pageheroimage

Member Testimonials

GOH GEK NGO

Hadiah Paling Berharga Dalam Hidup

15 Mei 2021
icon vitality status

Diet yang seimbang dan senaman sentiasa menjadi keutamaan Goh Gek Ngo dalam usaha menjaga kesihatannya. “Kualiti hidup ditentukan oleh keadaan kesihatan kita. Untuk mengecap nikmat hidup dan mengejar impian, kita perlu menjaga kesihatan fizikal dan juga mental. Saya mahu kelihatan menarik dan kekal sihat. Jika saya tidak menjaga diri saya sendiri, siapa lagi?” katanya.

Untuk menyokong gaya hidup aktifnya, Goh menyertai program AIA Vitality pada bulan Mac 2018. Sesi senaman secara tetap telah membolehkan dia mencapai status Emas dan kini hampir mencapai status Platinum. Goh menjelaskan bahawa program kesihatan berasaskan sains ini memberi banyak manfaat nilai tambahan. “Lebih-lebih lagi Cabaran Mingguan yang benar-benar memotivasikan saya untuk kekal aktif selain pelbagai manfaat menarik yang saya terima sebagai ganjaran kerana mencapai sasaran saya. Jumlah mata yang saya peroleh kerana menjalani pemeriksaan kesihatan dan pergigian, melakukan aktiviti fizikal dan menjejak tidur saya, telah membantu saya melangkau daripada satu status ke status yang lebih tinggi. Hakikatnya, program ini benar-benar memberi saya ganjaran kerana memilih untuk kekal sihat. Apa lagi yang boleh saya minta?”

Keahlian AIA Vitality juga telah membantunya dalam menjalani latihan maraton. Dia mula berlari secara aktif pada tahun lepas tetapi dengan program ini, Goh mengakui prestasinya bertambah baik dengan setiap acara larian. “Dengan keinginan untuk mengumpul lebih banyak mata, AIA Vitality menggalakkan saya untuk terus aktif dan mendorong saya memperbaikiprestasi. Saya membeli peranti kecergasanGarmin supaya saya boleh terus bersenam seiring dengan program ini dan menjejak mata AIA Vitality. Saya juga dapat mengetahui kualiti senaman saya; sama ada denyutan jantung saya adalah pada kadar yang tepat untuk membakar lemak, jumlah kalori yang dibakar, dan juga bilangan langkah.. Pencapaian terbesar saya setakat ini ialah menamatkan acara larian separuh maraton dalam masa kurang tiga jam selepas menjalani latihan hanya selama tiga bulan – saya amat berpuas hati kerana ia merupakan pencapaian paling membanggakan! Kini,saya berlatih untuk menamatkan acara larian maraton penuh yang dijadualkan berlangsung pada bulan September tahun ini.”

Selepas melalui pengalaman yang menakjubkan dengan AIA Vitality, Goh kini memperkenalkan program tersebut kepada rakan-rakan sekerjanya . Sebagai ahli korporat, syarikatnya telah mendaftarkan kesemua kakitangan dalam program AIA Vitality dan Goh berazam untuk menggalakkan rakan-rakan sekerjanya untuk lebih aktif dalam program ini. Sebagai duta AIA Vitality di tempat kerjanya, Goh giat menganjurkan pelbagai acara untuk membolehkan rakan-rakan sekerjanya mendapat lebih banyak maklumat tentang program tersebut disamping menggalakkan mereka menjalankan penilaian pemakanan, pemeriksaan kesihatan dan juga mengikuti ceramah tentang kesejahteraan mental.

“Sekarang saya adalah juara AIA Vitality di pejabat di mana saya memperlihatkan manfaat-manfaat yang saya peroleh daripada program ini. Transformasi saya membuka mata ramai rakan setugas memandangkan berat badan saya telah banyak berkurang sejak saya menyertai program. AIA Vitality juga menjadi saluran untuk saya dan rakan-rakan sekerja berinteraksi antara satu sama lain dan sesungguhnya program ini telah menyemaisemangat persaingan yang sihat antara kami –membandingkan langkah, jumlah pembakaran kalori dan semestinya mata AIA Vitality kami!” kata Goh.

Sertailah program AIA Vitality hari ini untuk mendapatkan ganjaran kesihatan yang amatberharga – ketahui caranya di www.aia.com.my/aiavitality

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.