Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Perubatan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
A-Plus Health Booster adalah satu pelan insurans perubatan pilihan rider yang boleh dilampirkan kepada pelan A-Life Med Regular untuk meningkatkan liputan perubatan anda. Ia memberikan anda had tahunan tambahan, faedah pesakit luar dan manfaat tambahan melalui Health Wallet kami, seperti pemeriksaan kesihatan, vaksinasi dan lain-lain.
Untuk memastikan anda dapat menerima rawatan yang terbaik dan memberi sokongan peribadi secara berterusan sepanjang perjalanan perubatan anda, apabila anda menghadapi keadaan perubatan yang serius, A-Plus Health Booster juga mempunyai manfaat Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM) yang memberikan anda akses kepada sokongan perubatan di seluruh dunia daripada diagnosis sehingga pemulihan.
Apabila anda membeli pelan insurans A-Plus Health Booster dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda akan menikmati manfaat tambahan untuk Health Rewards seperti pengetepian deduktibel semasa kemasukan ke hospital, peningkatan amaun bilik dan penginapan dan/atau peningkatan amaun dalam Health Wallet anda, tanpa perlu membayar sebarang premium tambahan.
Ketahui lanjut mengenai A-Plus Health Booster dalam Bahasa Inggeris.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Pelan ini menyediakan anda perlindungan perubatan yang komprehensif sehingga RM 1.5 juta setiap tahun!
Health Wallet memberikan anda ganjaran jika tiada tuntutan dibuat pada tahun sebelumnya dengan mengkredit kepada Health Wallet anda setiap tahun, sehingga 10 kali. Ia melengkapkan perjalanan penjagaan kesihatan anda dengan memberikan faedah untuk pencegahan penyakit, perlindungan bagi keadaan kongenital dan pembedahan elektif akibat kemalangan atau kanser, memperkayakan perlindungan anda untuk 3 penyakit kritikal yang paling kerap dan juga boleh digunakan untuk mobiliti dan peralatan berkaitan pendengaran dalam kes hilang upaya. Sekiranya berlaku kematian, jumlah amaun tersedia di dalam Health Wallet akan dibayar, sehingga jumlah tetap mengikut pelan yang anda pilih.
Apabila anda membeli A-Plus Health Booster dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda akan dapat menikmati Health Rewards tambahan seperti pengetepian amaun deduktibel semasa kemasukan ke hospital, peningkatan amaun bilik dan penginapan dan/atau meningkatkan amaun dalam Health Wallet anda.
Pilihan yang lebih sihat yang anda buat, semakin tinggi Status untuk AIA Vitality anda, dan lebih baik Health Rewards anda.
Kami mempunyai kedua-dua RM 0 dan RM300 opsyen deduktibel untuk pemilihan anda. Untuk menikmati premium yang lebih rendah, anda boleh pilih opsyen deduktibel RM300.
(Manfaat ini tidak terpakai bagi Pelan 150)
Manfaat ini diuruskan oleh penyedia perkhidmatan kami, Teladoc Health, Inc. (Teladoc).
Di bawah pelan perubatan ini, anda akan menerima perlindungan yang menyeluruh untuk COVID-19. Sekiranya anda dimasukkan ke hospital akibat kesan sampingan atau komplikasi daripada pengambilan vaksin COVID-19 yang diluluskan, kami akan menanggung kos rawatan perubatan anda. Perlindungan COVID-19 kami juga merangkumi kemasukan ke hospital sekiranya anda didiagnosis dengan COVID-19, sama ada di hospital kerajaan atau swasta, jika dianggap perlu.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.aia.com.my/en/covid-19-updates.html#coverage
Apakah yang dimaksudkan dengan deduktibel?
Deduktibel adalah jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perbelanjaan perubatan yang ditanggung sebagai perkongsian kos. Sekiranya anda memilih opsyen RM300 deduktibel, anda perlu membayar RM300 yang pertama daripada perbelanjaan yang layak untuk setiap hilang upaya dan kami akan membayar baki untuk perbelanjaan yang layak.
Apakah yang dimaksudkan dengan had jangka hayat?
Jumlah maksimum yang boleh dituntut sepanjang hayat anda ini biasanya boleh anda dapati dalam insurans perubatan.
Apakah yang dimaksudkan dengan had tahunan?
Ia merupakan jumlah maksimum yang akan dibayar oleh sesebuah syarikat insurans dalam masa setahun bagi pelan insurans perubatan.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.
AIA Bhd. (200701032867 (790895-D)) is licensed under the Financial Services Act 2013 and regulated by Bank Negara Malaysia.