Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Kemalangan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Sekolah boleh membeli melalui
Zaman persekolahan merupakan salah satu pengalaman yang paling bermakna dalam kehidupan anak-anak anda. Biar kami membantu anda dengan memberikan peluang kepada anak-anak anda untuk menikmati saat-saat berharga ini sambil melindungi mereka sekiranya berlaku kemalangan.
AIA Student Accident Shield menawarkan perlindungan kemalangan diri yang komprehensif dengan perlindungan 24 jam di seluruh dunia. Ia melindungi anak anda dengan manfaat kematian akibat kemalangan dan hilang upaya menyeluruh dan kekal, pembayaran balik perbelanjaan perubatan, elaun tunai bagi kemasukan hospital dan elaun pendidikan sekiranya berlaku sebarang peristiwa yang tidak diduga kepada anda.
Jika anak anda meninggal dunia atau hilang upaya kekal akibat kecederaan serius disebabkan oleh kemalangan, pelan ini akan membuat pembayaran sekaligus untuk membantu keluarga anda menghadapi waktu yang sukar pada masa akan datang.
Keluarga anda akan menerima jumlah perlindungan sebanyak dua kali ganda sekiranya anak anda meninggal dunia akibat kemalangan semasa dalam perjalanan pulang atau pergi ke sekolah menggunakan pengangkutan awam.
Keluarga anda akan menerima jumlah perlindungan sebanyak dua kali ganda sekiranya berlaku kemalangan dan anak anda meninggal dunia di premis sekolah.
Kami akan memastikan bahawa anak anda dilindungi sebaik mungkin dengan membayar semula perbelanjaan perubatan dan pembedahan akibat kemalangan.
Pelan ini menawarkan elaun tunai harian bagi meringankan beban perbelanjaan harian sekiranya anak anda dimasukkan ke hospital akibat kemalangan.
Pelan ini juga memberi perbelanjaan perubatan untuk rawatan lanjut oleh pakar akupunktur, tulang, kiropraktor, osteopat atau pakar fisioterapi, yang timbul daripada kecederaan yang dialami oleh anak anda akibat kemalangan.
Pelan ini akan membayar elaun sekaligus untuk dana pendidikan anak anda, sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut mengenai produk ini, sila rujuk risalah produk dan Helaian Pendedahan Produk kami atau hubungi Perancang Hayat AIA.