Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Kemalangan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Tidak kira berapa pun usia anda, betapa sihat atau cergasnya anda, kemalangan yang serius boleh mengubah kehidupan anda. Pelan insurans kemalangan peribadi mampu memberi ketenangan fikiran yang amat diperlukan dengan menguruskan implikasi kewangan jika keperluan anda berubah selepas kemalangan.
Pelan insurans ini memberi anda fleksibiliti untuk menambah manfaat opsyenal untuk meningkatkan perlindungan anda berdasarkan keperluan anda.
Ketahui lanjut mengenai Flex PA dalam Bahasa Inggeris.
Jika anda mengalami kecederaan teruk seperti hilang anggota atau hilang kemampuan menggunakan anggota, anda akan menerima satu bayaran sekaligus untuk membantu anda menghadapi kesukaran tersebut. Jika anda meninggal dunia akibat kemalangan, keluarga anda akan menerima satu bayaran sekaligus untuk membantu mereka menghadapi cabaran kehidupan yang mendatang.
Anda boleh menikmati perlindungan tambahan sebanyak 10% setiap kali anda memperbaharui polisi anda, sehingga maksimum 100%.
Keluarga anda akan menerima dua kali ganda jumlah perlindungan, jika anda meninggal dunia akibat kemalangan di jalan raya atau jika kemalangan berlaku dalam pengangkutan awam seperti bas, kereta api atau kapal terbang.
Pelan ini melindungi jenis penyakit berjangkit yang paling banyak berbanding dengan pelan seumpamanya di pasaran. Keluarga anda akan menerima pembayaran sekaligus jika anda meninggal dunia disebabkan oleh mana-mana penyakit berjangkit yang dilindungi.
Pelan ini melindungi perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda yang ditanggung akibat kemalangan, penyakit berjangkit atau keracunan makanan. Kemasukan ke hospital tanpa tunai boleh didapati di mana-mana hospital panel.
Apakah yang dimaksudkan dengan sekaligus?
Ia merupakan pembayaran tuntutan tunggal berjumlah besar.
Untuk mendapatkan perlindungan tambahan, anda boleh memilih seberapa banyak ciri-ciri tambahan di bawah untuk memenuhi keperluan anda.
Perlindungan Kemalangan
Manfaat opsyenal ini menawarkan perlindungan perubatan dan pemulihan tambahan.
DAPATKAN MAKLUMAT LANJUTPerlindungan Kemalangan
Manfaat opsyenal ini menawarkan perlindungan pendapatan tambahan.
DAPATKAN MAKLUMAT LANJUTPerlindungan Kemalangan
Manfaat opsyenal ini memberikan anda perlindungan tambahan daripada jenayah peribadi.
DAPATKAN MAKLUMAT LANJUTPerlindungan Kemalangan
Manfaat opsyenal ini menawarkan pendapatan tambahan untuk keluarga anda jika peristiwa yang tidak diingini berlaku kepada anda.
DAPATKAN MAKLUMAT LANJUTPerlindungan Kemalangan
Manfaat opsyenal ini memastikan perlindungan berterusan untuk anak anda jika anda sudah tiada untuk menanggung mereka.
DAPATKAN MAKLUMAT LANJUTAnda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, sila merujuk kepada brosur dan Lembaran Pendedahan Produk kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.