- Gambaran Keseluruhan
- Manfaat
- Soalan Lazim
Manfaat
Soalan Lazim
A-Plus MedCare ialah rider penolakan unit pilihan yang menyediakan perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi (PMCM). Ia memastikan anda mendapat rawatan terbaik dan sokongan berterusan berdasarkan keadaan perubatan anda. Ia juga akan membayar semula kos tiket penerbangan untuk anda dan seorang teman sekiranya anda disarankan untuk mendapatkan rawatan di luar negara.
Polisi boleh diperbaharui secara automatik setiap tahun sehingga tamat tempoh pelan asas yang dilampirkan bersamanya.
Kos insurans adalah sebanyak RM10 sebulan. Sila ambil maklum kos insurans tidak terjamin dan Syarikat berhak menyemak semula kos insurans dengan memberi anda notis bertulis 30 hari sebelum itu.
Kebanyakan khidmat pandangan kedua menilai semula laporan perubatan bagi memberi diagnosis dan pelan rawatan yang berasingan. Selepas mendapat pandangan kedua, pesakit selalunya akan menjadi lebih bingung di samping perlu mencari pula doktor dan hospital terbaik untuk rawatan.
Dengan A-Plus Medcare, pelanggan tidak akan dibiarkan bersendirian. Pasukan pengurusan kes yang diketuai Pengurus Kes Perubatan akan menyokong pelanggan sepanjang perjalanan perubatan mereka, dari peringkat diagnosis hingga pemulihan.
Apabila anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi, anda dikehendaki memberikan persetujuan anda dan bersetuju menerima terma perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi, serta menyerahkan semua maklumat dan laporan perubatan yang berkaitan daripada doktor yang merawat anda untuk diagnosis yang anda ingin mendapatkan pendapat perubatan kedua. Kebenaran ini juga akan membolehkan Teladoc mendapatkan sebarang laporan perubatan yang hilang daripada pelbagai sumber.
AIA Malaysia dan Teladoc mengiktiraf kepentingan dan sensitiviti data peribadi tersebut dan hanya akan berkongsi maklumat yang diperlukan untuk menganalisis keadaan pelanggan dengan tepat dan membolehkan cadangan yang sesuai dibuat
Penilaian rawatan dibuat berdasarkan keperluan perubatan. Kebiasaannya anda akan dirujuk untuk rawatan tempatan dahulu, tetapi anda mungkin akan dirujuk bagi rundingan atau rawatan di luar negara sekiranya tiada kepakaran tempatan dalam bidang berkaitan, walaupun ini jarang berlaku.
Sila ambil maklum jika anda meneruskan pelan rawatan ini seperti yang disarankan penyedia khidmat kami, kos perubatan mungkin atau mungkin tidak akan ditanggung Polisi atau kad peruatan dengan Syarikat. Anda dinasihatkan untuk mengesahkan perlindungan polisi anda dengan Syarikat sebelum meneruskan rawatan tersebut.
Dalam keadaan tersebut, dengan keizinan anda, Teledoc akan membincangkan kes anda dengan doktor yang merawat dan secara kolektif bersetuju dengan langkah yang terbaik untuk anda. Walaubagaimanapun, pesakit yang akan membuat keputusan akhir bagi pelan rawatan yang disarankan itu.
Teladoc menyediakan perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi untuk memperkasakan pesakit untuk membuat keputusan termaklum dan menyokong pesakit dalam perjalanan penjagaan perubatan mereka. Melalui perkhidmatan ini, Teladoc membantu pelanggan mendapatkan diagnosis yang tepat dan memilih rawatan terbaik, namun, Teladoc tidak merawat pesakit secara langsung, mahupun memberi ubat. Pesakit membuat keputusan rawatan dengan berunding dengan doktor yang merawat. Dengan itu, Teladoc tidak bertanggungjawab terhadap cadangan ubat yang salah atau penyelewengan perubatan.
AIA Bhd. tidak terlibat dalam cadangan yang diberikan. Tujuannya adalah supaya penyedia perkhidmatan kami memberikan pendapat bebas yang neutral.
Keadaan berikut dikecualikan daripada perlindungan bawah manfaat PMCM:
• Kecemasan perubatan;
• Kemalangan;
• Situasi mendesak atau mengancam nyawa, seperti kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU);
• Isu harian atau biasa, seperti selsema, demam, ruam dsb.;
• Pengurusan penyakit kronik jangka panjang seperti hepatitis kronik, diabetis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dsb. (namun, sebarang komplikasi penyakit kronik adalah terpakai); dan
• Keadaan kesihatan mental seperti anoreksia/bulimia, gangguan tidur berkaitan kesihatan mental, kebimbangan, kemurungan dsb.
Nota: Senarai ini adalah tidak lengkap. Sila rujuk kontrak polisi untuk senarai penuh pengecualian
Terma & Syarat
- Sila ambil maklum jika anda meneruskan pelan rawatan ini seperti yang disarankan penyedia khidmat kami, kos perubatan mungkin atau mungkin tidak akan ditanggung Polisi atau kad peruatan dengan Syarikat. Anda dinasihatkan untuk mengesahkan perlindungan polisi anda dengan Syarikat sebelum meneruskan rawatan tersebut.
- AIA Bhd. tidak terlibat dalam saranan yang diberikan oleh pihak Teledoc kerana tujuannya adalah untuk Teledoc memberi pendapat bebas yang neutral.
- Jika polisi asas yang mempunyai rider ini dibatalkan dalam masa 15 hari tempoh melihat-lihat, premium tidak diagih polisi asas, nilai unit (jika ada) dan caj polisi yang telah ditolak selepas perbelanjaan perubatan (jika ada) akan dikembalikan.
- Tempoh menunggu 30 hari tertakluk bermula hari berkuat kuasa atau tarikh pengaktifan semula rider ini, yang mana lebih lewat. Semasa tempoh menunggu ini, anda tidak layak menerima mana-mana faedah yang dinyatakan di atas.
- Kos insurans tidak terjamin dan Syarikat berhak menyemak semula kos insurans dengan memberi anda notis bertulis 30 hari sebelum itu.
- Syarikat berhak membatalkan portfolio secara sepenuhnya jika ia memutuskan untuk membatalkan rider ini dengan memberi notis bertulis 30 hari sebelum itu kepada pemilik polisi.
- Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada Risalah Produk, Ilustrasi Jualan dan Lampiran Pendedahan Produk untuk maklumat lanjut.