Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
Pilih daripada salah satu kategori di kanan atau klik untuk cadangan mengikut keperluan anda.
Kami sedia membantu anda.Dapatkan maklumat terkini mengenai dana-dana kami dan prestasi dana tersebut.
Untuk Individu
Untuk Perniagaan
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
Elak perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka dengan pelan insurans dan takaful perubatan AIA.
Fokus kepada pemulihan dan bukan komitmen kewangan anda apabila anda mempunyai pelan insurans atau takaful penyakit kritikal AIA.
Kekal dilindungi apabila anda menjamin masa depan anda dengan pilihan pelan perlindungan dan pelaburan AIA.
Lindungi diri anda daripada kemalangan dengan pelan perlindungan kemalangan diri AIA.
Biayai hartanah impian anda dan pastikan isi rumah dilindungi.
Dapatkan perlindungan komprehensif untuk kenderaan bermotor anda.
Dapatkan pelan insurans dan takaful kami secara dalam talian untuk perlindungan serta-merta.
AIA Vitality adalah program kesejahteraan yang disokong oleh bidang sains yang sesuai dengan anda dan memberi ganjaran bagi pilihan kesihatan anda. Ketahui lebih lanjut
Panduan dan tip-tip mengenai topik kesihatan dan kewangan terkini.
LIHAT SEMUA DALAM TAHUKAH ANDA?Hampir seabad lamanya, AIA memenuhi keperluan jutaan orang yang sentiasa berubah di seluruh rantau Asia Pasifik.
BACA LEBIH LANJUTSiapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.
Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.
Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.
Siapa kami, apa yang kami lakukan, visi dan anugerah-anugerah kami.
Kami bertekad untuk membantu menjawab pertanyaan anda dengan sentuhan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.
Hubungi AIA{{title}}
{{label}}Pelanggan berusia 16 tahun dan ke atas yang menetap di Malaysia layak menyertai AIA Vitality dengan syarat mereka dilindungi di bawah pelan insurans hayat atau takaful AIA individu, atau dilindungi di bawah faedah pekerja AIA yang disertakan keahlian AIA Vitality.
Bagaimanapun, sebagai pemilik polisi/sijil pelan tidak melayakkan seseorang untuk memohon keahlian AIA Vitality secara automatik.
Anda belum lagi menjadi pelanggan insurans hayat atau takaful AIA? Berbincanglah dengan Perancang Hayat AIA anda mengenai keahlian AIA Vitality. Jika anda tiada Perancang Hayat AIA, anda boleh menghubungi kami di 1300 88 1899 (bagi pelanggan luar negara, hubungi kami di 603-2056 1111) atau anda boleh meminta kami melantik seorang Perancang Hayat untuk anda dengan menghantar e-mel kepada kami di customercare@aiavitality.com.my
Ya, yuran keahlian AIA Vitality anda dan premium polisi/caruman sijilanda adalah transaksi yang berasingan.
Anda perlu menunjukkan e-kad keahlian AIA Vitality anda di cawangan/outlet rakan program kami untuk mendapatkan diskaun dan penjimatan sebagai ahli.
Anda boleh menyemak nombor keahlian AIA Vitality pada bahagian depan e-kad keahlian AIA Vitality anda.
Untuk memperbaharui keahlian AIA Vitality, anda hanya perlu memastikan pembayaran yuran keahlian anda dibuat sebelum tarikh akhir yang perlu dibayar.
Jika anda tidak mahu meneruskan keahlian AIA Vitality, anda boleh memilih untuk berhenti membayar yuran keahlian dan keahlian anda akan luput.
Perlu diingatkan bahawa dengan menamatkan keahlian AIA Vitality bermakna anda akan kehilangan semua ganjaran dan manfaat AIA Vitality, termasuk manfaat insurans tambahan AIA Vitality.
