Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}AIA i-Starter Plan adalah pelan Takaful keluarga bertempoh 1 tahun yang menyediakan perlindungan kematian.
Pelan ini tidak mempunyai sebarang komisen dan tiada perantara yang terlibat dalam pemasaran pelan AIA i-Starter Plan.
Pelan ini terbuka kepada individu berumur 16 hingga 55 tahun.
Amaun perlindungan yang anda perlukan bergantung kepada kemampuan anda, tanggungan kewangan semasa dan keperluan kewangan masa depan keluarga anda. Anda boleh mengira anggaran keperluan perlindungan anda di sini.
Faedah | Amaun Perlindungan* |
---|---|
Kematian | RM 10,000 RM 15,000 RM 20,000 RM 25,000 RM 30,000 |
* Tertakluk kepada maksimum RM30,000 setiap hayat.
Jika anda meninggal dunia dalam tempoh sijil, mereka yang tersayang anda akan menerima 100% daripada amaun perlindungan.
Ya, anda boleh menyertai lebih daripada satu (1) AIA i-Starter Plan tertakluk kepada jumlah amaun perlindungan maksimum iaitu RM 30,000.
Tidak, walau bagaimanapun anda boleh menyertai AIA i-Starter Plan yang baru jika anda ingin terus dilindungi bagi satu (1) tahun yang berikutnya.
Perlindungan anda bermula serta-merta selepas pembayaran caruman disahkan.
Anda boleh mengurangkan amaun perlindungan anda pada tarikh genap caruman yang akan datang. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh meningkatkan amaun perlindungan anda. Jika anda ingin meningkatkan amaun perlindungan anda, kami mencadangkan agar anda menyertai dalam sijil tambahan AIA i-Starter Plan. Sila rujuk soalan lazim nombor 7 untuk maklumat lanjut.
Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan, dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru' (derma) ke dalam dana yang bernama Dana Risiko Peserta (DRP), yang akan digunakan untuk saling bantu-membantu pada saat yang diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dengan sewajar dan mengurus dana ini berdasarkan strategi yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah.
Lebihan akan ditentukan dan diumumkan, jika ada, sekali setahun oleh Pengendali Takaful. Jika terdapat sebarang lebihan yang wujud daripada DRP, lebihan bersih, selepas ditolak tuntutan yang perlu dibayar dan modal yang diperlukan akan dikongsi oleh Pengendali Takaful dan Peserta-peserta yang layak mengikut nisbah berikut:
Pengendali Takaful | Peserta-peserta | |
---|---|---|
Lebihan dalam Dana Risiko Peserta (DRP) | 50% | 50% |
Lebihan ini akan dikongsi dengan Peserta-peserta yang layak mengikut perkadaran berdasarkan peruntukan Tabarru’ sebenar mereka.
Anda boleh membuat pembayaran dengan kad debit, kad kredit anda atau melalui bayaran perbankan atas talian.
Anda perlu membayar caruman sepanjang tempoh perlindungan sijil. Caruman boleh dibayar mengikut mod pembayaran: tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan.
Anda boleh menukar cara pembayaran caruman atau mod pembayaran anda di portal pelanggan kami, My AIA. Sila klik pautan ini untuk log masuk atau pendaftaran.
Ya, anda mempunyai pilihan untuk membatalkan atau menyerahkan sijil Takaful anda dengan memberikan permintaan bertulis yang ditandatangani oleh anda kepada AIA PUBLIC. Kami akan membayar balik caruman berdasarkan jadual di bawah, dengan syarat tiada tuntutan yang telah dibuat sepanjang tahun sijil semasa.
