Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Perubatan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
(Boleh didapati untuk anak yang belum dilahir)
Anda boleh membelinya melalui
Kesihatan peribadi adalah salah satu aset yang paling berharga dan penting bagi kita untuk menikmati kehidupan yang baik dan produktif. Untuk sebab ini, kesihatan adalah aset paling berharga untuk kami. Pelan insurans A-Plus Health direka untuk memberikan anda penyelesaian kesihatan yang lengkap!
Ia memberikan anda perlindungan perubatan yang komprehensif terhadap peningkatan kos rawatan perubatan, dan juga yang pertama menyediakan perlindungan untuk rawatan pemulihan dan peralatan berkaitan perubatan.
Kita semua tahu bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Itulah sebabnya A-Plus Health melengkapi perjalanan penjagaan kesihatan anda dengan membayar balik kos pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi yang membantu anda menentukan keadaan kesihatan anda dan mengenal pasti sebarang tanda awal masalah kesihatan serta membantu anda dengan pencegahan penyakit.
Apabila anda membeli A-Plus Health dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda akan menikmati Health Rewards! Health Rewards memberikan anda manfaat tambahan seperti pengetepian deduktibel semasa kemasukan ke hospital, peningkatan amaun bilik dan penginapan dan/atau peningkatan amaun dalam Health Wallet anda setiap tahun, tanpa perlu membayar sebarang premium tambahan.
Ketahui lanjut mengenai A-Plus Health dalam Bahasa Inggeris.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Pelan ini memberikan anda perlindungan perubatan yang komprehensif. Ia menguruskan bil perubatan anda, dan membolehkan anda memberi tumpuan kepada rawatan dan pemulihan anda.
Health Wallet memberikan anda ganjaran jika tiada tuntutan dibuat pada tahun sebelumnya dengan mengkredit kepada Health Wallet anda setiap tahun, sehingga 10 kali. Ia melengkapkan perjalanan penjagaan kesihatan anda dengan memberikan faedah untuk pencegahan penyakit, memperkayakan perlindungan anda untuk 3 penyakit kritikal yang paling kerap dan juga boleh digunakan untuk mobiliti dan peralatan berkaitan pendengaran dalam kes hilang upaya dan perundingan psikiatri untuk keadaan mental yang dilindungi. Sekiranya berlaku kematian, jumlah amaun tersedia di dalam Health Wallet akan dibayar, sehingga 2 kali ganda jumlah diinsuranskan pelan asas yang A-Plus Health dilampirkan.
Untuk menikmati premium yang lebih rendah, anda boleh pilih opsyen deduktibel RM300 atau RM20,000. Opsyen deduktibel RM300 hanya dikenakan untuk Penjagaan Pesakit Dalam, manakala opsyen deduktibel RM20,000 dikenakan untuk Penjagaan Pesakit Dalam and Penjagaan Pesakit Luar.
Apabila anda membeli A-Plus Health dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality, anda akan dapat menikmati Health Rewards tambahan seperti pengetepian amaun deduktibel semasa kemasukan ke hospital, peningkatan amaun bilik dan penginapan dan/atau meningkatkan amaun dalam Health Wallet anda.
Pilihan yang lebih sihat yang anda buat, semakin tinggi Status untuk AIA Vitality anda, dan lebih baik Health Rewards anda.
Di bawah pelan perubatan ini, anda akan menerima perlindungan yang menyeluruh untuk COVID-19. Sekiranya anda dimasukkan ke hospital akibat kesan sampingan atau komplikasi daripada pengambilan vaksin COVID-19 yang diluluskan, kami akan menanggung kos rawatan perubatan anda. Perlindungan COVID-19 kami juga merangkumi kemasukan ke hospital sekiranya anda didiagnosis dengan COVID-19, sama ada di hospital kerajaan atau swasta, jika dianggap perlu.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.aia.com.my/en/covid-19-updates.html#coverage
Apakah yang dimaksudkan dengan deduktibel?
Deduktibel adalah jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perbelanjaan perubatan yang ditanggung sebagai perkongsian kos. Sekiranya anda memilih opsyen RM300 deduktibel, anda perlu membayar RM300 yang pertama daripada perbelanjaan yang layak untuk setiap hilang upaya dan kami akan membayar baki untuk perbelanjaan yang layak. Perkara yang sama terpakai untuk opsyen RM20,000 deduktibel.
Apakah yang dimaksudkan dengan had jangka hayat?
Jumlah maksimum yang boleh dituntut sepanjang hayat anda ini biasanya boleh anda dapati dalam insurans perubatan.
Apakah yang dimaksudkan dengan had tahunan?
Ia merupakan jumlah maksimum yang akan dibayar oleh sesebuah syarikat insurans dalam masa setahun bagi pelan insurans perubatan.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.