Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}AIA Online Shield
Produk Dalam Talian
AIA Online Shield adalah satu pelan jangka pendek yang berpatutan yang memberikan pampasan sekiranya berlaku kematian yang disebabkan semata-mata oleh kemalangan, Covid-19, Demam Denggi dan/atau Kesan Sampingan Vaksinasi Covid-19. Anda boleh memilih manfaat dan tempoh perlindungan yang dikehendaki, dan mendapatkan perlindungan dengan mudah tanpa sebarang pengisytiharan kesihatan atau laporan kesihatan. Pelan dalam talian ini hanya boleh dibeli melalui Shopee.
Umur penyertaan adalah dari 30 hari hingga 65 tahun.
Pelan ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dengan nombor MyKad atau MyKid.
Lihat di bawah untuk pilihan pelan.
Perlindungan sehingga RM50,000 untuk Kemalangan, RM12,000 untuk Covid-19 & RM12,000 untuk Kesan Sampingan Vaksinasi Covid-19 selama 3 bulan atau 6 bulan.
Perlindungan sehingga RM50,000 untuk Kemalangan, RM12,000 untuk Covid-19, RM12,000 untuk Denggi & RM12,000 untuk Kesan Sampingan Vaksinasi Covid-19 selama 3 bulan atau 6 bulan.
AIA General Berhad (924363-W) adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.