Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.
Kami sedia membantu anda.Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.
Untuk Individu
Untuk Perniagaan
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
Elak perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan pelan insurans dan takaful perubatan AIA.
Fokus kepada pemulihan dan bukan komitmen kewangan anda apabila anda mempunyai pelan insurans atau takaful penyakit kritikal AIA.
Kekal dilindungi apabila anda menjamin masa depan anda dengan pilihan pelan perlindungan dan pelaburan AIA.
Lindungi diri anda daripada kemalangan dengan pelan perlindungan kemalangan diri AIA.
Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.
Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.
Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.
AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut
Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.
LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.
BACA LEBIH LANJUTKami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.
Hubungi AIA{{title}}
{{label}}Perlindungan Perubatan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh menyertai melalui
A-Plus MedCare-i adalah satu pilihan faedah tambahan (“rider”) penolakan unit yang boleh dilampirkan kepada pelan caruman tetap berkait-pelaburan yang terpilih.
A-Plus MedCare-i memberikan anda Faedah Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM) yang memberi tumpuan dalam memastikan anda dapat menerima rawatan yang terbaik dan memberi sokongan peribadi secara berterusan sepanjang perjalanan perubatan anda, apabila anda menghadapi keadaan perubatan yang serius. Sekiranya anda dicadangkan dengan rawatan luar negara (di luar Malaysia) disebabkan tiada kepakaran tempatan dalam bidang yang berkaitan dan anda membuat keputusan untuk mengikuti rawatan tersebut, kami akan membayar balik kos tiket penerbangan untuk anda dan seorang peneman.
Sila rujuk terma dan syarat.
Faedah ini diuruskan oleh penyedia perkhidmatan kami, Medix Medical Services Asia Limited (Medix).
Sekiranya anda dicadangkan dengan rawatan luar negara (di luar Malaysia) disebabkan tiada kepakaran tempatan dalam bidang yang berkaitan dan anda membuat keputusan untuk mengikuti rawatan tersebut, kami akan menbayar balik kos tiket penerbangan untuk anda dan seorang peneman, pergi dan balik dari lokasi rawatan tersebut sehingga dan tertakluk kepada had keseluruhan sepuluh ribu Ringgit Malaysia (RM10,000) seumur hidup.
Q: Apakah maksud Takaful?
Takaful ialah skim saling bantu-membantu berdasarkan prinsip-prinsip perpaduan, persaudaraan dan kerjasama. Setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan berdasarkan Tabarru‘ (derma) ke dalam dana, yang dinamakan Dana Risiko Peserta (DRP), digunakan untuk saling bantu-membantu di saat diperlukan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. (AIA PUBLIC) sebagai Pengendali Takaful diamanahkan untuk melabur dengan sewajarnya dan menguruskan dana ini berdasarkan strategi pelaburan mengikut prinsip-prinsip Syariah.
Q: Apakah itu A-Plus MedCare-i?
A-Plus MedCare-i satu faedah pilihan tambahan (“rider”) penolakan unit yang menyediakan faedah Pengurusan Perubatan Kes Peribadi (PMCM), yang akan memberi tumpuan dalam memastikan anda dapat menerima rawatan yang terbaik dan memberi sokongan peribadi secara berterusan sepanjang perjalanan perubatan anda, apabila anda menghadapi keadaan perubatan yang serius.
Sekiranya rawatan luar negara (di luar Malaysia) dicadangkan, dan anda membuat keputusan untuk menjalani rawatan tersebut, Kami akan membayar balik kos tiket penerbangan anda dan seorang peneman, pergi dan/atau balik dari lokasi rawatan tersebut tertakluk kepada had keseluruhan RM10,000 seumur hidup.
Q: Siapa yang layak untuk menyertai A-Plus MedCare-i?
A-Plus MedCare-i layak bagi pelanggan A-Life Link-i, A-Life Joy-i dan A-Life Fleksi yang berumur diantara 14 hari hingga 70 tahun.
Q: Berapakah umur atau tempoh perlindungan matang bagi A-Plus MedCare-i?
A-Plus MedCare-i akan diperbaharui setiap tahun sehingga tempoh matang pelan asas yang dilampirkan. A-Plus MedCare-i ini akan diperbaharui secara automatik pada setiap ulang tahun rider.
Q: Berapa banyak kadar Tabarru’ yang perlu saya bayar?
