Perlindungan Hayat
Lindungi diri anda dan yang tersayang daripada ketidakpastian hidup dengan pelan insurans hayat dan takaful AIA.
{{title}}
{{label}}Perlindungan Kemalangan
Tempoh Perlindungan
Umur Penyertaan
Anda boleh membelinya melalui
Crime Guard melindungi anda daripada kehilangan dan kecederaan yang disebabkan oleh perbuatan jenayah. Ia memberikan anda bantuan kewangan tambahan untuk membantu anda apabila dilanda kesusahan.
Anda atau keluarga anda akan menerima satu bayaran sekaligus jika peristiwa malang berlaku ke atas anda yang disebabkan oleh jenayah diri seperti serangan dan serang-sentuh, penculikan, pembunuhan, rogol, rompakan dan ragut.
Anda akan menerima satu bayaran sekaligus sehingga RM2,000 jika barang peribadi anda hilang atau rosak akibat perbuatan jenayah.
Manfaat ini membayar balik kepada anda bagi kehilangan wang tunai akibat ragut atau rompakan yang berlaku dalam masa 30 minit selepas pengeluaran ATM.
Sekiranya anda diculik, pelan ini akan membayar balik kepada keluarga anda pembayaran tebusan sehingga RM50,000 dengan syarat tuntutan wang tebusan telah dibuat. Keluarga anda juga akan menerima pembayaran sekaligus sehingga RM10,000 sebagai ganjaran untuk maklumat yang membawa kepada penemuan anda dengan syarat penemuan berlaku sewaktu anda masih hidup.
Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah diri?
Jenayah Diri bermaksud tindakan melakukan atau percubaan untuk melakukan apa-apa tindakan yang menyalahi undang-undang atau jenayah, sama ada secara langsung atau sebagai aksesori yang menyebabkan kecederaan fizikal kepada mana-mana orang termasuk Serangan dan Serang-Sentuh, Penculikan, Pembunuhan, Ragut, Rompakan dan Rogol.
Anda suka apa yang anda baca? Ini hanyalah ringkasan produk. Jika anda mahukan maklumat lanjut, sila merujuk kepada brosur dan Lembaran Pendedahan Produk kami atau menghubungi Perancang Hayat AIA.