIA atau Dana Elit AIA yang terdiri daripada gabungan strategik ekuiti asing dan strategi pendapatan tetap untuk meraih pulangan berpotensi yang lebih tinggi melalui dana yang diuruskan oleh pengurus dana profesional dan terkenal
Dengan A-Life Wealth Treasure, anak anda akan dilindungi terhadap Kematian, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) dan kematian akibat kemalangan sehingga umur 60 tahun dengan jumlah perlindungan minimum bermula daripada nilai serendah RM200,000.
Apabila anak anda membesar, keperluan perlindungannya juga akan meningkat. Dengan Manfaat AutoGrowth khas, jumlah perlindungan anak anda akan DIGANDAKAN secara automatik apabila anak anda mencapai umur 25 tahun, tanpa perlu melalui sebarang keperluan penajajaminan perubatan.
A-Life Wealth Treasure memastikan anda dilindungi semasa anda melindungi anak anda. Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Ibu Bapa membayar 100% daripada jumlah perlindungan jika anda meninggal dunia akibat punca kemalangan sebelum anak anda mencapai umur 25 tahun. Jumlah tuntutan ini akan dikreditkan ke Akaun Wealth polisi.
Anda digalakkan untuk memperluaskan jaringan perlindungan melalui manfaat tambahan di bawah:
- A-Plus ParentCare untuk perlindungan Hayat dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal
- A-Plus Parent Waiver untuk Manfaat Pengecualian Premium
Apakah yang dimaksudkan dengan berkaitan pelaburan?
Ia bermakna nilai polisi anda akan bergantung kepada prestasi dana pelaburan yang anda pilih.
Apakah yang dimaksudkan dengan hilang upaya menyeluruh & kekal?
Ia bermaksud bahawa seseorang tidak mampu bekerja selama-lamanya akibat penyakit atau kecederaan
Apakah yang dimaksudkan dengan autogrowth?
Ia bermakna kami akan meningkatkan amaun perlindungan anak anda sebanyak 100%, apabila anak anda mencapai umur 25 tahun, tanpa perlu melalui pengunderaitan perubatan.
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai akaun?
Ia merupakah jumlah nilai unit dana pelaburan yang dimiliki oleh pelan anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan tempoh matang?
Ia adalah tarikh apabila perlindungan insurans anda bagi pelan ini berakhir.
Untuk perlindungan tambahan, anda boleh memilih seberapa banyak ciri tambahan di bawah untuk memenuhi keperluan anda.
Penjimatan tambah nilai tetap
Ini adalah faedah premium tambah nilai tetap opsyenal yang disertakan dengan peruntukan 95% ke dalam Akaun Simpanan. Premium yang dibayar di bawah A-Plus ScholarSaver mungkin melayakkan anda untuk pelepasan cukai peribadi sehingga RM3,000 setahun di bawah insurans perubatan dan pendidikan, dengan syarat A-Plus Parent Waiver dilampirkan dan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. A-Plus ScholarSaver akan ditukar secara automatik kepada A-Plus Saver apabila insured mencapai umur 25 tahun.
Perlindungan Hayat
Pilihan ini memberikan perlindungan kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal pada ibu bapa. Selain itu, ia akan memberikan jumlah tambahan kepada Akaun Wealth polisi anda di bawah manfaat Vitality Wealth Booster jika anda adalah ahli AIA Vitality yang aktif.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Manfaat opsyenal ini memastikan bayaran premium yang berterusan jika ibu/bapa Insured meninggal dunia, menghidapi TPD atau didiagnosis dengan mana-mana 44 penyakit kritikal yang dilindungi atau menjalani pembedahan yang dilindungi.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Manfaat opsyenal ini memastikan bayaran premium yang berterusan jika anak anda didiagnosis dengan mana-mana 44 penyakit kritikal yang dilindungi atau menjalani pembedahan yang dilindungi.
Suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika and mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Peracang Hayat AIA.
MEMBINA DUNIA KEKAYAAN ANDA DENGAN AIA!
DAPATKAN PULANGAN TUNAI SEHINGGA 3 BULAN
APABILA ANDA MENDAFTAR A-LIFE WEALTH TREASURE
Klik pada tawaran dan promosi istimewa kami di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.
https://www.aia.com.my/en/crm/campaigns.html
Tertakluk kepada terma dan syarat.