PERHATIAN:
Jika yuran keahlian yang tidak berbayar dijelaskan dalam masa 45 hari, anda akan dapat mengekalkan Mata dan Status AIA Vitality yang sedia ada. Bagaimanapun, jika bayaran dibuat dalam masa lebih daripada 45 hari dari tarikh akhir yang perlu dibayar, Status AIA Vitality anda akan berbalik kepada Gangsa dan Mata AIA Vitality anda akan ditetapkan semula kepada sifar (0).
Keahlian AIA Vitality anda akan kekal selagi anda dilindungi di bawah pelan insurans hayat atau takaful AIA yang lain. Jika anda tidak diinsuranskan di bawah mana-mana pelan yang sedemikian, keahlian AIA Vitality anda akan ditamatkan pada akhir tahun keahlian AIA Vitality anda.
Keahlian AIA Vitality tidak boleh dipindahkan.
Setiap individu hanya dibenarkan memiliki satu (1) keahlian AIA Vitality.
Syarat usia bagi keahlian AIA Vitality ialah 16 tahun dan ke atas.
Syarat usia bagi keahlian AIA Vitality ialah 16 tahun dan ke atas.
Program AIA Vitality ditawarkan kepada individu yang merupakan hayat diinsuranskan atau orang yang dilindungi di bawah pelan insurans hayat atau takaful AIA yang layak, atau yang telah mendaftar untuk keahlian korporat yang ditawarkan oleh syarikat atau persatuan. Sebagai pemilik polisi pelan sahaja tidak melayakkan seseorang individu untuk memohon keahlian AIA Vitality.
Sebarang maklumat kesihatan atau perubatan yang anda berikan sebagai ahli AIA Vitality TIDAK AKAN diberikan kepada bahagian taja jamin atau bahagian tuntutan AIA Bhd. atau AIA PUBLIC Takaful Bhd. Oleh yang demikian, maklumat tidak akan digunakan untuk membuat keputusan taja jamin atau tuntutan masa depan.
PERHATIAN: Sejajar dengan kewajipan pendedahan anda, sekiranya anda membuat sebarang permohonan perlindungan insurans pada masa depan, terdapat perubahan kepada perlindungan insurans sedia ada atau tuntutan bagi polisi insurans atau pelan takaful dengan AIA, anda masih berkewajipan untuk mendedahkan sebarang maklumat peribadi berkaitan kesihatan dan perubatan yang berkenaan.
Sebagai ahli AIA Vitality, anda berhak untuk menerima manfaat tambahan bagi pelan insurans atau takaful yang berkaitan.
Nilai manfaat mungkin meningkat atau berkurangan bergantung kepada Status AIA Vitality anda pada akhir setiap tahun keahlian.
Kami mempunyai pelbagai pelan insurans hayat dan takaful yang sesuai mengikut keperluan individu dan layak untuk manfaat insurans tambahan. Klik di sini untuk melihat senarai penuh pelan insurans dan takaful yang boleh disertakan AIA Vitality.
Status AIA Vitality adalah pengukur kepada usaha anda untuk membuat pilihan yang lebih sihat dan akan menentukan tahap ganjaran yang terpilih. Bergantung kepada Status AIA Vitality yang anda capai pada akhir setiap tahun keahlian, tahap Manfaat Insurans anda untuk tahun polisi seterusnya akan kekal, meningkat atau berkurangan.
Anda digalakkan mencapai Status Emas atau Platinum setiap tahun untuk membolehkan anda mengekalkan atau mempertingkatkan tahap Manfaat Insurans anda.
Ya, terdapat pelbagai sebab yang mungkin boleh menyebabkan anda kehilangan Manfaat AIA Vitality anda termasuklah:
Tidak, anda boleh mengekalkan pelan insurans/takaful anda walaupun anda tidak lagi menjadi ahli AIA Vitality. Bagaimanapun, pelan insurans/takaful tidak lagi layak mendapat semua manfaat AIA Vitality tambahan (iaitu Bonus Tunai, Ganjaran Kesihatan, Wealth Booster dan sebagainya) selepas menamatkan keahlian AIA Vitality anda.