Tempoh Tidak Melebihi | Mod Pembayaran Caruman | |||
---|---|---|---|---|
Tahunan | Setengah tahunan | Suku tahunan | Bulanan | |
15 hari* | 100% | 100% | 100% | 100% |
1 bulan | 80% | 70% | 50% | Tiada bayaran balik |
2 bulan | 70% | 50% | 20% | Tiada bayaran balik |
3 bulan | 60% | 30% | Tiada bayaran balik | Tiada bayaran balik |
4 bulan | 50% | 20% | 50% | Tiada bayaran balik |
5 bulan | 40% | 10% | 20% | Tiada bayaran balik |
6 bulan | 30% | Tiada bayaran balik | Tiada bayaran balik | Tiada bayaran balik |
7 bulan | 25% | 70% | 50% | Tiada bayaran balik |
8 bulan | 20% | 50% | 20% | Tiada bayaran balik |
9 bulan | 15% | 30% | Tiada bayaran balik | Tiada bayaran balik |
10 bulan | 10% | 20% | 50% | Tiada bayaran balik |
11 bulan | 5% | 10% | 20% | Tiada bayaran balik |
12 bulan | Tiada bayaran balik | Tiada bayaran balik | Tiada bayaran balik | Tiada bayaran balik |
* Tempoh Percubaan – Anda berhak untuk membatalkan sijil Takaful anda dengan memberi permintaan bertulis kepada AIA PUBLIC yang anda tandatangani dalam masa 15 hari selepas anda menerima sijil Takaful atau e-Sijil. Caruman yang telah anda bayar akan dibayar balik kepada anda.
Anda boleh mengembali semula sijil anda sebelum tarikh tamat sijil dengan mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami.
Tidak. Tiada yuran dan caj tambahan selain daripada pembayaran caruman anda. Sila ambil perhatian bahawa caruman yang dibayar oleh organisasi perniagaan adalah tertakluk kepada cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar semasa.
Anda tidak akan dilindungi jika anda meninggal dunia dalam mana-mana kejadian berikut:
Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada e-sijil anda untuk pengecualian penuh.
Anda boleh menetapkan penama(-penama) sebagai:
Sesiapa sahaja boleh menjadi penama tetapi penama haruslah seorang yang waras Anda tidak boleh menamakan organisasi sebagai penama.
Untuk membuat penamaan, anda boleh memuat turun salinan Borang Penamaan di sini dan mengemukakan borang penamaan yang lengkap di mana-mana Pusat Pelanggan kami atau menghantar kepada:
Jabatan Perkhidmatan Pelanggan,
Wisma AIA,
99 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Penamaan adalah penting untuk memastikan penama anda menerima faedah daripada sijil Takaful anda dengan secepat mungkin sekiranya anda meninggal dunia. Ia juga penting untuk memastikan bahawa orang yang dinamakan mengetahui tentang perkara ini.
Anda boleh memuat turun borang tuntutan dan Surat Kebenaran di sini atau boleh didapati di laman web AIA aia.com.my.
Sila melengkapkan borang, termasuk maklumat bank anda kerana kami akan membayar tuntutan yang diluluskan secara terus ke dalam akaun bank anda melalui e-payment. Anda boleh menghantar borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen yang diperlukan ke mana-mana Pusat Pelanggan AIA kami.
Di bawah adalah senarai dokumen yang anda perlukan untuk membuat tuntutan:
1) Borang Tuntutan
2) Sijil Kematian
3) Kontrak sijil Takaful asal/Bond of Indemnity
4) Bukti hubungan penuntut dengan si mati
5) Kad Pengenalan penuntut
6) Surat JPN (Untuk kematian di luar Malaysia
7) 5 keping Surat Kebenaran untuk Mengeluarkan Maklumat
Dokumen bukan asli mestilah diperakui sebagai salinan sebenar oleh kakitangan AIA yang diberi kuasa di Pusat Pelanggan AIA kami, di balai polis, guru besar sekolah atau ketua kampung anda.
Anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan mendaftarkan diri sebagai pengguna portal pelanggan kami iaitu My AIA. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran. Anda juga boleh mengunjungi mana-mana Pusat Pelanggan kami atau menghubungi 1300 88 8922.
Kami akan memerlukan surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia untuk mengesahkan kematian. Kami juga memerlukan salinan benar sijil kematian diperakui, yang dikeluarkan oleh negara di mana anda meninggal dunia.
Sila tinggalkan maklumat perhubungan anda dengan mengklik pautan ini. Anda juga boleh menghubungi Customer Contact AIA PUBLIC pada 1300-88-8922.
Jika anda menghantar e-mel kepada kami, anda akan menerima pengesahan penerimaan automatik serta-merta. Wakil khidmat pelanggan kami akan membalas e-mel anda dalam tempoh 3 hari bekerja.