Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Perubatan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Anda tidak mahu berasa bimbang mengenai kehilangan mata pencarian semasa anda terlantar di hospital.
A-Plus HospitalIncome mempertingkatkan pelan insurans hayat tradisional anda manakala A-Plus HospitalIncome Extra mempertingkatkan pelan berkaitan pelaburan tradisional anda, dengan menyediakan pendapatan harian kepada anda semasa terlantar di hospital disebabkan oleh penyakit atau kecederaan.
Jika anda dimasukkan ke hospital, A-Plus HospitalIncome akan memberikan kepada anda pendapatan harian tetap sehingga 365 hari supaya anda tidak perlu berasa bimbang tentang keadaan kewangan anda semasa anda tidak mampu bekerja.
Dengan A-Plus HospitalIncome Extra, anda boleh menerima pendapatan harian tetap untuk menampung kemasukan hospital anda sehingga 1,000 hari sekiranya kemasukan anda disebabkan oleh kehilangan upaya.
Anda bebas untuk memilih daripada pelbagai tahap pendapatan harian supaya anda membuat pilihan yang benar-benar bersesuaian dengan komitmen kewangan anda.
Dengan A-Plus HospitalIncome Extra, anda akan menerima faedah sebanyak tiga kali ganda berbanding pendapatan harian anda jika anda memerlukan rawatan di unit penjagaan rapi.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk kami. Jika anda mahukan maklumat lebih lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Insurans Hayat AIA.