Anda boleh mengumpulkan Mata AIA Vitality dengan melakukan pelbagai aktiviti yang fokus untuk membantu anda memahami status kesihatan anda dan cara-cara untuk memperbaikinya:
Hanya satu aktiviti fizikal akan diberi Mata AIA Vitality setiap hari. Aktiviti yang mendapat mata paling tinggi akan dicatatkan.
Sila ambil perhatian bahawa terdapat had 15,000 mata pada setiap tahun keahlian untuk semua aktiviti fizikal, termasuk: sesi bersenam di Fitness First, penyertaan dalam acara kecergasan rasmi yang dianjurkan, dan aktiviti fizikal yang dijejaki dengan alat atau aplikasi penjejakan kecergasan.
Mata akan dipaparkan dalam Penyata Mata AIA Vitality anda dalam masa 48 jam.
Di bawah ‘Claim Points’ pilih ‘Official Fitness Event (OFE)’, kemudian isi butir-butir acara yang anda sertai seperti nombor bib anda, keputusan dan maklumat lain yang berkaitan. Jika anda tidak dapat mencari satu acara kecergasan tertentu, sila hantar e-mel kepada kami di customercare@aiavitality.com.my. Kami mungkin memasukkan acara tersebut, tertakluk kepada penilaian kami.
AIA Vitality memberi mata apabila anda menjejak aktiviti fizikal anda dengan menggunakan alat penjejakan kecergasan / aplikasi kecergasan mudah alih yang dapat menghantar data senaman anda (seperti; langkah, kadar denyut jantung, kelajuan, kalori yang dibakar) kepada AIA Vitality.
Anda perlu memakai sama ada alat kecergasan Fitbit atau Garmin (yang mempunyai keupayaan pengesanan tidur) semasa tidur.
Mata AIA Vitality akan diberikan untuk pengesanan tidur untuk satu alat sehari. AIA Vitality akan memperuntukkan mata berdasarkan alat yang menjejak tidur paling lama dalam tempoh 24 jam (dari 12 tengah hari hingga 12 tengah hari pada hari berikutnya)
Perhatian bahawa terdapat had 2,000 mata pada setiap tahun keahlian untuk tidur.
Mata anda akan dipaparkan dalam Penyata Mata AIA Vitality anda dalam masa 48 jam.
Anda boleh merujuk kepada Penyata Mata anda untuk menyemak mata yang anda perolehi. Perhatian bahawa masa yang diambil untuk mengemas kini mata berbeza untuk aktiviti yang berlainan.
Jika Mata AIA Vitality anda tidak dipaparkan dalam penyata anda selepas 14 hari, sila hantar e-mel kepada kami di customercare@aiavitality.com.my atau hubungi kami di 1300 88 1899 (untuk pelanggan luar negara, hubungi kami di 603-2056 1111).
Jika anda mendapati Mata AIA Vitality anda tidak dicatatkan dengan tepat, sila hantar e-mel kepada kami di customercare@aiavitality.com.my atau hubungi kami di 1300 88 1899 (untuk pelanggan luar negara, hubungi kami di 603-2056 1111) dalam masa 45 hari dari tarikh aktiviti.
Perhatian bahawa kami mungkin meminta anda untuk mengemukakan butir-butir lanjut atau dokumen sokongan kepada kami.
Mata dan manfaat AIA Vitality tidak boleh dipindahkan.
Apabila anda mengambil langkah untuk meningkatkan tahap kesihatan anda, anda akan mendapat Mata AIA Vitality. Mata akan dikumpulkan untuk membantu anda mencapai Status AIA Vitality anda.
Pada permulaan setiap tahun keahlian, status anda akan bermula dengan Gangsa. Setiap usaha yang anda lakukan untuk mengamalkan gaya hidup sihat (seperti melakukan pemeriksaan kesihatan/pemeriksaan lanjutan, bersenam, berhenti merokok dan sebagainya), anda akan mengumpul Mata AIA Vitality, dan Status AIA Vitality anda akan meningkat daripada Gangsa, kepada Perak, kemudian Emas dan akhirnya Platinum! Lebih tinggi status anda, lebih besar ganjaran anda.
