pageheroimage

Member Testimonials

ABDUL SHUKUR

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan Menyekat Pergerakan Anda

15 Mei 2021
icon vitality status

Abdul Shukur, seorang pembantu pentadbiran di sebuah universiti tempatan sentiasa menghadapi kesukaran dalam mencari dorongan dan motivasi yang diperlukannya untuk kekal cergas dan aktif.

“Bagi saya, senaman memerlukan perancangan. Ianya menjadi lebih sukar apabila kita tiada motivasi. Anda tak tahu di mana untuk bermula,” kata Shukur.

Pada tahun 2018 apabila Shukur mendaftar untuk pelan takaful dengan AIA, beliau membuat keputusan untuk turut menyertai program AIA Vitality tanpa berfikir panjang. Namun, keputusannya untuk menyertai program AIA Vitality ternyata satu langkah bijak. Hanya melihat pada struktur program dan ganjaran yang menarik secara sepintas lalu sudah cukup untuk meyakinkan Shukur.

“Saya tertarik dengan pendekatan berstruktur AIA Vitality. Daripada penilaian dalam talian kepada sistem mengumpul mata dan ganjaran, saya tahu semuanya boleh dilakukan!” tambahnya.

Bagaimanapun, apabila PKP pertama dilaksanakan pada bulan Mac 2020, Shukur membuat keputusan untuk membatalkan keahliannya.

Beliau mendapati terdapat banyak masak terluang yang tidak dimanfaatkannya. Ini menyebabkan beliau sentiasa mengudap snek dan tabiat kurang sihat ini telah mengakibatkan berat badannya naik mendadak sebanyak 12kg dalam hanya 3 bulan!

Hakikat inilah yang menyedarkan Shukur agar mengambil tindakan sebelum terlambat. Beliau tahu bahawa beliau perlu menguatkan azam untuk mengawal semula keadaan kesihatannya!

Selepas 6 bulan menggantung keahlian, Shukur menyertai semula AIA Vitality pada September 2020. Malah, selepas 2 bulan kembali menyertai program, beliau berbangga untuk berkongsi dengan khalayak umum bahawa beliau lebih kurus dan sihat pada berat 66kg.

Minatnya untuk berlari telah menjadikan Shukur seorang pelari tegar dan kini beliau juga memastikan tabiat pemakanannya terkawal rapi.

“Saya dulu gemar makanan segera dan sering makan di luar. Sejak menyertai semula program, saya nikmati makanan yang lebih menyihatkan dan saya juga telah menukar diet saya daripada nasi putih kepada nasi perang. Malah saya juga memberi perhatian kepada saiz hidangan tersebut.”

Hari ini, Shukur telah mengubah gaya hidupnya sepenuhnya. Beliau juga mempunyai sekumpulan rakan yang membantu beliau kekal sihat disamping mengamalkan rejim pemakanan yang ketat agar sajian dan nutrisinya diuruskan dengan baik.

Walaupun nampak seperti mudah untuk kembali menjaga kecergasan, Shukur menjelaskan bahawa ia sebenarnya amat sukar untuk mengubah gaya hidup tanpa dorongan dan motivasi yang betul. Dengan AIA Vitality, beliau merasakan bahawa matlamatnya mempunyai sasaran lebih khusus yang membolehkannya mengikuti rancangan yang ditetapkan sehingga hari ini.

“Dalam hidup ini, kita memang suka mendapat ganjaran dan manfaat. Memang sukar untuk mengubah gaya hidup tanpa sebarang pengawasan kerana saya langsung tiada motivasi. Selain daripada “menjaga kesihatan” saya tidak dapat mencari sebab lain untuk mengubah tabiat harian saya. Sebab itulah Cabaran Mingguan AIA Vitality amat penting. Kini, saya tidak sabar-sabar untuk menerima Ganjaran Cabaran Mingguan.”

Kini, Shukur merupakan penyokong tegar program ini dan akan mengesyorkannya kepada sesiapa sahaja. Beliau adalah contoh terbaik yang membuktikan AIA Vitailiy boleh membantu sesiapapun untuk mengubah gaya hidup.

Adakah anda merasakan PKP telah menyekat pergerakan anda dan misi anda untuk kekal cergas? Biar kami bantu anda bermula pada landasan yang betul di www.bit.ly/joinaiav!

Kongsi

AIA Vitality

Sertai kami dalam gerakan kesejahteraan ini untuk Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna.