Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Kemalangan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membeli melalui
Group Flexible Personal Accident adalah pelan insurans kemalangan diri komprehensif yang boleh disesuaikan untuk ahli dan pelanggan anda. Ia memberikan jaminan kewangan, perlindungan perubatan dan pemulihan serta sokongan kehilangan pendapatan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.
Pelan ini menawarkan perlindungan yang komprehensif kepada ahli dan pelanggan anda, bukan hanya merangkumi kecederaan badan akibat kemalangan, tetapi juga Penyakit Berjangkit dan Demam Denggi. Anda juga boleh menyesuaikan pelan anda dengan memilih manfaat dan jumlah diinsuranskan yang sesuai mengikut bajet premium anda.
Pelan in menawarkan perlindungan kepada ahli dan pelanggan anda terhadap kematian akibat kemalangan dan/atau kecederaan badan akibat kemalangan. Kami akan membayar sekaligus sejumlah amaun bagi membantu meringankan beban kewangan ahli keluarga. Pelan ini juga menawarkan Elaun Pendidikan yang memastikan pendidikan anak dapat diteruskan sekiranya ibu bapa meninggal dunia atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.
Ahli dan pelanggan anda akan mendapat perlindungan berganda apabila berlakunya kematian akibat ragut, kemalangan jalan raya, atau dalam pengangkutan awam, semasa cuti umum kebangsaan dan/atau di premis sekolah.
Ahli dan pelanggan anda akan dilindungi daripada Penyakit Berjangkit* dan/atau Demam Denggi. Kami akan membayar untuk kematian, perbelanjaan hospital dan elaun pendapatan hospital akibat penyakit-penyakit tersebut.
Kami akan memastikan bahawa ahli dan pelanggan anda dilindungi dengan sebaiknya dengan membayar balik segala kos perubatan yang dikenakan untuk rawatan dan pemulihan yang diperlukan untuk kecederaan badan akibat kemalangan, Penyakit Berjangkit* dan/atau Demam Denggi. Anda juga mempunyai pilihan untuk melindungi rawatan pembetulan gigi dan pembedahan kosmetik, patah tulang dan kelecuran yang disebabkan oleh kecederaan badan akibat kemalangan.
Ahli dan pelanggan anda tidak perlu risau dengan perbelanjaan sara hidup seharian mereka sekiranya dimasukkan ke hospital. Kami akan memberikan elaun harian, mingguan atau sejumlah amaun sekaligus bagi membantu mereka menempuh waktu kesukaran.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut mengenai produk ini, sila rujuk Risalah Produk dan Helaian Pendedahan Produk kami atau hubungi Perancang Hayat AIA.