Status AIA Vitality yang anda capai pada setiap akhir tahun keahlian akan dibawa ke tahun keahlian seterusnya, dan manfaat serta diskaun anda adalah berdasarkan status ini.
Walaubagaimanapun, mata AIA Vitalitypada tahun keahlian baharu akan ditetapkan semula kepada sifar dan anda perlu melakukan aktiviti untuk mengumpul semula mata. Kiraan mata akan ditetapkan semula setiap tahun.
Sebagai contoh: Jane mencapai status Emas pada tahun pertama dan dengan serta-merta mendapat ganjaran dan manfaat sebagai ahli Emas. Status Emas yang diperoleh Jane akan dibawa ke tahun kedua dan beliau boleh terus mendapat ganjaran dan manfaat ahli Emas sepanjang tahun kedua. Bagaimanapun, Mata AIA Vitality Jane akan ditetapkan semula kepada sifar pada permulaan tahun kedua. Untuk mengekalkan keahlian Emas hingga ke tahun ketiga, Jane perlu meneruskan aktiviti sihat dan mengumpul Mata AIA Vitality yang secukupnya. Jika Jane gagal mengumpulkan mata secukupnya, Status AIA Vitality pada tahun ketiga akan ditetapkan mengikut mata yang diperolehi pada tahun kedua.
Program AIA Vitality dikendalikan secara berasingan di setiap negara. Oleh yang sedemikan, sebarang Mata AIA Vitality yang diperolehi di negara lain tidak boleh dipindahkan.
Keahlian AIA Vitality anda hanya boleh dimanfaatkan di Malaysia dan tidak boleh digunakan di negara-negara lain yang juga menawarkan program ini.
Penilaian termasuk:
|
Penilaian Dalam Talian |
Penilaian Secara Bersemuka |
Pemeriksaan Kesihatan Anda |
Mengenai Anda |
|
DietSihat |
Pemakanan |
Rundingan Pemakanan |
Kekal Aktif |
Senaman |
Penilaian Kecergasan |
Kurangkan Tekanan |
Kesejahteraan Mental |
- |
Tidur Lena |
Tidur |
- |
Berhenti Merokok |
Perakuan Bukan Perokok |
- |
Ya, anda boleh memperoleh sehingga 4,200 Mata AIA Vitality setiap tahun keahlian daripada penilaian dalam talian:
Penilaian Dalam Talian |
Mata AIA Vitality bagi setiap penilaian |
Kekerapan setiap tahun keahlian |
Tinjauan Kesihatan AIA Vitality |
1,000 |
Sekali setiap tahun keahlian |
Penilaian Kesejahteraan Mental |
600 |
Dua kali setiap tahun keahlian (minimum setiap 6 bulan) |
Penilaian Pemakanan AIA Vitality | 500 |
Dua kali setiap tahun keahlian (minimum setiap 6 bulan) |
Perakuan Bukan Perokok | 1,000 |
Sekali setiap tahun keahlian |
Usia AIA Vitality anda mengukur tahap kesihatan anda berbanding usia sebenar anda. Usia dikira dengan menggunakan jawapan anda kepada penilaian dalam talian Tinjauan Kesihatan AIA Vitality, dan juga keputusan yang anda perolehi daripada Pemeriksaan Kesihatan AIA Vitality, Penilaian Pemakanan AIA Vitality dan Penilaian Kecergasan AIA Vitality. Usia AIA Vitality anda mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada usia sebenar anda, bergantung pada sama ada gaya hidup anda memberi kesan positif atau negatif ke atas kesihatan anda secara keseluruhan.
Anda akan diberi 1,000 Mata AIA Vitality kerana melengkapkan penilaian Mengenai Anda tetapi bukan untuk nilai-nilai dilaporkan sendiri yang anda nyatakan semasa penilaian.
Mata AIA Vitality untuk keputusan BMI yang sihat diberi berdasarkan data kesihatan yang disahkan dengan melakukan mana-mana satu pilihan berikut:
Untuk pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan lain, anda boleh menuntut Mata AIA Vitality anda dengan mengemukakan bukti keputusan anda menerusi aplikasi mudah alih My AIA.
