Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Perubatan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Perjalanan menjadi seorang ibu adalah indah namun mencabar pada masa yang sama. Keutamaan dan gaya hidup anda mungkin akan berubah. Anda juga akan berusaha sedaya-upaya untuk memberikan yang terbaik sepanjang kehamilan untuk cahaya mata baharu anda.
A-Plus BabyCare Xtra-i dapat memberikan perlindungan yang terbaik kepada anda dan anak anda ketika tempoh kehamilan mahupun sepanjang fasa tumbesaran anak anda.
Ketahui lanjut mengenai A-Plus BabyCare Xtra-i dalam Bahasa Inggeris.
Pilih daripada 4 pelan yang berbeza - Starter, Basic, Standard dan Premier mengikut keperluan dan kemampuan anda.
A-Plus BabyCare Xtra-i akan membayar balik kos rawatan perubatan sekiranya anak anda dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal, Unit Rawatan Rapi atau Unit Rawatan Separa Rapi selama 30 hari pertama sejak kelahiran.
A-Plus BabyCare Xtra-i juga memberikan faedah perlindungan terhadap 19 Keadaan Kongenital dan 4 Gangguan Tumbesaran Kanak-kanak seperti Gangguan Spektrum Autisme, Gangguan Defisit Perhatian Hiperaktif, Disleksia dan Pembantutan Teruk Perkembangan Motor atau Percakapan.
A-Plus BabyCare Xtra-i bukan sahaja melindungi anak anda tetapi anda sebagai ibu mengandung terhadap 7 komplikasi kehamilan serta kematian bayi anda semasa masih dalam kandungan. A-Plus BabyCare Xtra-i juga memberikan perlindungan jika berlaku kematian kepada ibu disebabkan oleh komplikasi kehamilan atau ketika melahirkan anak.
Apakah yang dimaksudkan dengan keadaan kongenital?
Ini bermakna kecacatan struktur atau bentuk, atau kecacatan fungsi yang berlaku semasa dalam kandungan dan boleh dikenal pasti sebelum lahir, semasa lahir atau pada umur lebih lewat dalam hidup.
Sebagai pelanggan AIA, anda dapat menikmati tawaran dan kadar istimewa untuk pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh rakan penjagaan kesihatan kami.
Pemeriksaan Kesihatan Wanita dari serendah RM260
Jimat sehingga RM4,000 untuk Rawatan Kesuburan
Jimat sehingga RM1,200 untuk Materniti / Bersalin
Nikmati diskaun sehingga 15% untuk Vaksinasi Kanak-kanak
Nikmati diskaun sehingga 35% untuk Perkhidmatan Lawatan Ke Rumah Selepas Bersalin
Jimat lebih daripada RM600 untuk Perkhidmatan Perubatan Tradisional Cina
Pemeriksaan Kesihatan Wanita dari serendah RM260
Jimat sehingga RM4,000 untuk Rawatan Kesuburan
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, anda boleh melihat brosur kami atau menghubungi salah seorang Perancang Hayat AIA.