pageheroimage

Member Testimonials

TAN JI WEI

Adakah Usia Hanya Angka Semata-Mata?

15 Mei 2021
icon vitality status

Tan Ji Wei, pensyarah Sains di sebuah universiti di Selangor, nyata tidak setuju dengan kenyataan ini.

Pada usia 33 tahun, Ji Wei berada di puncak kerjayanya. Beliau sentiasa sibuk dengan perihal kerja yang menyebabkan beliau tiada masa untuk menjaga kesihatan dan kecergasan dirinya. Malah, Ji Wei terlalu sibuk hingga tidak sempat untuk makan dan lebih gemar mengudap makanan dan minuman ringan dan apa sahaja sajian yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Lama-kelamaan gaya hidup Ji Wei menjejaskan kesihatannya. Pemeriksaan kesihatannya sentiasa menunjukkan bacaan yang tidak memuaskan. Akibat tabiat pemakanan yang tidak terkawal, Ji Wei mendapati berat badannya semakin menaik, sehingga beliau mengalami berat badan berlebihan.

Pada bulan Oktober 2019, Ji Wei akhirnya mengambil langkah pertama untuk memperbaiki gaya hidupnya apabila Usia AIA Vitality menunjukkan badannya lebih ‘tua’ 10 tahun daripada usia sebenar dan ini telah mendorongnya untuk melakukan perubahan!

“Saya fikir ada yang tidak kena dengan program ini. Tapi saya sedar bahawa saya tidak boleh terus mengamalkan gaya hidup begini! Saya perlu melakukan sesuatu! Saya bertekad mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan saya amat tertarik dengan sistem mata ganjarannya. Program ini memberi saya ganjaran kerana menjaga kesihatan yang bukan sahaja bertumpu kepada aktiviti fizikal tetapi juga meliputi seluruh perjalanan hidup saya, termasuk tabiat pemakanan yang baik dan juga rehat secukupnya,” kata Ji Wei.

Usia yang dipaparkan AIA Vitality menjadi satu kejutan buat Ji Wei. Sejak hari itu, beliau membuat keputusan untuk berusaha menjaga dan mempertingkatkan tahap kesihatannya. Beliau sentiasa mendapat dorongan dan semangat menerusi kejayaan yang dicapainya melalui Cabaran Mingguan.

“AIA Vitality bukan sahaja mendorong anda untuk menjaga kesihatan, tetapi juga memberi ganjaran kepada anda kerana mencapai matlamat mingguan bagi mengekalkan gaya hidup sihat. Setiap 2 minggu anda boleh mendapatkan Ganjaran Cabaran Mingguan daripada Grab, Shopee, Jaya Grocer atau e-Dompet Touch ‘n Go,” katanya.

Tatkala ramai orang terasa resah kerana terperap dirumah tahun ini akibat Perintah Kawalan Pergerakan, Ji Wei memanfaatkan sepenuhnya masa tersebut! Ji Wei mencapai matlamatnya dengan lebih cepat kerana duduk di rumah. Beliau dapat tidur nyenyak, makan dengan sihat dan bersenam dengan lebih kerap. Malah, harinya tidak lengkap tanpa berlari dan melakukan senaman HIIT (latihan selang masa intensiti tinggi) di rumah setiap hari.

Selepas setahun menyertai AIA Vitality, Ji Wei kini berbangga menjadi ahli Platinum yang berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 20kg, dan pada masa yang same berasa lebih kuat, sihat dan cergas. Tetapi yang paling penting adalah Usia AIA Vitality Ji Wei kini menyamai usia sebenarnya!

AIA Vitality benar-benar memperkayakan kehidupan Ji Wei. Kini, beliau mampu mengawal keadaan kesihatannya, rasa lebih sihat dan lebih yakin di mana sahaja beliau berada.

“Saya kini lebih peka dengan gaya hidup saya, berat saya dan komposisi lemak badan saya. Saya menjaga makan minum dan tahap kolesterol saya telah turun buat pertama kalinya dalam tempoh 10 tahun! Seumur hidup saya, saya rasa paling sihat waktu ini dan saya jauh lebih yakin,” kata Ji Wei dengan bangga.

Dalam tempoh setahun yang lalu, Ji Wei telah menjadi inspirasi kepada rakan-rakannya termasuk individu yang memperkenalkannya kepada program ini, iaitu Perancang Hayatnya sendiri. Ji Wei sentiasa menggalakkan rakan-rakan dan Perancang Hayatnya dalam perjalanan mereka untuk meningkatkan kecergasan, dan membantu mereka mencapai sasaran senaman untuk meraih mata ganjaran dalam Cabaran Mingguan.

Bagi Perancang Hayat Ji Wei, keazaman, semangat dan transformasi keseluruhan Ji Wei benar-benar menjadi inspirasi kepada dirinya.

Ingin memastikan badan anda tidak “tua” daripada usia sebenar anda? Dapatkan jawapannya di www.aia.com.my/aiavitality hari ini!

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.