Jika anda mengandung, anda masih boleh melengkapkan Penilaian Mengenai Anda dan Pemeriksaan Kesihatan AIA Vitality (VHC) untuk mengumpul Mata AIA Vitality. Bagaimanapun, terdapat beberapa bahagian tertentu yang mungkin tidak berkaitan dengananda. Sebagai contoh, anda tidak akan diberi sasaran untuk mengurangkan berat badan anda semasa mengandung. Usia AIA Vitality anda juga mungkin tidak tepat kerana ia tidak mengambil kira kehamilan.
Pemeriksaan Kesihatan Ekspres AIA Vitality ialah penilaian segera yang mengukur 3 komponen: BMI dan ukur lilit pinggang, Tekanan Darah dan Glukosa Darah yang mengambil masa kurang daripada20 minit untuk disempurnakan. Anda boleh melakukan pemeriksaan di cawangan Guardian yang terpilih dengan bayaran RM3.00 dan mengumpul sehingga 4,500 Mata AIA Vitality setiap tahun keahlian. Buat temu janji anda dengan Guardian untuk menjalani penilaian ini.
Di samping itu, anda boleh memilih untuk menjalani Pemeriksaan Kesihatan AIA Vitality yang boleh didapati di BP Healthcare dengan potongan bayaran sehingga 50% bagi membolehkan anda mengumpul sehingga 6,000 Mata AIA Vitality setiap tahun keahlian. Ini merupakan ujian yang lebih komprehensif yang mengukur 4 komponen: BMI dan ukur lilit pinggang, Tekanan Darah, Jumlah Kolesterol, dan Glukosa Darah. Buat temu janji anda dengan BP Healthcare untuk menjalani pemeriksaan ini.
Anda akan menerima sebanyak 750 Mata AIA Vitality setelah melakukan setiap ujian dan anda juga boleh mendapat sebanyak 750 mata tambahan untuk setiap keputusan dalam julat kesihatan yang disyorkan.
Pemeriksaan kesihatan yang dilakukan di Guardian atau BP Healthcare akan dimuat naik secara automatik.
Untuk pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan lain, anda boleh menuntut Mata AIA Vitality anda dengan mengemukakan bukti keputusan anda menerusi aplikasi My AIA.
Anda boleh berjumpa dengan doktor/klinik pilihan anda untuk menjalani penilaian berikut: BMI, Tekanan Darah, Glukosa Darah Semasa Berpuasa dan Jumlah Kolesterol.
Untuk pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan lain, anda boleh menuntut Mata AIA Vitality anda dengan mengemukakan bukti keputusan anda menerusi aplikasi My AIA.
Untuk mendapatkan laporan Penilaian Pemakanan, anda perlu melengkapkan Penilaian Pemakanan dalam talian terlebih dahulu.
Selepas melengkapkan penilaian dalam talian, anda boleh menyemak keputusan anda dalam ‘Health Report’ (Laporan Kesihatan) di bahagian ‘Health Profile’ (Profil Kesihatan) anda. Pakar pemakanan di BP Healthcare akan meneliti keputusan anda bersama anda semasa rundingan.
Tidak. Sebarang mata yang diperolehi melebihi Sasaran Mingguan sebanyak 250 mata tidak akan diambil kira untuk minggu seterusnya.
Jumlah mata untuk mencapai Sasaran Mingguan mesti diperolehi dalam minggu yang sama bermula dari hari Isnin jam 00:00 hingga hari Ahad jam 23:59.
Tidak. Sasaran Mingguan sebanyak 250 mata mesti diperolehi dalam tempoh 2 minggu berturut-turut.
Ya, anda boleh terus mendapat Ganjaran Cabaran Mingguan jika anda mencapai Sasaran Mingguan anda selama 2 minggu berturut-turut.
Cabaran yang disyorkan adalah berdasarkan risiko kesihatan anda, yang ditentukan berdasarkanjawapan anda dalam Penilaian Mengenai Anda, Penilaian Senaman dan keputusan daripada Pemeriksaan Kesihatan AIA Vitality (VHC) anda.
