Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}AIA One Plan adalah pelan insurans hayat bertempoh yang menyediakan perlindungan kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal selama satu (1) tahun.
Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA One Plan.
Amaun perlindungan yang anda perlukan bergantung kepada kemampuan anda, tanggungan kewangan semasa dan keperluan kewangan masa depan keluarga anda. Anda boleh mengira anggaran keperluan perlindungan anda di sini.
Faedah | Amaun Perlindungan* |
---|---|
Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal | RM 50,000 RM 100,000 RM 150,000 RM 200,000 RM 300,000 RM 400,000 RM 500,000 |
* Tertakluk kepada maksimum RM500,000 setiap hayat.
Jika anda meninggal dunia dalam tempoh polisi, mereka yang tersayang anda akan menerima 100% daripada amaun perlindungan.
Anda akan menerima 100% daripada amaun perlindungan jika anda mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal dalam tempoh perlindungan.
Ya, tuntutan kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal pelan ini akan dibayar sebagai tambahan kepada pelan insurans lain yang memberikan perlindungan kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal yang anda miliki daripada AIA.
Perlindungan anda bermula serta-merta selepas pembayaran premium disahkan.
Anda boleh membayar premium tahunan untuk pelan ini dengan kad kredit anda atau bayaran perbankan atas talian.
Premium untuk pelan ini adalah terjamin sepanjang tempoh satu (1) tahun.
Anda hanya perlu membayar premium untuk satu (1) tahun.
Ya, anda boleh membeli lebih daripada satu (1) AIA One Plan tetapi jumlah perlindungan polisi-polisi yang dibeli tidak boleh melebihi RM 500,000.
Tidak. Selepas tarikh luput, anda boleh membeli AIA One Plan yang baru jika anda ingin meneruskan perlindungan di bawah AIA One Plan.
Setelah terma perlindungan anda bermula, anda tidak boleh membuat petukaran sepanjang tempoh polisi anda.
Pembelian polisi insurans hayat bertempoh ini memerlukan komitmen kewangan anda selama satu (1) tahun. Polisi ini tidak mempunyai sebarang pilihan pembatalan selepas tempoh percubaan. Perlindungan anda akan tamat secara automatik pada akhir tempoh perlindungan.
Tiada yuran dan caj tambahan selain daripada pembayaran premium anda. Sila ambil perhatian bahawa premium yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.
Anda tidak akan dilindungi jika anda meninggal dunia dalam mana-mana kejadian berikut:
Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada kontrak polisi anda untuk senarai penuh pengecualian.
Sesiapa sahaja tetapi penama anda haruslah seorang yang waras. Anda tidak boleh menetapkan organisasi sebagai penama.
Penamaan adalah tidak wajib. Namun, kami ingin mencadangkan anda supaya membuat penamaan untuk mempercepatkan bayaran tuntutan kepada penama anda.
Jika anda ingin membuat tuntutan, anda boleh memuat turun borang di sini. Sila lengkapkan borang, termasuk maklumat bank anda kerana kami akan membayar tuntutan yang diluluskan secara terus ke dalam akaun bank anda melalui e-payment.
Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan kepada Perancang Hayat anda atau mana-mana Pusat Pelanggan AIA kami.
Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk membuat tuntutan dan dokumen tambahan yang diperlukan, sila layari http://www.aia.com.my/ms/help-support/claim-guide.html
Anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan mendaftarkan diri sebagai pengguna portal pelanggan kami iaitu My AIA. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami atau menghubungi Care Lines kami pada 1300 88 1899.
Kami akan memerlukan surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia untuk mengesahkan kematian. Kami juga memerlukan salinan benar sijil kematian diperakui, yang dikeluarkan oleh negara di mana anda meninggal dunia.
Sila tinggalkan maklumat perhubungan anda dengan mengklik pautan ini. Anda juga boleh menghubungi Care Line pada 1300-88-1899
Jika anda menghantar e-mel kepada kami, anda akan menerima pengesahan penerimaan automatik serta-merta. Wakil customer care kami akan membalas e-mel anda dalam tempoh 3 hari bekerja.