AIA Infinite berhasrat untuk mentakrif semula warisan bagi keluarga High-Net-Worth—lebih daripada sekadar pemindahan kekayaan, tetapi menuju kesinambungan yang bermakna. Kami berusaha untuk memberdayakan keluarga supaya bukan sahaja mengekalkan dan mewariskan aset, tetapi juga kepastian dan nilai-nilai yang berpanjangan, menyokong pemindahan kekayaan yang lancar merentasi generasi dan membolehkan mereka hidup Lebih Sihat, Lebih Lama, Lebih Baik.
- Tinjauan Keseluruhan
- Penyelesaian Produk
- Promosi & Tawaran
- Sorotan Acara
Aspirasi Kami
Perkhidmatan Istimewa
Kolaborasi dengan Maybank Trustees Berhad
Nikmati ketenangan fikiran dengan perkhidmatan perancangan harta dan amanah profesional yang disampaikan melalui kerjasama strategik kami dengan Maybank Trustees Berhad.
Mobile Doctor
Lengkapkan pemeriksaan perubatan anda dengan mudah di rumah menggunakan perkhidmatan Mobile Doctor kami yang dikendalikan oleh doktor panel kami. Perkhidmatan ini menjadikan proses taja jamin lebih lancar, cepat, dan tanpa kesulitan. Tersedia di kawasan terpilih sahaja.
Acara Pelanggan
Nikmati acara eksklusif yang direka khas untuk pelanggan High-Net-Worth kami yang menawarkan peluang membina rangkaian bermakna, perbincangan yang berinformasi, serta pengalaman gaya hidup premium.
Penyelesaian Produk
Terokai penyelesaian Siri AIA Infinite yang direka untuk mengembangkan dan mengekalkan kekayaan anda disamping menyokong perancangan legasi jangka panjang anda.
Promosi & Tawaran
Terokai kempen eksklusif yang memberi ganjaran atas komitmen anda bersama kami disamping mempertingkatkan perjalanan kekayaan anda.
Sorotan Acara High-Net-Worth
Soalan Lazim
Seiring dengan peningkatan kekayaan, tahap pendedahan terhadap risiko yang lebih kompleks juga semakin meningkat. Bagi individu High-Net-Worth, insurans memainkan peranan penting dalam melindungi aset bernilai, mengurangkan liabiliti yang signifikan serta memelihara kekayaan merentas generasi. Ini memastikan bahawa sebarang peristiwa yang tidak dijangka tidak akan menjejaskan usaha dan kejayaan yang dibina selama ini.
Seiring peningkatan kekayaan, keperluan untuk pemindahan aset yang teliti dan terancang juga semakin penting. Bagi individu High-Net-Worth, perancangan legasi memainkan peranan penting dalam memastikan aset diagih secara teratur, selaras dengan nilai peribadi disamping mengekalkan keharmonian keluarga, menyokong kesinambungan perniagaan dan mencipta impak berkekalan melangkaui hayat seseorang.
Insurans memainkan peranan penting dalam perancangan estet dan legasi dengan menyediakan kecairan segera saat diperlukan. Bagi individu High-Net-Worth, ia membantu benefisiari melangsaikan komitmen kewangan tertunggak serta memudahkan pemindahan kekayaan secara teratur — sekali gus memelihara nilai aset tanpa perlu dilupuskan dalam keadaan yang kurang menguntungkan dan memastikan pengagihan aset dilaksanakan selaras dengan hasrat pemilik.
Kami menggabungkan kekuatan, kepakaran dan inovasi untuk menyokong perjalanan kewangan jangka panjang anda. Ditubuhkan di Malaysia sejak 1948, AIA menawarkan kestabilan dan kekuatan kewangan yang terbukti. Perancang Hayat kami memberikan nasihat profesional yang dipercayai, disokong oleh kepimpinan konsisten AIA dalam keahlian Million Dollar Round Table (MDRT) — manakala penyelesaian High-Net-Worth kami direka khas untuk keperluan yang lebih kompleks. Diperkukuhkan lagi dengan perkhidmatan eksklusif seperti perancangan amanah dan estet, kami menyediakan pendekatan menyeluruh untuk melindungi, mengembangkan dan memindahkan kekayaan anda.