Kadar Tabarru’ ialah RM10 sebulan. Sila ambil perhatian bahawa kos Tabarru’ adalah tidak dijamin dan kami mempunyai hak untuk menyemak semula kos Tabarru’ dengan memberi anda notis bertulis 30 hari terlebih dahulu.
Q: Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar?
Tiada bayaran dan caj lain selain daripada Tabarru’ yang ditolak.
Q: Bagaimanakah A-Plus MedCare-i ini berbeza dengan pendapat kedua?
Kebanyakan perkhidmatan pendapat kedua membuat kajian semula laporan dan maklumat perubatan bagi menyediakan diagnosis bebas dan mencadangkan rawatan yang sesuai. Melalui pendapat kedua, pesakit seringkali ditinggalkan dengan tanda tanya, serta keperluan untuk mencari doktor dan hospital terbaik untuk menguruskan rawatan tersebut.
Dengan A-Plus MedCare-i, pelanggan tidak akan bersendirian. Perkhidmatan 24/7 tersedia untuk pelanggan pada setiap masa, sepanjang perjalanan diagnosis, rawatan dan memantau perkembangan rawatan sehingga pemulihan.
Q: Bagaimanakah maklumat dan laporan perubatan saya diperolehi?
Sekiranya anda layak anda memilih untuk menggunakan faedah PMCM, anda akan diminta menandatangani borang penerimaan perkhidmatan dan borang pengecualian kerahsiaan. Dengan borang ini, penyedia perkhidmatan kami diberi kuasa untuk meminta anda untuk menyerahkan semua maklumat dan laporan perubatan sedia ada yang berkaitan dengan kes perubatan anda.
Kami mengiktiraf kepentingan dan sensitiviti data peribadi tersebut, dan hanya akan berkongsi maklumat yang diperlukan untuk menganalisis keadaan pelanggan dengan tepat, dan membolehkan cadangan yang sesuai dilakukan.
Q: Adakah saya akan dirujuk untuk melakukan rawatan di luar negara?
Penilaian ke atas rawatan adalah berdasarkan kepada keperluan perubatan. Secara amnya, anda akan dirujuk untuk melakukan rawatan di dalam negara, akan tetapi anda juga mungkin dicadangkan untuk mendapatkan nasihat atau rawatan di luar negara dalam keadaan yang jarang berlaku jika terdapat kekurangan kepakaran tempatan dalam bidang yang berkaitan.
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda memilih untuk meneruskan pelan perubatan yang dicadangkan oleh penyedia perkhidmatan kami, kos perubatan tersebut mungkin tidak dilindungi dibawah Sijil Takaful atau kad perubatan anda dengan kami. Anda dinasihatkan supaya memastikan faedah yang dilindungi dibawah Sijil anda dengan kami sebelum membuat rawatan yang dicadangkan.
Q: Bagaimana jika doktor yang merawat anda tidak bersetuju dengan cadangan rawatan yang diberikan?
Dalam keadaan ini berlaku, dengan kebenaran pesakit, penyedia perkhidmatan akan membincangkan kes tersebut dengan doktor yang merawat dan bersetuju secara bersama mengenai tindakan terbaik untuk pesakit. Walaubagaimanapun, pesakit sendiri yang akan membuat keputusan muktamad mengenai bagaimana untuk meneruskan pelan rawatan yang dicadangkan.
Q: Apa yang berlaku sekiranya cadangan kes perubatan tersebut adalah tidak tepat?
Keputusan rawatan yang dilakukan sentiasa mengambil kira keputusan bersama doktor yang merawat pesakit, termasuk dengan persetujuan pesakit itu sendiri. Adalah penting untuk anda tahu bahawa penyedia perkhidmatan kami tidak merawat pesakit secara langsung, atau memberi apa-apa ubat-ubatan, dan tidak melakukan sebarang rawatan. Justeru, penyedia perkhidmatan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap doktor yang merawatnya. Walau bagaimanapun, penyedia perkhidmatan mempunyai Insurans Liabiliti Perubatan Profesional dan akan bertanggungjawab penuh terhadap cadangan perubatan yang diberikan.
AIA PUBLIC tidak terlibat dalam sebarang cadangan yang diberikan. Tujuan pelan ini adalah untuk penyedia perkhidmatan kami memberikan nasihat perubatan bebas.
Q: Apakah pengecualian penting bagi A-Plus MedCare-i?
Keadaan yang berikut dikecualikan bagi perlindungan di bawah manfaat PMCM:
Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk sijil Takaful untuk senarai penuh pengecualian.
AIA PUBLIC Takaful Bhd. adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.