Bilangan Mata AIA Vitality yang boleh dikumpul oleh setiap ahli daripada matlamat kesihatan peribadi mereka bergantung pada profil risiko setiap individu. Jika anda mempunyai risiko kesihatan yang lebih tinggi, anda boleh mengumpulkan lebih mata dengan mencapai cabaran kesihatan peribadi anda.
Cabaran yang disyorkan oleh AIA Vitality adalah berdasarkan sama ada ukuran anda dianggap berisiko bagi kumpulan demografi anda. Cabaran yang disyorkan kepada anda adalah berdasarkan risiko anda yang paling ketara. Kami mungkin mengesyorkan lebih banyak cabaran jika anda menghadapi lebih daripada satu faktor risiko.
Cabaran yang disyorkan adalah berdasarkan sama ada ukuran anda dianggap berisiko bagi kumpulan demografi anda. Jika berat badan anda dianggap berisiko kepada kesihatan anda, AIA Vitality akan mengesyorkan cabaran untuk anda menurunkan berat badan. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, sila rujuk doktor anda untuk mendapatkan nasihat berkenaanberat badan yang ideal untuk anda.
Tidak, kerana cabaran untuk anda ditetapkan oleh program berdasarkan profil risiko kesihatan anda, yang diperolehi berdasarkanjawapan anda kepada soalan-soalan Tinjauan Kesihatan AIA Vitality anda, dan sumber lain yang ditentusahkan.
Cabaran dipantau menggunakan keputusan yang disahkan yang telah anda kemukakan terus kepada kami, atau yang dikemukakan oleh rakan-rakan program kepada kami bagi pihak anda dan dengan kebenaran anda. Antara contoh termasuklah keputusan Pemeriksaan Kesihatan AIA Vitality yang dikemukakan menerusi rakan-rakan kesihatan kami, BP Healthcare atau Guardian, dan data senaman yang dihantar menerusi peranti kecergasan rakan-rakan kecergasan kami.
Keputusan berat badan mesti dikemukakan menerusi Pemeriksaan Kesihatan AIA Vitality, Penilaian Kecergasan AIA Vitality, atau Penilaian Pemakanan AIA oleh seorang pakar pemakanan/diet. Hanya ukuran berat badan daripada sumber yang disahkan akan diambil kira untuk cabaran menurunkan berat badan.
Melainkan terdapat perubahan kepada profil kesihatan anda sejak cabaran mula disyorkan dan diterima, anda sepatutnya boleh memilih cabaran itu sekali lagi jika anda gagal mencapainya pada tarikh tamat tempoh.
Kami mengesyorkan anda terus menghubungi perkhidmatan sokongan aplikasi kecergasan untuk mendapatkan bantuan.
Sila rujuk laman My AIA Vitality untuk melihat sama ada maklumat Peranti Kecergasan telah diselaraskan dengan Vitality.
Jika masalah ini berterusan (tarikh kemas kini terakhir tidak dikemaskinikan), sila hubungi kami di 1300 88 1899 (untuk pelanggan luar negara hubungi kami di 603-2056 1111 atau e-mel kami di customercare@aiavitality.com.my
Food Tracker kami yang berlandaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) akan menarafkan makanan anda untuk memberikan maklum balas tentang betapa sihatnya amalan pemakanan anda.
Anda hanya perlu ambil gambar makanan semasa menggunakan Food Tracker, atau pilih satu gambar daripada galeri telefon anda.
Ya, anda boleh menyemak markah makanan anda berasaskan hantaran yang dibuat dalam tempoh 30 hari lepas. Ciri ini boleh ditemui dalam Food Gallery (Galeri Makanan) anda.
Markah purata dikira dengan memuratakan jumlah markah makanan anda dalam tempoh 30 hari lepas.
Pilih gambar daripada Food Gallery (Galeri Makanan), kemudian ketik pada butang “Feedback on food score” (Maklum balas markah makanan) di bawah gambar.